Tuesday, June 7, 2011

Symmetrical Directions of Political Motion. Turkish Vs Kurdish

Turkey's religious affairs authority criticizes recitation of adhan in Kurdish



The president of the Religious Affairs Directorate on Tuesday expressed strong criticism of the pro-Kurdish Peace and Democracy Party’s (BDP) decision to have the call to prayer (adhan) recited in Kurdish, saying reciting the adhan in any language other than its original Arabic is unacceptable.

“It is explicitly impossible to regard a translation of the adhan into another language or dialect as an adhan that reflects the shared faith and consciousness of Muslims,” Mehmet Görmez said in a statement on Tuesday.

The BDP, as part of a civil disobedience campaign it launched recently, had the adhan recited in Kurdish for the first time in municipalities it runs, the Star daily reported on Tuesday.

The adhan was recited in Kurdish in the Democratic Solution and Peace Tent set up by a local branch of the BDP before the Friday prayer on May 20. The branch represents Şanlıurfa’s Suruç district, a BDP municipality.

Görmez stressed that the adhan is a symbol of shared faith and a sign of freedom and independence that binds all Muslims.

Görmez cited a “painful experience” in the history of Turkey with respect to the adhan and said the public found this unacceptable.

Görmez was referring to the single-party period when the adhan was recited in Turkish. The Republican People's Party (CHP) was in power at the time. The Directorate of Religious Affairs, acting on an order from the government, issued a circular in 1932 that stayed in effect through 1950 and made it mandatory to recite the call to prayer in Turkish.

The call to prayer was recited in Arabic again after the Democrat Party (DP) won the 1950 general elections, which also marked the end of the single-party period.

Görmez said the state then saw how sensitive the Turkish public was with respect to the recitation of the adhan in its original Arabic and rectified its mistake.


Catitan Sut:

80 tahun yang lalu kerajaan bagi sebuah negara bangsa yang mahu membina negara yang moden berasaskan bangsa Turki dan berwajahkan sepenuhnya barat, telah berusaha keras meminggirkan agama dan adat resam dari masyarakat Turki yang mempunyai sejarah sebagai pemimpin ummah melebihi 600 tahun.

Selain daripada masyarakat dipaksa untuk menggunakan abjad latin mengantikan abjad arab, sehingga kepada tulisan-tulisan berhuruf arab di nesan-nesan sultan yang ratusan tahun itupun telah dikikis untuk ditulis semula dengan tulisan rumi; seruan azan juga telah dipaksa untuk dilaungkan dalam bahasa Turki.

Bagaimanapun paksaan yang ditekankan oleh pihak berkuasa ke atas rakyatnya itu semakin berkurang cengkamannya, pihak tentera yang telah dijadikan penjaga setia untuk menentukan "kemalism" telah menguasai kelangsungan nilai-nilai paksaan itu juga semakin berlembut. Rakyat Turki, keturunan pejuang Islam, pemimpin muslim semakin mahu memahami akar-umbi mereka, semakin mahu menyanjung kehebatan Uthmaniyyah yang demikian cemerlang.

Hari ini ketika bangsa Turkey semakin menghampiri Islam dengan cara mereka sendiri, faham Kemalism semakin longgar cengkamannya ke atas masyarakt, tiba-tiba terdapat golongan dari bangsa Kurdi yang mahu engage reverse gear, mahu mengulangi apa yang telah ditinggal jauh oleh masyarakat Turki.


Kita orang Melayu sangat terhutang bumi kepada bangsa kurdi, bumi Kurdistan telah melahirkan tokoh pemimpin ummah seumpama Sultan Nuruddin dan Sultan Solahuddin. Merekalah yang membebaskan Masir dari penguasaan Shiah Fatimiyyah, menukarkan al-Azhar menjadi pusat pengajian Islam aliran sunni yang terunggul sehingga ke hari ini. Menjadi tempat anak-anak melayu menumpang untuk menuntut ilmu selain daripada Makkah dan Madinah. Kita terhutang budi kepada ulama mereka seperti Imam Qusyasi, Imam Barzanji dan lain-lain ulama mereka yang merupakan pemuka mazhab Syafi'ie dan ulama kerohanian. Tokoh-tokoh besar kita umpama Syaikh Abdul Rauf Fansuri, Syaikh Daud al-Fattani, Syaikh Muhammad Nafis al-Banjari, Syaikh Abdul Samad al-Falembani adalah murid-murid kepada ulama bangsa Kurdi. Kini kita masih menumpang huraian ilmu ulama keturunan Kurdi umpama Syaikh Muhammad Said al-Bouti, Syaikh Wahbah az-Zuhaili.

Apa perlunya kita mengulangi kegelinciran-kegelinciran orang-orang terdahulu , sehingga golongan Kurdi yang menentang penguasaan pemerentahan Turkey moden ini juga ingin mengulangi kegelinciran lawan mereka sendiri. Subhanallah.....




4 comments:

  1. Salam Tuan Muqabalah,
    Salam kunjungan. Gembira membaca hasil penulisan tuan yang analitis dan kritis. Moga menang memberi. Teruskan menulis!

    Akhuka,
    Ibnu Ahmad al-Kurauwi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ustaz,
    Saya sekadar membuat sedikit catitan terhadap apa yang menjadi lintasan fikiran saya, atau paste articles yang saya suka kongsi dengan orang lain, atau pada pandangan saya apabila ada message dalam articles tersebut yang perlu kita amati.

    Saya hanya mengimpikan lintasan saya dapat diketengahkan dengan cara yang wajar, tidak diselimuti oleh unsur kepuakan dan kepartian; sekiranya silap akan ditegur, jika terdapat unsur kebenaran akan memberi manafaat; adapun saya sendiri memang tidak mempunyai apa-apa mustahaknya.

    ReplyDelete
  3. Hoja Said Nursi dipenjara semata-mata kerana masjidnya melaungkan adhan alam bahasa Arab dan ditangkap dengan hunusan bayonet bila adhan di laung (Syukran Wahid)

    ReplyDelete
  4. Sdr Muqabalah,
    Hoja Said Nursi diheret ke penjara semata-mata kerana masjidnya melaungkan adhan dalam bahasa Arab. Gendarme bersembunyi untuk merempuh masuk dengan mengejut semasa adhan dilaungkan dan mengheret Hoja dengan bayonet terhunus

    ReplyDelete