Masih ada seminggu sebelum tarikh itu tiba. Dalam masa seminggu ini macam-macam boleh berlaku, kita yang sihat sekarang ini mungkin akan menemui ajal, sakit demam, hilang orang yang kita sayang, atau mendapat peluang yang menguntungkan, bertambah sihat, bertemu rakan taulan yang baru atau kita terus macam biasa tanpa perubahan kecuali semakin berumur. Pendek kata kita belum boleh 'rule out' ancamannya.
Begitu juga dengan perarakan BERSIH nanti, ianya mungkin tidak langsung menjadi kerana usaha-usaha pencegahan pihak polis yang berkesan atau semakin ramai yang akan menyertainya sebagai reaksi kepada usaha-usaha polis dan kempen media-media utama negara, atau ianya akan terpinggir kerana ada perkembangan yang berlaku dalam masa seminggu ini yang akan lebih menarik minat orang ramai. Pendek kata kita masih belum tentu usaha-usaha polis dan media itu akan menatijahkan suasana yang macam mana.
Seumur saya, belum pernah saya melihat suasana yang pihak tertentu seakan 'panic' semacam sekarang. Belum apa-apa lagi begitu banyak orang yang dipanggil untuk siasatan polis, begitu ramai yang ditangkap untuk dilepaskan kemudiannya dengan jaminan polis. Belum apa-apa lagi, tangkapan dibuat kerana sekadar menjual atau memiliki t-shirt berwarna kuning bertulis BERSIH. Pihak yang menentang perhimpunan BERSIH pula ganjilnya telah mengadakan perhimpunan-perhimpunan pra-BERSIH, ada badan-badan yang berjanji akan berarak sama tetapi untuk menentang BERSIH pada tarikh yang sama, ada yang akan bersilat pada hari itu. Pendek kata keadaan kelihatan semakin celaru menjelang tarikh tersebut.
Katakan kalaulah terjadi juga perarakan pada hari itu, agaknya sukar juga bagi pihak keselamatan untuk menjalankan tugas, mereka kena pastikan mana kumpulan yang sokong BERSIH, mana yang saja-saja hendaklah tumpang kemeriahan suasana perhimpunan serba kuning itu, mana yang datang untuk menunjukkan kePERKASAan mereka, mana yang datang dari kalangan anak buah KJ, mana yang datang dari pendekar-pendekar yang lincah. Apakah polis juga kena tukar warna air semburan yang gatal itu dari warna kuning kepada warna yang lain? Pendek kata pengurusan pihak yang berwajib mesti menekankan keberkesanan (effective) bukannya di tekan kecekapan (efficient) untuk membendung kesan yang besar daripada perhimpunan ini.
Soalnya negara telah menghabiskan bukan sedikit jutaan RM untuk membentuk image baik untuk kerajaan dan negara. Hingga-hingga badan-badan perundingan antarabangsa turut dilantik untuk memberi cadangan-cadangan demi membina image baik negara, termasuklah perlantikan APCO. Kalau dulu pada tahun 1998, image negara telah sedikit sebanyak tercalar , kerana gambar-gambar yang kurang enak untuk dilihat tentang tindakan 'tegas' polis dalam menangani penunjuk-penunjuk perasaan REFORMASI . Sudah tentu selepas demikian banyak usaha dan perbelanjaan dikeluarkan untuk menambah-baik image kerajaan, kerajaan hendaknya bertindak berhemmah dalam menanggani himpunan BERSIH. Jangan hendaknya image yang dibina sekian lama luntur kerana perbuatan sehari. Pendek kata jangan jadi macam kata orang tua-tua : "hujan sehari membasahi bumi yang telah kering satahun".
Rakyat sudah mula membuat jenaka sesama sendiri, seumpamanya yang sudah tentu PM boleh tersenyum seseorang diri ( walaupun tidak di khalayak) kerana message 1Malaysia-nya telah dihayati rakyat: figure yang diketengahkan sebagai pencetus BERSIH ada rakyat Malaysia berketurunan India, dia disokong kuat oleh orang-orang politik rakyat Malaysia berketurunan Cina, serta perhimpunan ini akan disertai, agaknya yang terbanyak oleh rakyat Malaysia keturunan Melayu. Mungkin akan disertai oleh ethnik-ethnik lain seperti iban, kadazan dusun dan lain-lain. Mereka berhimpun dengan lambang 1 warna, 1 slogan , berarak untuk menyembah takzim momorendum kepada 1Raja, DYMM Agong. Syahdunya penghayatan 1Malaysia walaupun dibuat atas nama mencanggahi SPRM yang agak lebih rapat kepada PM sendiri. Pendek kata penjelmaan gagasan PM telah dihayati sehingga ke dalam pihak-pihak yang menentang pimpinan beliau sendiri.
Pemilihan slogan ini juga mungkin merupakan nostalgia dan pengiktirafan kepada Tun Mahathir, inilah slogan yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir sendiri ketika beliau mula-mula menerajui negara :BERSIH, Cekap, Amanah. Semoga kalau perhimpunan ini berlaku juga, ianya berlaku dalam suasana BERSIH, pihak berdemonstrasi berdemonstrasi secara bersih, polis mengawal keselamatan juga akan bertindak secara bersih, pesilat-pesilat akan membuat demonstrasi gerak-buah secara bersih sehingga menjadi daya tarikan para pelancong luar akan ketagih untuk datang balik setiap july untuk melihat demonstrasi silat tersebut. Agak sukar untuk kita meramal apa yang akan dilakukan oleh veteran Dato'Ibrahim Ali, bagaimanapun kita harapkan PERKASA juga akan bertindak bersih. Pendek kata kalau perhimpunan ini tidak boleh dibendung, maka kita cari usaha untuk memanafaatkannya. Kalau Kota Bangkok mampu bertahan dari segi ekonomi dan kedatangan pelancong ke Thailand walaupun mereka berdemonstrasi berbulan-bulan lamanya, tak kan negara kita yang fundemental-nya yang sentiasa gagah tidak dapat bertahan untuk sehari. Begitu juga Jakarta. Pendek kata berbekalkan semangat MALAYSIA BOLEH, sekiranya perlu kita semua tanpa mengenal pihak akan membersihkan suasana pada perhimpunan BERSIH itu nanti.
Nampaknya BERSIH telah berjaya membersihkan lain-lain isu yang sepatutnya menjadi head-lines; antaranya isu pengesahan ketulenan Video Anwar sudah terpenggir kerana isu BERSIH lebih menonjol. Isu luahan hati peniaga Bazaar Tok Guru tentang pembahagian ruang niaga yang dikatakan tidak adil juga terdiam begitu sahaja, datangkan apa-apa isu yang mungkin merugikan pihak pembangkang dalam masa seminggu ini, isu-isu itu akan tenggelam begitu sahaja, semuanya telah diBERSIHKAN. Satu premortem perlu dilakukan dengan teliti dan cermat, dapatkan nasihat badan-badan seperti APCO atau individu yang berkaitan tentang cara yang paling effective bagi menangani himpunan BERSIH ini.Pendek kata kerajaan hendaklah bersifat innovative dan creative yang di luar conventional management practises untuk memanafaatkan himpunan BERSIH ini.
Tetapi selepas hampir selesai catitan ini dibuat , timbul persoalan kenapa semua perkara yang disebut itu ditentukan akhirnya oleh perkataan 'pendek kata'?. Seakan-akan semua penentuan bagi cadangan dan tindakan yang diambil di negara kita ini ditentukan oleh 'pendek kata.......'.
Bersih 2 ini jadi ke atau tidak jadinya, bukan permasalahan sangat sebenarnya. Seperti sebuah perjuangan di medan perang, kemenangan adalah matlamatnya, tetapi yang lebih penting adalah pengalaman bertempur (untuk kematangan) di medan perang, itu lah kejayaan yang sebenarnya untuk dirasai. Semua rakyat telah tahu ketakutan yang amat sangat yang datangnya dari pihak pemerintah korupsi atau SPR yang tidak telus. Salahguna kuasa Polis, melanggar pelembagaan negara, semua itu sudah terang lagikan bersuluh. Semua ini dipromosikan oleh BN/UMNO untuk kejatuhan mereka sendiri, dari pihak PR hanya jalankan sahaja taktik mereka tak perlu kata apa-apa, rakyat sudah tahu terutama generasi muda kini. Mereka akan terus anti kepada BN/UMNO sekurang-kurangnya untuk 50 tahun lagi. Syabas Bersih dan PR, teruskan usaha anda memerangi kerajaan yang korupsi dan bersifat penyangak ini. Bersih 2....dunia akan melihat kekejaman dan katakutan kepada kebangkitan rakyat oleh sebuah kerajaan yang memiliki begitu ramai pemimpin yang korupsi lagi hina.
ReplyDeleteSebenar nya tiada rasa panik atau ketakutan kerajaan terhadap penyokong-penyokong BERSIH yang sebenarnya adalah penyangak-penyangak yang bertopengkan Islam & yang konon nya memperjuangkan keadilan etc. Apa sebenarnya yang tidak adil ? Keadilan kepada PR adalah sehingga mereka dapat menjatuhkan kerajaan dan memenangi pilihan raya. Kalau mereka menang, semuanya akan menjadi adil kepada mereka. Rakyat telah memberi mandat kepada BN untuk memerintah maka PR perlu belajar menghormati pilihan rakyat. Saya sendiri sudah meluat dengan karenah PR yang hanya pandai bercakap dan berdemo tapi HAPRAK dari segi pentadbiran. Sumbangan terbesar PR adalah dalam memecahkan perpaduan rakyat Malaysia yang telah terjalin begitu lama & sumbangan PAS pula adalah memecahkan perpaduan orang melayu. Hanya itu yang boleh di banggakan oleh pemimpin mereka.
ReplyDeleteBN sebenar nya semakin kuat mendapat sokongan di kalangan rakyat. Ini di sebab kan keangkuhan and sikap sombong dan bongkak para pemimpin dan penyokong PR sendiri. Saya sendiri sudah tidak melihat PR sebagai alternatif kerana keangkuhan & kesombongan pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Tiada element kebijaksanaan di kalangan pemimpin PR selain kutuk mengutuk, maki hamun and memainkan sentimen perkauman. Rakyat sudah meluat. Harap FRU tangkap & sumbat mereka mereka yang berdemo ke dalam ISA ..! Ingat KL ni dia orang yg punya ke ?
Kepada 1Crony ... Kalau SPR tak telus, macam mana PR boleh menang kat 5 negeri ? Cuba pakai kepala otak kau. Kalau nak bertempur pergi la tolong saudara kita kat Palestine sana ..Kat sana memang betul2 depa teraniaya dan di zalimi. Jangan jadi jaguh kampung.. berani kat Malaysia jer. Itu pun dengan Melayu korang berani .. dengan bangsa lain korang kecut telur .
ReplyDeleteSetuju dengan Mat Despatch, PR semakin angkuh, berlagak & bodoh sombong. Mula-mula jer nampak Ok tapi makin lama makin mengarut. PAS langsung x boleh harap. Tak de pendirian langsung & akhir nya terperangkap dengan kebodohan sendiri bila di permainkan oleh DAP & PKR.
BN semakin mendapat tempat terutama di kalangan Silent & non-silent Majority. Walau pun di ejek, di maki & di tuduh bermacam-macam, namun sikap pemimpin BN jauh lebih matang & menampakkan hasil berbanding PR yg hanya pandai melalak.
Harap-harap FRU tangkap depa yg berdemo .. sumbat dalam ISA ..!!
Orang Melayu jugak yang rugi .. bangsa lain cuma ketawa melihat kebodohan orang melayu yang terhegeh-hegeh & di pergunakan utk berdemo. Aku yakin yang berdemo tu sendiri pun tak faham sebab apa depa nak berdemo. Mungkin sebab dapat t-shirt free kot atau mungkin depa seronok dapat masuk TV CNN, AlJazeera atau BBC.
ReplyDeleteMurah nya maruah orang Melayu. Menjadi mangsa di pergunakan oleh pihak lain akibat kebodohan diri sendiri, malas & berfikiran sempit ..
Saudara Muqabalah,
ReplyDeleteSaudara tak perlu hipokrit atau berselindung atau menulis bahasa berbunga-bunga menyindir kerajaan, PERKASA, UTUSAN atau penentang-penentang BERSIH yang sebenar nya KOTOR dan mempunyai agenda tersembunyi. Kadang-kadang kita terlupa bahawa hipokrit itu adalah salah satu sifat munafik. Saya yakin saudara arif tentang ilmu agama.
Nyatakan sahaja saudara sebenarnya berpendirian menyokong perhimpunan BERSIH ini. Habis cerita ..
Sedih melihat perhimpunan bersih di mana oarng Islam dan ada yang setengahnya berstauskan Tok Guru bersama AMBIGA.. Lihat saja apa itu matlamat AMBINGA dalam TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC (TAK MASUK AKAL!!!!)
ReplyDeleteKALAU ZAMAN SAIDINA ABU BAKAR AMBIGA NI TENTU TELAH KEHILANGAN KEPALA TAPI ZAMAN SEKARANG DISANJUNG OLIH ORANG YANG BERSTASTUSKAN TOK GURU. CUBA SAUDARA MUQABALAH ULAS SIKIT....
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.