Saturday, October 23, 2010

Buku Menarik: Rich Brother Rich Sister

Saya berada di kedai buku bersama anak lelaki saya, saya bertanya kepadanya tentang buku Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki. Dia mengatakan ianya sebuah buku yang perlu dibaca, ianya tentang pengurusan kewangan. Saya sebelumnya belum pernah mendengar nama Kiyosaki ini, kalaulah ada penulis amerika keturunan jepun yang saya pernah baca ialah buku The Trust oleh Furakawa. Ianya menarik, perbincangan di atas tajuk yang sama, tetapi lebih santai dan personal ialah The Speed of Trust oleh Stephen Covey J.

Saya bertemu dengan buku yang juga ditulis oleh Robert Kiyosaki bersama saudara perempuannya Emi bertajuk Rich Brother, Rich Sister; saya pun membeli kedua-dua buku tulisan Kiyosaki itu. Alhamdulillah saya merasakan saya beruntung untuk membaca buku tersebut, sebagaimana saya gembira membaca buku The Turning Point dan The Uncommon Wisdoms tulisan Frithjof Chapra; sebagaimana saya gembira membaca buku How To Succeed in Business Without Working so Damn Hard oleh Robert J.Krigel atau The Tipping Point: How Little Things Can Make A Big Difference oleh Malcom Gladwell.

Pada saya buku-buku ini menyatakan secara yang lebih mudah untuk difahami dan dihadam tentang nilai dan faham yang telah sedia ada pada kita. Ianya membincangkan pertimbangan-pertimbangan yang mungkin semakin tidak dipandang oleh kebanyakan ahli masyarakat kita pada hari ini. Masyarakat kita semakin menilai pada tahap empirical semata-mata tanpa melihat kepada faktor-faktor di luar batasan indera biasa. Faktor-faktor yang dapat difahami selepas kita berfikir dan merenung secara merentasi kebijaksanaan pada tahap awam. Atau kita dapat fahami selepas terdedah kepada perbincangan berbentuk hikmah para hukama.

Penulis-penulis buku ini bagi saya telah menulis secara jujur , jujur mengikut faham mereka. Ianya bukan sesuatu yang digubah-gubah untuk memenuhi selera pasaran. Ya, kadang-kadang kita merasa mual membaca contohnya buku pengurusan masa secara Islam; yang isi kandungan memang sama dengan mana-mana bahan bacaan popular barat kecuali dikepilkan beberapa ayat al-Quran dan Hadith. Ianya tidak mempunyai kedalaman dan ruhnya amat lemah.

Buku Rich Brother , Rich Sister bagi saya jauh lebih matang dan lebih kaya daripada buku Rich Dad, Poor Dad, walapun mungkin tidak adil untuk membandingkan dua buku yang fokusnya berlainan. Atau lebih adil untuk mengatakan saya lebih mampu untuk associate kefahaman dan kecenderungan saya dengan buku tersebut.

Buku-buku ini mengajar kepada kita tentang anasir-anasir yang berperanan di dalam kehidupan, yang mana sebahagian anasir-anasir ini telah terlepas-pandang oleh kita kerana permikiran kita telah terkaku oleh mata-mata pelajaran yang kita belajar secara formal. Kita juga telah kehilangan hairaki (maratib) keutamaan di dalam kehidupan kerana kita terikat dengan sifir zahir yang diterima pakai oleh ramai.

Contohnya kita telah kerap terlupa kekuatan 'perkataan' kerana terpegun dengan keberkesanan perbuatan; kita terlupa untuk bersedia kepada yang pasti berlaku, iaitu kematian kita kerana terikat pada kehidupan. Kita berusaha untuk memenuhi sebab bagi mencapai sesuatu sehingga tertutup daripada melihat Musabbib yang menjadikan sebab. Kita fokus kepada yang zahir kerana terhijab daripada yang batin. Kita kira dengan memberi , resources kita akan berkurangan . Kita mengira kita penentu bukannya kita ini barang yang ditentukan.

bersambung....

No comments:

Post a Comment