Sunday, April 3, 2011

Sebagai Seorang Muslim, Saya Menolak Fitnah Video Itu

1-Sebagai seorang muslim, saya diajar oleh Islam agar perspektif dan pemahaman saya dibina di atas peringatan dari al-Quran dan al-Sunnah. Mungkin sahaja dakyah-dakyah dari punca lain kelihatan boleh menyakinkan, ada logiknya. Tetapi sebagai seorang muslim, saya wajib meluruskan kefahaman saya mengikut peringatan al-Quran dan as-Sunnah, saya wajib menghadapkan wajah hati dan pertimbangan perasaan saya mengikut qiblat petunjuk tersebut. Sekiranya saya memalingkan wajah hati dan pertimbangan perasaan saya ke arah selainnya, kefahaman agama saya itu sudah tentu tersasar; semoga Allah menyelamatkan kita semua dari kebinasaan itu.

2- Saya mengharapkan rakan-rakan yang mempunyai perbezaan perspektif dan pemahaman dari yang akan saya sebutkan ini akan membetulkan apa-apa yang bengkok dalam kefahaman saya. Apa yang penting ialah kita sama-sama menjunjung tinggi kebenaran yang diajar oleh agama kita. Kita mahu faham mengikut faham agama, kita mahu hidup di atas kehidupan beragama, kita mahu mati berpegang dengan agama, kita mahu dibangkitkan di kalangan ummat yang teguh beragama. Saya saya mengharapkan pendirian saya ini tidaklah berasaskan atau dipengaruhi oleh sokongan saya kepada mana-mana individu, parti politik atau lain-lain kepentingan serta perkiraan duniawi; tetapi hanya semata-mata tulus mengikut apa yang saya faham dari ajaran Islam itu sendiri.

3- Saiyyidina Huzaifah Radiyallah 'anhu mengatakan : "orang ramai telah bertanya Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam daripada kebaikan; sedangkan saya bertanya tentang keburukan. Saya telah mengetahui yang kebaikan akan mendahului saya. Saya bertanya: Ya Rasulullah: "adakah selepas kebaikan ini akan terjadi keburukan?". Rasulullah bersabda: "Wahai Huzaifah, hendaklah engkau mempelajari Kitabullah 'Azza wa Jalla. Dan hendaklah engkau ikut apa yang ada padanya".Rasulullah mengulanginya sebanyak 3 kali. Huzaifah bertanya sekali lagi : "Adakah selepas kebaikan ini akan terjadi keburukan"?". Baginda bersabda:
فتنة عمياءصمياء علها دعاة على أبواب النار فأن مت يا حذيفة وأنت عاض على جذل خير لكمن أن تتبع أحدا منهم

" (akan berlaku) fitnah yang membuta dan menulikan (yakni manusia menjadi buta daripada melihat kebenaran dan menjadi tuli dari mendengar kebenaran dan nasihat)". Padanya terdapat penyeru-penyeru di atas pintu-pintu neraka ( menyeru kepada kesesatan yang akan mengelincirkan manusia ke dalam neraka). Maka jika engkau mati , wahai Huzaifah mengigit akar kayu (berseorangan mengasingkan diri dari kumpulan membuat fitnah)lebih baik bagi engkau draipada mengikut salah seorang daripada mereka".

Huzaifah menanyakan Rasulullah tentang sifat penyeru-penyeru di atas pintu neraka tersebut. Rasulullah bersabda:نعم, قوم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا
"Ya, mereka sekulit (satu bangsa) dengan kita dan mereka bertutur dengan bahasa kita"

Matan (text) hadith ini mempunyai sedikit perbezaan dalam riwayat-riwayat yang berlainan. Sebahagian ulama memahamkan fitnah yang diisyaratkan oleh Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam itu telah berlaku di zaman salaf (awal Islam). Bagaimanapun pengajaran dari hadith ini sentiasa kekal benar dan bermanafaat. Agakan saya , keadaan masyarakat kita hari ini juga mendapat tempias yang kuat dari apa yang diterangkan oleh Rasulullah; zaman yang penuh dengan fitnah, seakan-akan membuta dan menulikan manusia dari melihat sesuatu isu mengikut neraca Islam kerana kuatnya desakan dan asakan dari penyeru-penyeru yang berada di atas pintu neraka itu! Mereka itu sekulit dan sebahasa denga kita! Subhanallah!

3- Allah menyebut dalam al-Quran:
أن الذين فتنوا المؤمنين والمؤمنات ثم لم يتبوا فلهم عذاب جهنم ولهم عذاب الحريق
"Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuyan beriman, kemudian(daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar" (al-Buruj:10)

Apa yang berlaku sekarang ini memang termasuk dalam perbuatan fitnah, seperti usaha-usaha terancang untuk mengaibkan sesaorang serta keluarganya, menyumpah seranah dengan belbagai gelaran yang menjijikkan sehinggakan dalam media yang dibaca oleh kanak-kanak.

Mereka datang dengan tuduhan demi tuduhan. Belum selesai yang pertama. mereka datangkan tuduhan kedua. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Yang nyatanya mereka menimbulkan fitnah ke atas peribadi dan keluarga tertentu, mereka menimbulkan fitnah kepada masyarakat dan tanahair, mereka telah mengaibkan negara di mata dunia.

4- Allah berfirman:
ان الذين جاءو بالأفك عصبة منكم لاتحسبوه شرا لكم بل هو خير لكم لكل امرئ منهم مااكتسب من الأثم والذى تولى كبره منهم له عذاب عظيم لو لا اذ سمعتموه ظن المؤمنون والمؤمنات بانفسهم خيرا وقالوا هذا افك مبين

"Sesungguhnya orang-orang yang datang dengan 'ifik' (menuduh Saiyyidatina Aishah terlibat dalam zina ) ialah dari kumpulan kamu sendiri. Jangan kamu mengiranya sebagai keburukan bagi kamu, bahkan ianya kebaikan bagi kamu. Tiap-tiap orang dari mereka menanggung dosa yang dilakukan, sementara orang yang berperanan penting daripada mereka, baginya azab yang besar pula (sepadan mengikut peranan). Ketika kamu mendengar berita itu, mengapa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan tidak bersangka baik dengan sesama mereka sendiri? Dan berkata: Ini adakah ifik (pembohongan) yang jelas-nyata". (Surah an-Nur: 10-11)

Inilah sikap yang al-Quran mengajar kita. Kita bersangka -baik terhadap sesama Islam sehingga terdapat bukti-bukti yang nyata (beyond doubt) sebagaimana yang diajar didalam agama kita.

Katakan walaupun tuduhan terhadap seseorang itu betul dan menepati kenyataan, hanyalah terdapat sedikit keraguan dan ianya tidak memenuhi piawaian syara', lalu kita tolak tuduhan itu kerana bersangka baik terhadap sesama Islam, insyaallah kita masih harapkan pahala 'bersangka-baik' itu daripada Allah.

Sekiranya kita membenarkan tuduhan ke atas orang Islam, apa lagi menyebarkan-luaskan tuduhan tersebut, sedangkan pada hakikatnya tuduhan itu adalah pembohongan semata-mata. Walaupun sekan-akan terdapat unsur-unsur yang boleh menyokong tuduhan tersebut. Maka apa yang kita akan dapat?. Kecuali kita mendapat kemurkaan dari Allah dan janji azab neraka yang teramat pedih.

5- Allah menyebut perbuatan homosexual di kalangan kaum Saiyyidina Nabi Lut 'Alahi as-Salam. Allah merakamkan bahawa merekalah yang pertama kali dalam sejarah manusia terlibat dalam salahlaku ini. Allah menyebutkan:

ولوطا أذقال لقومه أنكم لتاتون الفاحشة ما سبقكم بها من أحد من العالمين أنكم لتاتون الرجال شهوة من دون النساء بل أنتم قوم مسرفون

Dan Lut , ketika baginda berkata kepada kaumnya: "Adakah kamu mendatangi kejahatan yang belum pernah dibuat oleh sesiapapun di alam ini?. Sesungguhnya kamu mendatangi sesama lelaki bukan perempuan, bahkan kamu adakah kaum yang melampau (al-'Araf:8--81)

Allah juga merakamkan tabiat pelaku sumbang ini semenjak sewal itu, yang mereka tidak mempunyai keinginan nafsu kepada perempuan. Allah menyebut tentang tabiat mereka ini, ketika para malikat yang menyerupai lelaki mendatangi Saiyyidina Lut kerana menyampaikan perentah Allah agar baginda keluar dari negeri yang akan ditimpa azab itu.

وجاء ه قومه يهرعون اليه ومن قبل كانوا يعملون السيات , قال ياقوم هؤلاء بناتى هن أطهرلكم فاتقوا الله ولا تخزون فى ضيفى أليس منكم رجل رشيد قالوا لقد علمت ما لنا فى بناتك من حق وأنك لتعلم ما نريد

Datang kepada Saiyyidina Lut, kaumnya dengan bersegera, sedangakn sebelumnya mereka memperbuat kejahatan. Nabi Lut berkata; " wahai kaumku, mereka ini anak perempuanku, mereka lebih suci bagi kamu (untuk dinikahi). Maka bertaqwalah kepada Allah, dan jangan kamu malukan aku pada tetamuku, tidakkah ada di kalangan kamu orang yang cerdik?. Mereka menjawab: " sesungguhnya engkau telah tahu yang kami tidak berhajat sebenar-benarnya kepada anak-anak perempuan engkau, dan engkau sesungguhnya mengetahui apa yang kami mahukan" (Hud: 78-79)

Allah menyatakan suatu tabiat yang ghalib (norm) bagi orang yang bernafsu kepada sesama lelaki yang mereka tidak berselera kepada perempuan semenjak zaman Saiyyidina Lut itu lagi. Dan banyak keadaan sekiranya mereka berkahwin dengan perempuan sekalipun, mereka gauli isteri secara mereka gauli sesama lelaki.

Tanpa kita menolak kemungkinan terjadi apa yang di luar kebiasaan, tetapi apabila ianya berlaku di luar kebiasaan, maka kita perlu hujjah yang jelas dan kenyataan yang terang bagi menyalahi kebiasaan perkara yang ghalib.

Tuduhan ke atas DSAI meliwat, kemudian tuduhan dia berzina dengan pelacur perempuan adalah tuduhan yang mengatasi kebiasaan yang telah disebut oleh Allah sendiri. Tuduhan itu pula datangnya daripada orang-orang yang terlalu sukar untuk kita mengatakan mereka itu sebagai orang yang adil, thiqah dan tidak fasik; orang yang diterima kesaksian mereka. Tentang syarat kesaksian itu dari orang yang adil di dalam syara agama kita. Sekiranya tuduhan itu datang dari orang-orang fasiq, kita sebagai penganut Islam tidak dapat menerimanya dengan begitu sahaja tanpa penelitian yang rapi. Kita juga tidak boleh membenarkan penuduh-penuduh yang fasiq itu bermahara-lela sesuka hatinya, hukuman mesti dijatuhkan ke atas mereka.

6-Berdasarkan pertimbangan sebegini, pertimbangan yang saya fahami dari petunjuk umum al-Quran dan as-Sunnah, yang saya junjung mengatasi 'bahan-bahan bukti' yang masih mempunyai keraguan, andaian-andaian yang difikirkan munasabah untuk mengiyakan tuduhan tersebut , maka saya didorong oleh keimanan saya kepada kesempurnaan ajaran Islam menolak kesahihan tuduhan ke atas DSAI berdasarkan video itu atau yang seumpama dengannya.

Saya cuba memahami perspektif mereka (termasuk rakan-rakan) yang berusaha untuk mengatakan memang DSAI yang beraksi dalam video tersebut. Saya ikuti hujjah yang dibawa termasuk oleh rakan saya, Kickdefella. Kickdefella sebagai contoh memberi justifikasi, kenapa image lelaki di dalam video itu agak berisi berbanding DSAI, katanya distortion itu boleh berlaku kerana perubahan ratio axis x-y pada frame . Dia juga berdasarkan pergerakan watak di dalam video itu yang katanya menyerupai pergerakan DSAI. Kalau kita secara ikhlas bertanya kenapa ratio axis x-y itu terubah sehingga menimbulkan kekeliruan, kenapa ianya berlaku kerana video itu datangnya dari pihak yang mahu mensabitkan kesalahan DSAI, bukan dari pihak yang cuba menafikan penglibatan DSAI. Kita juga tertanya bagaimana rapatnya hubungan Kickdefella sehingga dia dapat mengenali gerak DSAI terutama dalam berkeadaan yang sedemikian. Kita tidak boleh memastikan seorang yang gerakannya sopan ketika biasa, akan bergerak secara tertib dan sopan ketika dalam posisi sebegitu. Apa yang disebut sebagai keyakinan oleh Kickdefella hanyalah sekadar peringkat telahan tidaklah sampai kepada peringkat yakin. Ianya pada peringkat waham, syak atau zan, bukan peringkat ilmu, bukan peringkat yakin dalam takrifan syara'.

Apa yang kita pasti dengan yakin ialah DSAI mempunyai sejarah sakit tulang-belakang, kita juga masih melihat ada ketika beliau memakai girdle untuk menyokong tulang-belakangnya untuk mengurangkan kesakitan, kadang-kadang kita masih perasan jari-jari beliau sembab membengkak kerana kesan sampingan 'pain-killer'. Untuk mensabitkan hal-hal ini yang saya sebutkan ini, saya sanggup menjadi saksi di dunia dan di akhirat tentang kebenarannya. (walaupun mungkin sahaja dikatakan DSAI hanya berlakun dalam semua keadaan ini). Dengan mengetahui hal-hal yang yakin ini, agar sukar untuk kita padankan dengan tuduhan yang DSAI beraksi rancak dalam video tersebut , tidak sebagai seorang yang pernah sakit tulang belakang ataupun berusia lebih 60 tahun.

7- Dalam pada itu, ini bukan bermaksud sekali-kali yang saya menyetujui pendirian-pendirian DSAI dalam beberapa perkara. Saya bukan setakat menolak sebahagian daripada gagasannya bahkan saya menentang gagasan tersebut. Saya menentangnya berdasarkan kefahaman yang saya fahami dari ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Saya tidak menentang atau menyokongnya berdasarkan kepentingan parti atau politik, semoga saya diperlihatkan Allah akan kebenaran sebagai kebenaran serta diberi kekuatan untuk menjayakannya, semoga saya diperlihatkan kebatilan sebagai kebatilan serta diberi kekuatan untuk menolaknya.

Ingin sentiasa saya ulangi doa orang yang beriman di kalangan pengikut Nabi Musa 'Alahi as-Salam:

فقالواعلى الله توكلنا ربنا لا تجعلنا فتنة للقوم الظالمين ونجنا برحمتك من القوم الكافرين

’Mereka berdoa: "kepada Allah , kami bertawakkal, Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah kumpulan yang zalim.Dan selamatkan kami dengan Rahmat engkau daripada tipu-daya orang-orang kafir" (84-85 Surah Yunus)

17 comments:

  1. Saya bersetuju dengan tindakan jangan menaburkan fitnah!! Tetapi adakah tindakan sesetengah parti politik dan individu yang membuat tuduhan terang-terangan bahawa pihak lawannya terlibat merangka video ini di dalam ucapan, akhbar dan sebagainya juga merupakan fitnah?? sedangkan ia belum terbukti??

    Janganlah dikala mempertahankan diri dari difitnah kita menaburkan fitnah kepada pihak lain!!

    ReplyDelete
  2. Salam... Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak..

    Apa yang penting di sini ialah kebenaran. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagi umat islam untuk mencari kebenaran. Apatah lagi ianya melibatkan bakal pemimpin negara.

    Kita wajib mencari kebenaran.. Jangan kita meuntup mata hati kita kepada kebenaran.. Itu bukan ajaran Islam!!!

    Jangan terus buta kesimpulan.. Kita tidak tahu lagi siapa yang betul dan siapa yang salah..

    ReplyDelete
  3. Terima kasoh di atas 2 komen di atas.Memang Islam mengajar kita supaya menjunjung kebenaran, Islam juga mengajar kita kaedah mengenal dan mengamalkan kebenaran. Marilah kita menanam azam untuk menghayati Islam secara yang Allah dan Rasul-Nya tuntut daripada kita

    Tidak kira pihak mana yang memfitnah (membuat onar) kepada muslim tanpa hak, maka dia telah melanggar perentah Allah dan Rasul-Nya. Kalau dia tidak bertaubat , kalau Allah tidak ampunkan dosanya, maka dia akan mendapat murka Allah.

    Murka Allah dan murka rasul-Nya tidak terbatas kepada mana-mana kumpulan, parti atau individu. Marilah kita meletak agama di atas segala kepentingan lain

    ReplyDelete
  4. as-salam...
    kenapa najib dfitnah dengan zaina zain la..altantya dan macam2 lg xcakap pon pasal fitnah2..xcakap pon pasal 4 saksi...photo pon bukan asli superimpose oleh kafirun tian hua( kalu ikot islam ni wajib kene ..)ada tak dewan ulama PAs keluar fatwa? kenapa time anwar baru heboh pasal 4 saksi la fitnah la... boleh tak muqabalah bg pendapat yg adil? yg haq jgn ditutup dengan kebatilan.... pd 1998 mat sabu n karpal sing yang heboh pasal sex anuwar smpai dorng panggil anuwar aljuburi tak pula di sebut 4 orng saksi n fitnah? boleh muqabalah huraikan... harap siar post sy demi kebenaran dan menjunjung keadilan demi ALLAH..

    ReplyDelete
  5. Saudar Muqabalah,

    Saya bersetuju dengan pendapat tuan bahawa dengan pendapat Saudara Hazim Abha yang mengatakan "Janganlah dikala mempertahankan diri dari difitnah kita menaburkan fitnah kepada pihak lain!!" . Disini kebenaran ynag harus di cari kerana pada pendapat saya "Nasi telah menjadi bubur" jadi kebenaran adalah penting dalam menangkis fitnah dsbnya.

    Saya amat tertarik dengan satu SMS yang di hantar kepada saya yang berbunyi " Solat Hajat menolak Fitnah BN, Pidato Tg Nik Aziz, Anwar Ibrahim, TgH Hadi, Kulaih Dato Tuan Ibrahim Isnin 28/3 di Stadium Melawati Shah Alam" Adakah ini satu Fitnah juga kerana menuduh BN menabur fitnah tanpa sebarang bukti yang jelas!!! atau kalau baiknya di jadikan " Solat Hajat untuk Kebenaran"

    ReplyDelete
  6. Jangan kerana hendak memperkukuhkan sesuatu hujah bersandarkan konon ajaran islam,, sebangang-bangang budak tadika pon tahu memang Islam adalah tiang kebenaran di alam ini. Tapi bila maki hamun, keluarkan fatwa ikut kecenderongan parti, Allah mencarut, Allah samseng, sanggup bekerjasama dengan syaitan asal dapat memusnahkan parti lawan. sudaaalah...bila nak tegak hujah berselindung sebalik Islam konon. Inilah bajang yang merosakan Islam sbenar!!!!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas 3 komen di atas, saya tidak mewakili mana-mana kumpulan mahupun parti politik untuk menjawab bagi pihak mereka.

    Saya juga tidak mengetahui atau kadang-kadang tidak mendengar gossip-gossip politik, kecuali yang tersebar dalam media-massa dan dalam blog rakan-rakan yg tertentu. Mungkinnya kerana saya bukan ahli mana-mana parti, tidak pula hadir di ceramah politik atau perbualan kedai kopi.

    Bagaimanapun kesalahan tetap salah, tidaklah kira semada ianya dilakukan oleh anggota parti mana sekalipun, tidak kira ulama atau orang jahil sekalipun. Tidak kira untung politik atau tidaknya.

    Marilah kita sama-sama berpegang kepada ajaran agama kita, yang kita akan bawa sepanjang hayat dan selepas kita mati, kita bawahkan kepentingan lain, termasuk sokongan kepada mana-mana kumpulan . islamlah yang kita junjung setinggi-tingginya.

    Lihatlah tulisan2 saya sebelum ini umpama Pluralism dan Plurality Agama yg 3 siri itu, atau 'Kenapa Smapai ke situ" dan lainnya.

    Marilah kita kembali menghayati ajaran Islam semurni-murninya tanpa warna celupan parti dan kumpulan, marilah kita buat kenyataan kehidupan berdasarkan an-nasihah, kita doakan agar kita semua dapat menghadap Allah pada hari yang tiada bemanafaat anak-pinak dan harta benda dgn hati yang sejahtera. sejahtera dengan tauhid yang khalis , sejahtera dari penyakit-penyakit hati

    ReplyDelete
  8. salam...saya rasa saudara muqabalah ni menyebelahi atau condong ke arah satu parti...tak payah sebut parti apa. dari tulisan saudara kita dah boleh agak. mengapa satu parti ni bila kena tuduhan @ apa yg buruk pada parti dia org dia ckp fitnah dan lepas tu buat solat hajat. tapi kebenaran yang timbil selepas solat hajat tu tak menyebelahi dia org. kat mana silap tu.

    ReplyDelete
  9. salam bro anon 8:29. bsangka baik itu lbh utama. kan dia dh jelaskan dia xbpihak pd mN parti politik. pndapat/fokus dia kali ni PADA vid lucah yg tgh digemburkan. kita tgk pndpat dia tntg isu ni bdasarkan pngetahuan agama yg dia pelajari. itu shj. :)

    ReplyDelete
  10. Dalam kita membicarakan topik ini di harap jangan ada tuduh menuduh dari semua pihak di blog ini. masing2 mempunyai pendapat masing2. Kita hormat semua pendapat samada pro atau sebaliknya

    ReplyDelete
  11. Kata anda .............."Apa yang berlaku sekarang ini memang termasuk dalam perbuatan fitnah, seperti usaha-usaha terancang untuk mengaibkan sesaorang serta keluarganya, menyumpah seranah dengan belbagai gelaran yang menjijikkan sehinggakan dalam media yang dibaca oleh kanak-kanak."......................

    Anda sendiri sudah berkata bahawa ini semua FITNAH. Adakah anda tau ianya FITNAH? Anda dah lihat video keseluruhan atau anda hanya dengar dari orang yg mengatakan pelakun video tu berperut buncit dan sebagainya?

    Bermakna anda telah membuat keputusan tanpa menyiasat dari kedua2 sumber. Video & pembawa cerita.

    Sekiranya anda sendiri belum pasti, elakkan dari mempengaruhi orang lain mempercayai kefahaman yg anda sendiri tak pasti...

    ReplyDelete
  12. Saya memang berkata video FITNAH, dan saya akan terus mengatakan video itu Fitnah, saya sedar saya akan disoal oleh Allah di Akhirat tentang semua perkara, termasuk perkataan saya yang video itu memang fitnah, fitnah yang dahsyat.

    Saya memaksudkan fitnah itu sebagai mana yang saya faham tentang penggunaan kalimah fitnah yang terdapat dalam al-Quran, dalam hadith dan dalam kitab-kitab turath.

    Saya tidak sekali-kali menyempitkan pengertiannya sebagaimana yg digunakan dalam istilah harian di kalangan kita orang Melayu. Atas pendirian saya itu, adakah mana-mana individu, penyokong kumpulan mana sekalipun yg mahu mengatakan pendirian saya itu salah dari segi takrifan Islam?

    Saya pernah menulis tentang penggunaan perkataan fitnah dalam al-Quran suatu masa lepas dalam blog ini; itulah yg masih saya fahami.

    Penyebaran video itu, emnonton video itu juga termasuk fitnah, yang mungkin akan membawa penyes

    ReplyDelete
  13. Penyebaran video itu, menonton video itu juga termasuk fitnah, yang mungkin akan membawa penyesalan kepada pelakunya di Akhirat, akan membawa penyesalan apabila diadili oleh allah pada Hari Akhirat kelak.

    ReplyDelete
  14. Muqabalah,
    Saudara terlalu banyak bermain dengan bahasa. Straight to the point, kan mudah difahami. Sbg jln selamat, saudara berlegar2 dan berbunga2 tentang pendirian saudara. Saudara juga penuh keyakinan bahawa perbuatan didalam video itu tidak dilakukan oleh DSAI. Saudara selitkan ayat2 Al-Quran dan hadis utk menjustifikasikan hujah2 saudara. Tetapi saudara nampaknya lupa, prinsip KEADILAN perlu di tegakkan dimana2 jua dan kepada sesiapa juga. Tapi nampaknya 'keadilan' saudara hanya pada DSAI. Saudara mengangkatnya seolah2 dia 'maksum'.

    Inilah sebenarnya masalah dengan kebannyakan org2 'agama'. Mereka selalu merasakan pendapat mereka betul, tetapi berlindung disebalik Al-Quran dan agama. Bahawasanya org lain tidak tahu dan pemahaman mereka berkenaan hukum2 Allah adalah hakiki dan org kebanyakan hanya perlu mengikut. Prinsip keadilan dikesan sampingkan, Islam mereka lebih Islam dari muslim yg lain, ditegur tidak menerima malah mungkin melenting.

    ReplyDelete
  15. Sambungan : Anonymous April 16, 2011 9:18 AM

    Tanpa meneliti & mengkaji dah terus meletakkan hukuman yg ianya Fitnah.

    Bukti dah boleh dilihat.....bukan nak "enjoy" melihat perbuatan, tapi mengesahkan perlakuan..... Saya tak mau terlibat atau bersekongkol dengan individu yg dah terbukti tak bermoral setelah mengetahui tabiat individu tersebut dari 1998 sehingga kini...

    Kalau orang biasa bolehlah.... tapi individu tersebut mempunyai cita2 tinggi nak menjadi Pemimpin no 1....

    Pendapat yg tak bersesuaian digunakan dalam kes ini.

    ReplyDelete
  16. 1-Terima kasih atas peringatan yang 2 terakhir itu. Saya tidak pernah menganggap saya dari golongan 'agama', saya adalah orang awam dari ummah ini.

    2-Saya sangat berhasrat agar segala kefahaman saya , worldview saya, paradigm saya diselaraskan dengan faham al-Quran dan Sunnah dengan rahmat & anugerah Allah.

    3-Walaupun saya dan sdr yang memberi komen terdiri daripada golongan awan daripada ummah ini, i.e bukan daripada golongan ulama, tetapi kita tetap akan disoal Allah di akhirat kelak. Sekiranya kita berpegang yang keputusan kita buat, pendirian yang kita ambil akan menolong kita ketika berdepan di perbicaraan mahkamah Allah, maka kukuhkan pendirian tersebut. Soal politik, soal perkiraan dunia hendaklah ketepikan , memandangkan persoalan kita semada terjerumus ke dalam kebinasaan di akhirat kelak lebih utama.

    4-Sdr dan saya berkewajiban sebagai penganut Islam untuk membuat keputusan berdasarkan ajaran islam bukannya logic pemikiran kita yang bersifat relative itu.

    5-Sekiranya pendirian yang saya nyatakan itu bersalahan dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah, serta ijma ulama dan pendapat ulama mujtahid, maka sdr wajib menegur saya. Ini bukan soal kecil, ini soal yang besar. Maka tegurlah saya , sdr sebagai muslim dan saya juga seorang muslim, tegurlah berdasarkan ajaran agama kita, tegurlah selayaknya sebagai seorang muslim, tegur sebagai seorang yang mengharapkan dapat memasukki syurga dengan rahmat Allah.
    4-

    ReplyDelete
  17. Salam.. terima kasih atas segala nasihat dan pandangan. Banyak rasanya apa yang sudara nyatakan mencerminkan pendapat umum sama ada pro @ kontra sentiasa akan terus berulang-alik begitu saja ... bagi yang tidak mengerti apakah hendak mencari persoal lagi? bagi yang faham apakah terasa diri.. banyak pekara sebegini yang kita lihat hari-hari. Bila dunia dibaluti perhiasannya.. kita lupa asal datang kita ke dunia bagaimana dan kembalinya kita bila dan bagaimana.. yangmana MATI adalah PASTI, HISAB adalah PASTI apakah kita dah siap sedia dan PASTI bahawa segala amal kita akan diterima ALLAH SWT, Pekara sendiri belum selesai tambah lagi anak dan suami, kaum kerabat, saudara seagama...adakah sumbangan kita pada jalan ALLAH.. atau tolong jadi lidah FITNAH??. Peringatan ini untuk diri dan yang mengerti..SEBAB janji ALLAH itu PASTI. Bak kata pepatah.. sebaik-baik manusia adalah bagaimana ia menghabiskan usianya hingga kematiannya dan bergunakah dia pada sesama manusia. Wassalam.

    ReplyDelete