Wednesday, August 11, 2010

Isu Perpaduan yang Semakin DiBincangkan

Hampir setiap hari kita membaca tentang kepentingan 'perpaduan Melayu ' dalam akhbar, dalam blogs dan lainnya. Nampaknya isu perpaduan kini menjadi semakin mendesak, selepas demikian lama agaknya anak bangsa kita berpecah

Dalam ajakan kepada perpaduan itu, kita masih hebat singgung-menyinggung, siku-menyiku antara satu sama lain. Perkembangan semasa seakan-akan mempamirkan ahli masyarakat kita telah kehilangan arah, kita ajak kepada perpaduan 1Malaysia, yang asasnya meminggirkan kepentingan ethnik kerana menjunjung konsep 1 bangsa Malaysia yang mengatasi agama dan bangsa. Kita ingin perkukuhkan konsep ini dengan biasiswanya, bantuan kewangannya, pengagihan peluang dan lainnya. Kita bersungguh hendak menjayakannya.

Di satu sisi lain, kita bercakap tentang terancamnya ketuanan Melayu, terkikisnya kepentingan Melayu kerana ethnik lain telah mulai 'berkuasa' , mereka semakin kukuh dari segi ekonomi dan lainnya. Sepatutnya itulah antara tanda kejayaan konsep 1Malysia!. Semua ethnik bersaing secara saksama, semua rakyat didahulukan, pencapaian mereka yang diutamakan...


Sepatutnya sekiranya kita usahakan perpaduan Melayu, kita usahakan perpaduan di antara orang-orang dewasa yang merdeka, perpaduan secara interdependence, bukan antara kelompok yang bersatu kerana sudah nyawa-nyawa ikan. Perpaduan itu hendaklah yang berlandaskan prinsip dan berintikan kefahaman serta bukan bersifat ad-hoc


Agaknya tulisan dalam blog ini bertarikh Oct.24.2009 dibawah entry :Perpaduan menuntut Kesabaran dan Ketabahan Jiwa' masih relevan untuk direnung sekali lagi

3 comments:

  1. org melayu sibuk dengan kapir mengkapir. semua harta kekayaan masyul negeri org cina kelepittt. mana cerediknya org yg mengaji agama nii....tak ceredik mana.

    ReplyDelete
  2. orang melayu tak berpecah pon , yang berpecah tuh umnongok/apco.
    harap2 PAS jangan bengong,umno tuh taja perpaduang untuk selamatkan nya,bukan nak selamat melayu,Ingat pesan nabi jangan dengar pesan mahyudin sembab,nabi kata ARAB hanya akan mulia dengan ISLAM. Kalo arab sendiri yang menjadi bangsa nabi pun mestikena ikut Islam apatah lah kita melayu yang tak sebangsa nabi lagi lah wajib ikut Islam sebagai asas.
    Semakin dekat rakyat untuk ambil alih putra jaya makin semakin haru birulah umno mencipta isu2 dan fitnah terhadap pakatan rakyat,kerna kalau lah umnongok terguling dalam pru 13 nanti,bayangkan bagaimana rakyat akan tahu penyelewengan melayu umno menipu melayu,cina ,india,orang asli,mamak dan semua rakyat malaysia 52 tahun.
    Rakyat jangan termakan dengan media arus perdana yang semakin rancak memainkan isu perkauman.

    ReplyDelete
  3. Ya allah...
    apakah ini bahasa2 org yg beragama? beriman?..

    ReplyDelete