Daripada Abu Hurayrah berkata yang Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Seorang lelaki (dari bani Israel) berhajat untuk bersedeqah (secara rahsia) , dia telah mengeluarkan sedeqahnya dia terberinya kepada seorang pencuri (tanpa disedarinya). Apabila orang ramai bangun pada pagi berikutnya, mereka bercerita yang ada seseorang yang telah bersedeqah kepada seorang pencuri pada malam tadi. Lelaki itu berkata: "Allahumma, bagi Engkaulah segala pujian, (sedeqahku diperolehi) oleh seorang pencuri. Sekiranya orang yang lebih baik mendapat sedeqahku". Lalu (pada malam yang lainya) dia keluar memberi sedeqah. serta terberinya kepada seorang pelacur. Apabila orang ramai bangun pada pagi berikutnya, mereka bercerita yang ada seorang yang telah bersedeqah kepada seorang pelacur pada malam tadi. Lelaki itu berkata: "Allahumma, bagi Engkau segala pujian, sekiranya orang yang lebih baik mendapat sedeqahku". Lalu (pada malam yang lain) di keluar memberi sedeqah, serta terberinya kepada seorang yang kaya.Apabila orang ramai bangun pada pagi berikutnya mereka bercerita yang ada seseorang yang bersedeqah pada malam tadi kepada seorang yang kaya. Lalu lelaki itu berkata: "Allahumma, bagi Engkau segala pujian, sedeqahku telah diterima oleh seorang pencuri, seorang pelacur dan seorang yang kaya".Dia didatangi di dalam mimpinya oleh seseorang yang memberitahunya:"adapun sedeqah engkau bagi pencuri itu semoga ianya menyebabkan dia berhenti daripada kerja mencurinya, adapun (sedeqah engkau) untuk pelacur itu, semoga ianya menyebabkan dia menjaga kehormatan diri daripada kerja melacurnya, adapun (sedeqah engkau) untuk orang kaya itu semoga dia akan mengambul iktibar dan akan bersedeqah dengan rezki yang dianugerahi Allah kepadanya". [Bukhari-Muslim]
Mengikut Maulana Zakariyya al-Kandahlawi hadith ini jelas menunjukkan sedeqah yang diberikan secara ikhlas, walaupun tersalah tempat berinya juga mencapai maksud Rabbani serta tiada patut dikesali. Tanggung-jawab manusia ialah untuk menjaga kemurnian niat, kerana apa yang dituntut oleh syara daripadanya adalah niat yang baik serta amalan kebajikan.
Kita sebagai manusia tidak memahami skima Rabbani, kita terlalu menitik-beratkan perkara yang zahir kelihatan sehingga melebihi yang batin. Kita bergantung kepada natijah amalan kita yang kita tafsirkan semata-mata berdasarkan kesan-akibat fizikal sehingga mengatasi pergantungan kita kepada kepada Allah.
Kita mungkin effecient tetapi tidak semestinya kita effective. Keberkesanan pada peringkat manusia itu bukan dapat diukur secara imperical, ianya hanya dapat dihurai selepas sesuatu itu telah berlaku, barulah dijumpai anasir-anasir yang menatijahkan sesuatu tindakan itu serta membawa kesan pada tahap-tahapnya yang berbeza. Seumpama yang diungkap dalam buku The Soul Of Malaya: apabila kita berada di atas gerabak kehidupan, kita lebih senang melihat denai-denai di belakang yang telah kita lalui berbanding penglihatan kita terhadap denai di hadapan yang akan kita tempuhi......
No comments:
Post a Comment