Monday, July 4, 2011

Demonstrasi BERSIH: Pendek kata Pandangan Tun Mahathir Masih Dominan

Saya membaca catitan Tun Mahathir dalam blog Che Det-nya tentang demostrasi BERSIH. Hujjah-hujjah penolakan demostrasi BERSIH yang dinyatakan oleh Tun itulah yang masih menjadi hujjah resmi pihak-pihak berkenaan dalam menolak perhimpunan BERSIH. Tun masih merupakan trend-setter dalam menentukan arus logik untuk pihak dalam kerajaan,( hanya trend ini agak terganggu sedikit di zaman pemerentah Tun Abdullah Badawi). Tun punya pengalaman luas, beliau membandingkan negara kita dengan negara jiran, Singapura. Beliau menyebut yang DAP hanya sekadar 'peninggalan' PAP. Sedangkan kita tahu bagaimana kerajaan PAP sangat strict dalam menghalang 'gangguan' pihak pemprotes.

Kemudian Tun bandingkan dengan keaadaan di Masir selepas berlaku demonstrasi besar-besaran, kata Tun akibat demonstrasi itu Masir mengalami kemerosotan sumber ekonomi terutama sektor pelancongan. Pendek kata Tun merumuskan walaupun demonstrasi adalah sebahagian daripada amalan yang dibenarkan di negara demokrasi tetapi ianya mendatangkan banyak kerosakan daripada kebaikan.

Kita setuju tentang penyataan Tun berkenaan Singapura, tentang sejarah awal inspirasi penubuhan DAP barangkalinya. Tentang ehwal di Masir itu kita agak khilaf dengan Tun. Masir mengamalkan demokrasi, sepanjang di bawah pentadbiran bekas-bekas pegawai askar selepas Raja Farouq digulingkan (Presidennya adalah Naguib, Jamal Abdul Nasser, Anwar Sadat dan Husni Mubarak) .Tun pun lebih tahu tentang perjalanan dan keputusan pilihanraya yang diadakan sebelum ini di Masir; keputusannya tidak semestinya melambangkan suara majoriti rakyat Masir itu sendiri.

Terakhir di bawah Husni Mubarak, ekonomi Masir tidak juga berkembang pesat, jurang perbezaan golongan miskin dan kaya tidak semakin mengecil, ini menyebabkan golongan muda mengadakan demostrasi di Medan Tahrir. Secara jujurnya, Tun mungkin mampu menjawab :

1-adakah majoriti rakyat Masir menyokong atau menentang demostrasi di Medan Tahrir itu?.
2- apakah institusi demokrasi di negara itu bertambah baik atau bertambah buruk?.
3-apakah suasana ekonomi yang lebih adil dan kondusif untuk masa depan Masir semakin baik atau bertambah terancam?.
4-apakah keyakinan rakyat Masir kepada sistem pilihanraya dan pengurusan kerajaan semakin memburuk atau meningkat pasca Mubarak?
6-apakah amalan korupsi dan kronism semakin parah atau sedikit berkurangan?
7-adakah masa depan Masir sebagai sebuah negara berdaulat dan rakyatnya bertambah baik atau semakin buruk?
8-adakah Israel lebih mesra dengan kerajaan dahulu atau yang akan terbentuk pasca demonstrasi? (paling kurang ini soalan favourite Tun)

Saya bukan penyokong demostrasi, hanya saya mahu nyatakan yang demonstrasi aman mempunyai tempat di sebuah negara demokrasi. Saya sekali-kali tidak mengiyakan semua demonstrasi yang telah berlaku, memang kadang-kadang ada pihak yang sengaja mengeskploit 'mass-pyscho' untuk mengerakkan rakyat ramai dengan tujuan yang buruk tanpa disedari oleh rakyat dan ianya bukan sekali-kali inspirasi dari rakyat banyak. (seumpama agaknya rusuhan di Kelantan pada tahun 1978 dahulu. Tun tentu masih ingat).

Bagaimanapun suatu yang mengganggu fikiran kita apabila seolah-olah pihak atasan yang berkuasa memandang rendah kepada kebolehan dan keupayaan rakyat sendiri:
1-pihak atasan beranggapan rakyat kita tidak civic-minded . Kalaupun dbenarkan berdemonstrasi secara aman , mereka tetap akan mengganas dan merosakkan harta-benda awam.
2-pihak atasan beranggapan rakyat kita tidak berfikiran peka. Mereka dipergunakan oleh pihak pembangkang semata-mata. (suatu yang lain sekiranya kita mengatakan mereka adalah penyokong parti pembangkang)
3-pihak atasan menganggap rakyat tidak sedar-sedar yang perjalanan pilihanraya di negara kita dijalankan secara bersih dan telus, perbuatan untuk berhimpun hanyalah perbuatan pengacau dan pengkhianat.
4-pihak atasan memberi alasan-alasan yang tidak dapat dihadam oleh pemikiran orang ramai kecuali yang taasub menyokong parti pemerentah, seumpama demonstrasi ini didukung oleh golongan yang mahu menggulingkan DYMM Agong, diresapi oleh elemen kominis, dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan kristian dan lain-lain. Seolah-olah mahu menidakkan yang ianya inspirasi dari sebahagian rakyat kita sendiri. Sindrom penafian begitu ketara sekali.
5-pihak atasan kelihatan kurang saksama dalam usaha pencegahan. Pihak yang ditangkap adalah pihak yang mengatakan mereka mahu berhimpun secara aman, Sedangkan kita masih menunggu tindakan yang lebih tegas terhadap kenyataan yang berbau 'kekerasan' seumpama ugutan yang keluar daripada Lokman Noor Hakim dengan kumpulan Patriot-nya. (sekalipun kita ketepikan kenyataan Omar Din dan Ibrahim Ali). Kesaksamaan dalam soal keadilan bukan setakat dilaksanakn tetapi perlaksanaan itu mesti jelas nampak kesaksamaannya.
6-pihak berkuasa dan penyokong mereka janganlah sangat menggunakan ugutan seumpama ISA , Ordinan Darurat atau mengeluar kenyataan 'sanggup bertumpah darah' , sebaliknya marilah kita bentangkan hujjah yang munasabah dan perbincangan yang win-win situation bagi semua pihak. Saya percaya kebanyakan rakyat baik yang menyokong parti pemerentah mahupun parti pembangkang, semuanya mahukan kebaikan untuk negara ini, hanya mereka berbeza versi dan keutamaan , agaknya. Ugutan kerap berjaya menghalang sesuatu, sekiranya berlebihan ianya merupakan perangsang untuk sebahagian bagi 'to test the limit'.

Alangkah bertuahnya sekiranya negara kita bertindak seakan tubuh yang satu, anggota kepala tidak akan memperbodoh-bodohkan anggotanya yang lain, sementara anggota-anggota yang lain pula mempunyai keyakinan kepada kebijaksanaan kepala yang bertindak untuk kebaikan tubuh seluruhnya. Sekiranya ada penyakit yang mengenai mana-mana bahagian anggota sekalipun, seluruh tubuh akan terkesan dan akan mencari jalan untuk merawatnya. Masing-masing bertindak untuk kebaikan seluruh tubuh, sekiranya ada system yang tidak lancar, maka seluruh tubuh akan terlibat dalam penyembuhannya. Kalau sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku, kemungkinan tubuh itu diserang penyakit kanser atau lain-lain penyakit yang kronik.

Sekiranya Tun melihat jiran kita di selatan untuk diambil iktibar, agaknya ada manafaatnya kita melihat ke utara untuk mengambil iktibar dari keputusan pilihanraya yang baru sahaja diadakan.

Kita semua tahu Yingluck Shinawatra dengan partinya Phue Thai telah menang besar. Sebahagian mereka ini dahulunya penyokong baju merah yang telah berdemonstrasi berbulan-bulan lamanya di Bangkok. Sehingga dalam kempen pilihanraya Abishit mengatakan "a vote for Yingluck would be a vote for choas" (lapuran Associate Press 4July). Rupa-rupanya yang marah sangat kepada penunjuk perasaan Bangkok itu adalah pihak berkuasa ketika itu, sedangkan ramai rakyat Thai pula tidak menolak mereka kerana 'kekacauan' yang mereka telah lakukan itu.

Phue Thai sebagaimana kita tahu adalah kesenimbungan kepada Thai Rak Thai pimpinan Thaksin. Sebagaimana kita tahu Thaksin telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah Thailand kerana 'jenayah-jenayah' yang dilakukan, Thaksin telah diburuk-burukkan kerana menjual kepentingan negara kepada pihak asing. Sehingga Thaksin terpaksa melepaskan dirinya dari hukuman di luar negara dan khabarnya bercerai dengan isterinya. Abishit juga menyebut dalam kempennya yang pilihanraya ini "the best oppurtunity to remove the poison of Thaksin from Thailand" Rupa-rupanya hukuman mahkamah yang mendapati Thaksin bersalah serta segala pendedahan pengkhianatan Thaksin kepada rakyat dan negara itu tidak meleburkan sokongan rakyat kepada beliau. Rakyat semakin menyokong Thaksin si 'penjenayah', rakyat semakin menyokong pendemonstrasian baju merah yang mengacau......

Pendek kata marilah kita pandang perkembangan di selatan dan di utara kita selepas bertahun-tahun kita pandang ke timur . Tun Mahathir tentu boleh mengupas dengan lebih menarik tentang perkembangan-perkembangan ini dengan ulasan selari tentang perkembangan di negara kita.

Saya sekadar meluahkan pandangan saya yang sudah tentu terdedah kepada salah dan silap, sekiranya saya tergelincir faham, sangatlah saya mengharapkan teguran kerana tiada manusia mahu memekak dari mendengar pandangan yang berbeza sehinggakan sampai menjadi rabun dari melihat beraneka warna-warna sebenar yang ada.

2 comments:

  1. Saudara Muqabalah..Secara Ikhlas saya menyatakan bahawa saya hanya memebaca tajuk artikel suadara tanpa membaca keseluruhan kerana saya berpendapat apa-apa yang di buat olih Kerajaan saudara tak akan bersetuju... maaf saudara.. pada saya sikap oarang macan saudara hanya akan memandang negatif semua tindakan kerajaan.Yang betul hanya pandangan saudara dan konco2nya.

    Semasa pemuda Umno membantah satu isu di depan pejabat SUK kelantan, seorang ADUN PAS memngatakan bahawa tunjuk perasaan itu menganggu Demokrasi. Adakah menggangu demokrasi apabila menunjuk perasaan pada PAS dan menunjuk persaan pada kerajaan BN adalah tidak.

    Sikap oarng macan saudara yang hanya melihat kuman di seberang lautan dan tidak nampak gajah di mata ini adalah memalukan, lebih2 lagi pada pendapat saya saudara adalah seorang berpengetahuan Ugama. Malah say yakin pengentahuan saudara dalam Ugama adalh lebih dari saya.

    Begitu juga bila saudara berhujah tentang saksi, qazaf dsb untuk membela DSAI dan di ketika lain menulis tentang mimpi ular dan cuba menggmabarkan Datuk Eskay sebagai pengkhianat atau Spy. Di sini tiada perasaan salah saudara. Ingatlah Saudara semakin tinggi ilmu dan iman seorang itu semakin kuat dugaan dari tuhan.

    Saya banyak berjumpa dengan orang seperti Saudara ini, yang berhujah dan berceramah. Semua yang di katakan adalah benar tapi bila berlaku pada diri sendiri lain pula hujahnya!!!

    ReplyDelete
  2. kepada rubijum,

    saya suka pandangan anda.

    kepada muqabalah,

    Thumbs down.

    ReplyDelete