Thursday, March 7, 2013

Tragedi Lahad Datu: Mencari Petunjuk Dari al-Quran

وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱقْتَتَلُواْ فَأَصْلِحُواْ بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَىٰ ٱلأُخْرَىٰ فَقَاتِلُواْ ٱلَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيۤءَ إِلَىٰ أَمْرِ ٱللَّهِ فَإِن فَآءَتْ فَأَصْلِحُواْ بَيْنَهُمَا بِٱلْعَدْلِ وَأَقْسِطُوۤاْ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُواْ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sekiranya  dua pihak dari orang Islam berperang, maka damaikan antara keduanya, sekiranya satu pihak berlaku zalim ke atas yang satu lagi, maka lawanlah pihak yang zalim itu sehingga ia kembali patuh kepada perentah Allah, dan sekiranya pihak itu kembali , maka damaikan lah antara keduanya dengan adil , maka hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya orang-orang Islam itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah, moga-moga kamu memperolihi rahmat

 يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ لاَ يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُواْ خَيْراً مِّنْهُمْ وَلاَ نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلاَ تَلْمِزُوۤاْ أَنفُسَكُمْ وَلاَ تَنَابَزُواْ بِٱلأَلْقَابِ بِئْسَ ٱلاسْمُ ٱلْفُسُوقُ بَعْدَ ٱلإَيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَـٰئِكَ هُمُ ٱلظَّالِمُونَ  يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱجْتَنِبُواْ كَثِيراً مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُواْ وَلاَ يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ  يٰأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوۤاْ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ ٱللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai orang-orang beriman ! Janganlah sesuatu suatu pihak mencemuh  pihak yang lain,  mungkin pihak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka (yang mencemuh), begitu juga janganlah sautu pihak wanita mencemuh pihak wanita yang lain, mungkin pihak wanita yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka yang mencemuh, jangan kamu mencela diri [sesama] kamu sendiri (kerana orang mukmin itu umpama diri yang satu) dan jangan kamu mengejek dengan gelaran-gelaran huduh, seburuk-buruk gelaran ialah  gelaran fasik (gelaran yang huduh-huduh)  sesudah beriman. . Dan sesiapa yang tida bertaubat (daripada melakukan sedemikian), maka mereka itu adalah daripada orang-orang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah daripada kebanyakan sangkaan  buruk, sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan jangan kamu mengintai-intai aib orang lain, jangan sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain, adakah antara kamu yang suka memakan daging mayat saudaranya ? Tentunya kamu membenci (daripada melakukan)nya.  Dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Pengasih. 
Wahai manusia!  sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali (antara satu sama lain) Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Berpengetahuan dan Maha Mengetahui 
[ayat 9-13 Surah al-Hujurat]

  
Inilah antara ayat-ayat yang mempandu kita dalam menentukan kedudukan kita apabila terdapat  peperangan sesama Islam. Alhamdulillah agama kita mengajarkan dan memandu kita dalam semua keadaan, termasuklah dalam membentuk sikap kita dalam menanggapi tragedi Lahad Datu.

Keadaannya tidaklah semudah yang mahu dicanting oleh satu-satu pihak, ianya berserabut dengan banyak faktor, semada dari segi sejarahnya mahupun kenyataan yang berlaku sekarang.  Mungkin juga memang terdapat pihak-pihak lain yang menangguk di air yang keruh. 

Hero dari episod ini bukanlah sesiapa yang dapat menghapus lawannya, bukan juga yang  hancur dengan terus tegak dalam memperjuangkan yang dia mahu. Bahkan heronya ialah siapa yang dapat mendamaikan ummah, dapat memperkukuhkan persaudaraan sesama ummah  dalam mentaati suruhan Allah, dalam menghidpkan ajaran Allah dan anjuran Rasul-Nya.

Kita tidak sepatutnya mudah mempercayai berita dari mana-mana satu pihak yang sedang  bertelingkah, kecuali selepas kita teliti semua maklumat dengan adil dan memahami suasana yang sebenar.. Jangan pula mudah menyalah-gunakan istilah agama seperti jihad dan syahid untuk meniupkan lagi persengketaan yang telah berlaku. Bahkan siramkan kehangatan permusuhan dengan air keinsafan dan rujuk jiwa kita untuk patuh kepada Allah dengan istighfar dan 'inabah.

Sekiranya kita perlu membunuh sesama Islam kerana pencerobohan ke atas nyawa, maruah dan harta kita, hendaklah pembunuhan itu dengan dilaksanakan dengan penuh keinsafan bukan dengan desakan nafsu ammarah. Kita tidak pula melampau dalam pembunuhan tersebut. Rasulullah Sollallahu 'alahi wasallam telah mengetuai perang, baginda mengajar kita adab berperang. Baginda menunjukkan kita sebagaimana dalam huraian ulama tentang hukum ahkam yang melibatkan etik peperangan. Peperangan yang penuh adab dan akhlaq.Bukan peperangan yang kemudiannya melahirkan anggota tentera yang jiwa mereka tertekan dan terpaksa bergantung kepada pill penenang. Gambaran membunuh manusia lain sentiasa menghantui mereka dalam tidur dan jaga.









  

No comments:

Post a Comment