Wednesday, March 9, 2011

Before: Mass-destructive Weapons In Iraq; Now: Iran Supplies Weapons to Taliban

SAS seize Iranian rockets destined for Taliban fighters

British Special Forces in Afghanistan have seized a convoy of powerful Iranian rockets destined for Taliban fighters.

SAS seize Iranian rockets destined for Taliban fighters
Nato officials have frequently accused elements within the Iranian revolutionary guard of supplying low levels of weaponry and training to the insurgency Photo: REUTERS

The haul is the strongest evidence yet of a significant escalation in Tehran's support for the Taliban, military officials said.

The consignment of 48 rockets hidden in three trucks was intercepted last month after a fierce fire fight which left several insurgents dead in the remote southern province of Nimroz, bordering Iran.

Foreign Secretary William Hague said the British ambassador has raised the matter with officials in Tehran.

"I am extremely concerned by the latest evidence that Iran continues to supply the Taliban with weaponry – weapons clearly intended to provide the Taleban with the capability to kill Afghan and ISAF soldiers from significant range," he said.

"It is not the behaviour of a responsible neighbour. It is at odds with Iran's claim to the international community and to its own people that it supports stability and security in Afghanistan."

The 122mm rockets have twice the range and twice the blast radius of the Taliban's more commonly used 107mm missiles and have not been seen in action against Nato forces for the past four years.

The 48 weapons had been deliberately disguised to appear manufactured elsewhere, but tests by weapons experts had determined they were from an Iranian factory.

Lt Col John Dorrian, a spokesman for Nato forces in Afghanistan, said the rockets had been found on Feb 5 and had been undergoing tests since then.

He said: "This is the first time that Iranian manufacture 122mm rockets have been discovered in this country. They had been deliberately sanitised to hide their origin.

"It is indeed an escalation, while increasing the dangers to Afghan and Nato forces, as well as civilians."

The rockets have a range of more than 12 miles and shower shrapnel to a radius of nearly 100 feet.

Nato officials have frequently accused elements within the Iranian revolutionary guard of supplying low levels of weaponry and training to the insurgency.

Diplomats believe Shia Iran has no desire to see the radical Sunni Taliban take power in Afghanistan, but instead are providing enough support to harass Nato.

Last month, a senior American officer in Afghanistan said Iran wanted "to be in the game" and could increase its support "overnight" through well-established smuggling networks.

"This is a really significant indication of Iranian support for the insurgency," said one British military source. "I'm not aware that we have had so strong evidence as this in the past."


CATITAN SUT:

Sentiasa ada petunjuk, sentiasa ada ada bukti intipan yang Presiden Saddam telah mengumpul senjata yang mampu membinasakan secara besar-besaran. Keupayaan Iraq mampu mengancam kestabilan rantau itu, bahkan kestabilan dunia. Berdasar 'bukti-bukti' yang kukuh itulah, maka Presiden Bush menyerang Iraq. Lagipun terdapat bukti-bukti risikan dan maklumat dalaman yang Iraq mempunyai hubungan dengan al-Qaeda. Al-Qaeda pula telah menyerang Twin Towers pada 11sep. yang mengerunkan semua pihak tanpa pengecualian.

Maka sekarang ini pula terdapat bukti yang kerajaan Iran telah membekal senjata kepada pihak Taliban. Dengan ada bukti dan lapuran risik yang menyakinkan, sudah tentu Iran perlu didisiplin agar ianya tidak mengancam negara lain serta lebih tahu menghormati Amerika, negara kemuncak bagi institusi demokratik barat itu.


Cara bahan bukti dan maklumat risikan yang diketengahkan itu, sudah tentu kita dengan mudah dapat mengiyakannya. Kita telah terlupa atau terlepas pandang terhadap bagaimana logiknya Saddam Husein, Bapa Baathi Iraq dapat menjalinkan kerjasama dengan al-Qaeda yang beraliran keras dan menganut faham salafi. Walaupun keduanya menentang Amerika, bahkan keduanya pernah pula mendapat dukungan daripada Amerika, Saddam ketika berperang dengan Iran; al-Qaeda ketika berlawan dengan USSR di Afghanistan tetapi jurang perbezaan antara keduanya adalah terlalu lebar untuk mereka berkerjasama.

Begitu juga dengan Taliban dan Iran. Taliban mempunyai akarnya pada aliran Deobandi, kemudian bersama dengan al-Qaeda yang beraliran salafi. Mereka ini sangat menentang faham shiah, dan penentangan mereka terhadap shiah menghalang mereka daripada berkerjasama dengan Iran. Begitu juga Iran, Iran tidak akan senang dengan kehadiran Taliban, mahupun al-Qaeda di negara jiran mereka. Mereka mungkin lebih membimbangi pengaruh Taliban serta al-Qaeda terhadap masyarakat sunni yang tidak sedikit di negara mereka sendiri berbanding daripada kebimbangan mereka terhadap Amerika dan Israel. (Di Tehran, penganut Yahudi dan Kristian di benarkan mempunyai rumah ibdat masing-masing, tetapi golongan sunni tidak dibenarkan mempunyai masjid mereka sendiri. Atau secara jujurnya jika ditanya kepada kebanyakan mereka siapakah yang lebih jahat berbanding antara President Bush atau Khalifah Umar al-Khattab? Kita mungkin tidak perlu terkejut dengan sikap mereka )

Maka politik antarabangsa mahupun politik dalam negara, kita akan ketemui banyak bahan bukti yang ada, sebagai bahan rahsiua mahupun untuk tatapan awam , sehingga pernah suatu masa sebelu ini Sdr.Ezam mendakwa mempunyai berkotak-kotak bahan bukti. Ada bukti hasil risikan, ada bahan bukti dari pengakuan bekas pegawai yang terlibat, (ditambah dengan sumpah di atas masjid), ada bahan bukti DNA, ada bahan bukti rakaman CCTV atau imej satelit.


Hanya kita sebagai ummah yang beriman telah didedahkan oleh Allah tentang perkara seumpama ini dalam pengajaran yang terdapat dalam surah Yusuf. Allah mengajar kita yang pihak berbohong juga mampu ; (1)mendatangkan bahan bukti, (2)berani bersumpah menggunakan nama Allah demi membenarkan tuduhan mereka, (3)mempunyai saksi yang bukan seorang dua. Nabi Yusuf dikatakan telah dimakan serigala, buktinya pakaian baginda yang berlumuran darah, adik beradiknya bersumpah sebagai saksi di depan ayahandanya Nabi Yaakub tentang kebenaran berita yang mereka ada-adakan itu.

Tetapi bahan bukti mereka itu tidak consistent, pakaiannya berlumuran darah tetapi tidak pula robek. Sekiranya serigala telah membaham Saiyyidina Yusuf, sudah tentunya pakaiannya robek!. Perancangan mereka walaupun rapi tetapi masih tertinggal suatu elemen pembuktain yang penting.

Nbbi Yusuf dituduh mencabuli isteri majikannya. Dia di'tangkap' ketika bergelut berlarian dengan isteri majikannya yang tersebut. 'Mangsa cabul', yakni isteri majikannya pula sendiri membuat pengakuan yang Saiyyidina Yusuf berusaha untuk mencabulinya. Kemunasabahannya memang ada, memandangkan isteri majikannya adalah seorang perempuan yang sangat rupawan, sedangkan Saiyyidina Yusuf sendiri adalah seorang pemuda yang berada di kemuncak keremajaannya, tambahan lagi pintu-pintu rumah tersebut semuanya telah tertutup rapat. Yang lebih menyakinkan baju yang ditubuh Saiyyidina Yusuf telah robek seakan diragut dalam pergelutan. Semuanya menunjukkan ke arah membenarkan dakwaan 'mangsa cabul' itu kecuali baju Saiyyidina Yusuf, koyaknya di bahagian belakang. Sekiranya perempuan itu merobek baju tersebut kerana mempertahan diri, maka koyaknya mesti di hadapan. Koyak di belakang hanya menunjukkan Saiyyidina Yusuf dalam usaha melarikan diri. Aduhai semua kemunasabahan dan bahan bukti itu rupa-rupanya boleh sahaja diada-adakan.

Berapa kalikah lagi kita akan terpedaya dengan permaianan yanga sama seumpama ini?. Adakah kemusnahan Iraq dan Afghanistan belum cukup sebagai tauladan kepada kita?



No comments:

Post a Comment