Saya sempat menonton video upacara Dato Eskay bersumpah, ditemani oleh Dato Rahim Chik dan Dato Shuaib.
Ada dua tiga perkara yang berligar di dalam pemikiran saya selepas itu, antaranya:(1)-Sekian ramai yang beragama Islam secara keturunan yang mengabaikan dan mengambil mudah perkara-perkara agama, sekarang ini orang yang secara sukarela meninggalkan agama asal mereka untuk memeluk dan menghayati Islam juga telah terkena penyakit ini. Sebagai contoh, sayunya kita baca kenyataan Datuk Eskay, yang secara sukarela serta insaf memeluk Islam sanggup mengaku yang dia menyediakan perempuan-perempuan di dalam dan mungkin di luar negara untuk tujuan penzinaan. Dakwaannya itu mungkin sahaja benar atau mungkin bohong, tetapi pengakuan/iqrar dari beliau sendiri dalam soal begini telah meletakkan beliau sebagai seorang yang fasiq. Mungkin sahaja beliau tidak tahu soal ini kerana beliau adalah seorang muallaf. Tetapi kita wajib menasihati beliau tentang haram dan halal dalam agama yang telah dianutinya ini. Ummah inilah yang bertanggung-jawab mendidik beliau.
Semoga Allah mengampuni kekurangan kita serta dianugerahi kita kekuatan untuk berusaha dalam memahami dan menghayati agama-Nya, serta berusaha untuk memberi pendedahan sewajarnya kepada mereka yang dengan sukarela meninggalkan agama mereka dan datang kepada kita untuk menyertai ummah ini. Hal sebegini wajib diberi perhatian, terutama oleh pihak-pihak yang berkaitan.
(2)- Sebahagian kita mungkin dengan mudah beranggapan 'berani kerana benar', maka kerana benarlah seseorang itu sanggup bersumpah. Apalagi sumpah laknat yang dibuat dalam masjid serta memegang Mushaf al-Quran pada hari Jumaat. Kalau seorang itu berbohong, logiknya tentu dia takut bersumpah terutama laknat ditimpakan ke atasnya sekiranya dia berbohong.
Perkataan sumpah digunakan dalam al-Quran datang dalam beberapa bentuk 'halaf', 'qasam' dan 'aiman' , istilah-istilah ini juga digunakan dalam kitab-kitab hadith dan feqah. Antara contohnya:
a- Allah berfirman:
ولا تجعلوا الله عرضة لايمانكم أن تبروا وتتقوا وتصلوا بين الناس والله سميع عليم
Dan janganlah kamu jadikan Allah sasaran sumpah-sumpah kamu untuk tidak berbuat baik dan bertaqwa serta melakukan islah di antara manusia, dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - [Baqarah:224]
b-تتخذون أيمانكم دخلا بينكم
(Jangan) Kamu menjadikan sumpah-sumpah kamu alat penipuan di antara kamu -
[ an-Nahl: 92]
c-ولا تتخذوا ايمانكم دخلا بينكم
'Sama maksudnya dengan ayat 92 an-Nahl' [an-Nahl:94]
d-ولا تطع كل حلاف مهين
Dan jangan kamu ikuti orang yang banyak bersumpah secara hina [al-Qalam:10]
e-Ayat 106, 107 dan 108 Surah al- Maidah tentang sumpah 2 saksi bagi wasiat peninggalan bagi si mati; serta pengantian saksi apabila dua yang awal mengkhianati sumpah mereka.
f-ويقول الذين امنوا اهاؤلاءالذين اقسموا بالله جهدايمانهم انهم لمعكم حبط اعالهم فاصبحوا خاسرين
Dan berkata orang-orang yang beriman: 'inikah mereka yang telah bersumpah dengan Nama Allah secara sumpah yang bersungguh-sungguh yang mereka sesungguhnya bersama kamu?, (sebenarnya mereka berbohong pada sumpah mereka) rusaklah ganjaran amalan mereka, maka jadilah mereka dari golongan yang rugi di dunia dan akhirat [al-Maidah:53]
g-Ayat 89 Surah al-Maidah menjelaskan kifarat sumpah. Semada memberi makan 10 orang miskin, atau mmemberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau memerdekakan hamba, atau bepuasa 3 hari. ]Dalam ayat ini Allah juga memerentah agar kita menjaga sumpah kita
h-واقسموا بالله جهد ايمانهم لئن امرتهم ليخرجن قل لا تقشموا طاعة معروفة ان الله خبير بما تعملون
Dan mereka bersumpah dengan Nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah : 'sekiranya kamu menyuruh mereka (untuk keluar berjihad) pasti mereka akan keluar berjihad'. Katakan : 'janganlah kamu bersumpah, yang diperentah ke atas kamu adalah ketaatan yang sebenar, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang kamu kerjakan". [an-Nur:53]
i-واقسموا بالله جهدايمانهم لايبعث الله من يموت بلى وعدا عليه حقا ولاكن اكثر النلس لا يعلمون
Dan mereka bersumpah dengan Nama Allah dengan sumpah mereka yang bersungguh-sungguh : 'Allah tidak akan membangkitkan orang yang sudah mati '. (Tidak sedemikian kerana) Bahkan ianya adalah janji yang benar dari Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui [an-Nahl:38]
j-ويحلفون با الله انهم لمنكم وما هم منكم ولاكنهم قوم يفرقون
Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan Nama Allah yang sesungguhnya mereka dari golongan kamu (orang beriman), padahal mereka bukan daripada golongan kamu, akan tetapi mereka takutkan golongan kamu [at-Taubah:56]
k- يحلفون بالله ما قالوا ولقد قالوا كلمة الكفر وكفروا بعد اسلامهم وهموا بمالم ينالوا
Mereka bersumpah dengan Nama Allah tentang apa yang telah dikatakan mereka (yang mereka berniat baik kepada Rasulullah). sesungguhnya mereka telah menuturkan perkataan kekufuran, dan mereka menjadi kafir selepas memmeluk Islam dan mereka bercita-cita dengan sesuatu yang mereka tidak akan capai (yakni membunuh Rasulullah) [at-Taubah:74]
l- والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وارصادا لمن حارب الله ورسوله ولحلفن ان اردنا الا الحسنى والله يشهد انهم لكاذبون
Dan mereka (munafiqun) yang membina masjid untuk membawa mudarat dan kekufuran dan perpecahan antara mukmin, sebagai tempay pengintipan bagi golongan yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, mereka ini bersumpah: "kami tidak kehendaki kecuali kebaikan". Dan Allah menyaksikan yang sesungguhnya mereka itu berdusta [at-Taubah:107]
m-فكيف اذا اصابتهم مصيبة بما قدمت ايديهم ثم جاءوك يحلفون بالله ان ارنا الا احسانا وتوفيقا
Bagaimana keadaan mereka ketika mereka ditimpa musibah akibat usaha tangan-tangan mereka sendiri (dengan berhukum kepada selain Rasululullah), kemudian mereka mendatangi engkau (Rasulullah) , mereka bersumpah dengan Nama Allah :" sesungguhnya apa yang kami mahu hanyalah kebaikan dan taufiq (penyelesaian dan ketenteraman) [an-Nisa':62]
n-الم تر الى الذين تولو ا قوما غضب الله عليهم ماهم منكم ولامنهم ويحلون على الكذب وهم يعلمون
Tiadakah engkau perhati kepada mereka (orang-orang munafiq) yang melantik golongan yang dimurkai Allah sebagai pemimpin?. Bukanlah mereka daripada golongan kamu, dan bukan pula dari golongan mereka (orang kafir, umpama yahudi). Dan mereka bersumpah dengan bohong sedang mereka mengetahui [ al-Mujadalah:14]
(3) Kita tercari-cari tentang 'sumpah laknat' , apa lagi yang di buat dalam masjid serta berpegangkan Mushaf al-Quran itu, di bahagian perbincangan manakah dalam syara'/ feqah yang ianya telah dibincangkan?.
Secara khusus, kita akan temui sumpah yang mengandungi implikasi yang mensyaratkan lafaz laknat di dalam sumpah li'an dan mubahalah. Dalam sumpah 'qasam' bagi menthabitkan pembunuhanm yang mana sumpah tersebut perlu diulang-ulangi sebanyak 50 kali pun tidak mengandungi lafaz yang mensyaratkan laknat. Insyaallah semoga Allah memberi kepada yang mencatit ini kesempatan untuk menyebut tentang hal-hal ini secara agak detail dalam tulisan di masa hadapan. Ya Allah permudahkanlah!.
Agaknya dalam kes sumpah laknat yang telah dilakukan oleh Datuk Eskay itu , maka kita boleh melihatnya dalam beberapa perspektif andaian:
1- Sekiranya benar Datuk Eskay berani mengaku secara terbuka yang dia menyediakan perempuan-perempuan untuk tujuan perzinaan untuk sesiapa sekalipun, yang mana perbuatannya itu sudah jelas dosanya dan kesalahan moralnya dalam mana-mana agama dan peradaban sekalipun, maka apakah dia boleh dipercayai mempunyai 'keyakinan berpegang teguh kepada agama' atau 'moral standing' untuk dia takutkan azab Allah akibat daripada bersumpah walaupun dia berbohong?.
2-Sebaliknya sekiranya benar DSAI mempunyai tabiat berzina dengan aktif (apa lagi meliwat), apakah beliau akan takut dari azab Allah untuk hanya sekadar bersumpah bohong menafikan penglibatan beliau?.
3-Sekiranya kedua-dua ini benar, maka tiada ada apa-apapun nilai agama mahupun moral pada sumpah laknat Datuk Eskay (kalaulah beliau sebagaimana yang digambarkannya sendiri), begitu juga sumpah laknat penafian oleh DSAI, sekiranya betullah dia sebagaimana yang dituduh dan sebagaiamana terdapat dalam rakaman video. Kalau dosa yang lebih ketara dan zahir mereka sanggup lakukan, inikan pula dosa yang tersembunyi.
4- Episode sumpah bersumpah dalam episod ini mulanya dicetuskan oleh Dr.Asri Zainal Abidin, seorang yang seakan mendakwa memiliki minda tajdid. Kemudian disokong oleh Juanda, mufti Perlis yang mempunyai aliran yang sama. Tetapi cetusannya yang ini bukanlah suatu usaha tajdid, bukan usaha menghidupkan perjalanan salaf tetapi ianya adalah bid'ah yang di ada-adakan, ianya tiada dalam ajaran syara kita (setakat yang kami ketahui). Rasulullah memperingatkan kita:
من سن فى الاسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شئ ومن سن فى الاسلام سنة سيئة كان عليه وزرها ووزر من عمل بها من بعده من غير أن ينقص من أوزارهم شئ
"Sesiapa yang memperjalankan suatu kebiasaan yang baik di dalam Islam, maka baginya pahala perbuatannya yang tersebut dan pahala (untuknya juga) bagi amalan sesiapa yang mengamalkan kebiasaan itu selepasnya, dengan tiada pula sebarang kekurangan pada pahala mereka itu (yang menuruti kebiasaan tersebut). Dan sesiapa yang memperjalankan suatu kebiasaan yang buruk dalam Islam, maka baginya dosa perbuatannya yang tersebut dan dosa (untuknya juga) bagi amalan sesiapa yang mengamal kebiasaan itu selepasnya, dengan tiada pula sebarang kekurangan pada dosa mereka itu" [Riwayat Imam Muslim]
Di dalam Kitab Dalilu al-Falihin disebutkan maksud memperjalankan suatu kebiasaan yang buruk من سن فى الاسلام سنة سيئة
antara lain maksud sunnah as-saiyiah itu adalah maksiat walaupun sedikit, lalu perbuatan yang dianjurkannya itu dikuti oleh orang lain dalam mengamalkannya, atau dia mengajak kepada perkara tersebut, atau dia membantu dalam amalan perkara tersebut: maka orang yang menganjur perbuatan saiyiah itu akan mendapat bebanan dosa atas setiap kelakuan mereka yang mengikuti anjurannya.
5-Sekiranya pengithbatan dan penafian tuduhan jenayah boleh diselesaikan dengan sumpah-sumpah di luar mahkamah, boleh dilakukan dengan menggunakan format yang direka-reka dan mengikut apa yang disukai, maka apakah pula peranan perlaksanaan hukum syara pada kes-kes jenayah?. Ketika terdapat kecenderungan anggota masyarakat mahu mencari penyelesaian agama bagi isu jenayah seumpama ini, sepatutnya golongan berpendidikan agama mengambil ruang ini untuk menjelaskan procedures syara yang sudah didetailkan oleh ulama, bukannya mengelirukan lagi masyarakat dengan membawa anjuran dari logic-nya sendiri supaya pihak yang terlibat itu bersumpah. Bagi sesuatu yang sudah ada rupa-bentuk dan tatacaranya, maka janganlah longgarkan ia dan memandai-mandai untuk datang dengan 'bid'ah' yang baru,walaupun atas nama memenuhi maqasidu al-Syar'iyyah!
*Tulisan ini merupakan lanjutan bagi bahagian I yang telah dipost-kan suatu masa lalu, serta semoga Allah mempermudahkan pencatit yang serba daif ini untuk menyiapkan bahagian yang akan datang.
Kebenaran pasti datang....tunggu shjlah....cuma kita tidak perlu terlalu taksub pada mana mana pihak...kita berhujah jgn sampai ke arah membela sesuatu yg kita kurang pasti....yakin lah akan kebenaran yg pasti datang....wallahulam
ReplyDeleteMuqabalah sila lihat tulisan dari YB Zulkifli di sini
ReplyDeletehttp://zul4kulim.blogspot.com/2011/04/haq-dan-kebenaran.html
KUALA TERENGGANU 1 Mac 2008 - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendiriannya bahawa mengumpat dan mendedahkan keburukan seseorang bagi tujuan memilih pemimpin adalah dibenarkan dalam Islam.
ReplyDeleteBeliau berkata, isu tersebut bukan satu perkara baru kerana ia dibincangkan dalam sebuah kitab bertulisan jawi, Hidayatus Salikin iaitu terjemahan daripada kitab karangan Imam Al-Ghazali.
Di dalam kitab itu, katanya, ada diterangkan dengan jelas mengenai kategori mengumpat secara terperinci sama ada haram, harus atau wajib.
“Mengumpat ini ada yang haram dan ada yang wajib. Jika jatuh hukum wajib, wajib kita mengumpat. Sekiranya kita tidak mengumpat berdosa kita.
“Sebagai contoh pencuri masuk kampung dan jika kita tahu dia ini pencuri,
wajib kita mengumpat atau dedahkan keburukannya supaya orang kampung terselamat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah perdana di Pengadang Baru di sini, malam tadi. Turut menyampaikan ceramah pada majis tersebut, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Abdul Hadi di dalam ceramahnya di Kuala Besut baru-baru ini, membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.
Tuan Muqaballah yang budiman.. Saya telah meletakan banyak kenyataan akhbar Tuan haji Hadi di atas didalam blog yang berhujah tentang perkara diatas tetapi semuannya tak nak siarkan sebab ia tak lagi menepati isi pati perjuangan parti mereka bila terkena diri sendiri... Macamana ni? Dianataranya didalam MalaysianInsider di bawah artikel Tuan Haji Subkhy Latif yang hebat berhujah mempertahankan perilaku pelaku video itu... Bolih Tuan ulaskan kenyataan akhbar Tuan Haji Hadi diatas>>>
ReplyDeleteTiada seorangpun daripada orang Islam yang waras akan mempertahankan atau memberi justification kepada perbuatan zina dan pelakunya, kecuali mengatakan ianya kemungkaran; sebagaimana tiada seorangpun orang Islam yang waras akan menthabitkan zina dalam konteks feqahnya kecuali sebagaimana syarat yang disebut oleh Allah dan Rasul-.
ReplyDeleteSaya sebagaimana yg dinyatakan sebelum ini, amat kurang membaca akhbar arus perdana dan hampir langsung tidak membaca akhbar2 pembangkang. Saya juga tidak kerap membaca banyak blog yang sifatnya menyokong politik kepartian.
Marilah kita mengaku kebenaran sebagai kebenaran walaupun dari arah mana terbitnya, kita doakan agar Allah memberi kita kekuatan dan ketabahan untuk berada bersama kebenaran tersebut. Semoga kita akur kebatilan sebagai kebatilan walaupun darimana timbulnya, kita doakan agar memberi kita kekuatan untuk mengingkari kebatilan tersebut tanpa terikat kepada apa-apa kepentingan duniawi
Saya berpandangan kebenaran perlu ditegakkan dengan cara yang betul. Kita tak boleh nak ikut kaedah hitler dalam menegakkan kebenaran, iaitu mewar-warkan pembohongan secara intensif bagi mengubah persepsi massa agar menerima pembohongan sebagai kebenaran.
ReplyDelete