Growing up, Deborah Feldman had to wear skirts that covered her ankles and high-necked blouses made of woven fabric so they wouldn't cling to her body. She wasn't allowed to read books in English because her grandfather, with whom she lived, said they were written in an "impure language." When she was twelve, she suffered a sexual assault, which she kept hidden because she had been taught that men's lust was ungovernable. This was supposedly the reason her world was segregated by gender.
At 17, Feldman's grandparents pushed her into an arranged marriage with a virtual stranger, but she had never even heard the word "sex" spoken or learned about the very basics of human reproduction. Once married, she was expected to shave her head and wear a wig—something she rebelled against after a year because she found it so depressing. Seven years later, despite the fact she knew she would be hated as a pariah, she abandoned her community and started life over.
You might be surprised that Feldman didn't grow up in a far away country with repressive laws against women, but in an ultra-conservative Jewish enclave in New York City. "They've passed more laws from out of nowhere, limiting women—there's a rule that women can't be on the street after a certain hour," Feldman told the New York Post describing the Hasidic Satmar community in which she was raised. "We all hear these stories about Muslim extremists; how is this any better? This is just another example of extreme fundamentalism."
Feldman explained the roots of Satmar Hasidism to the Daily Mail. She describes a Jewish sect that has largely turned its back on the modern word, which she says is, "a reaction to the atrocities of Holocaust." Most of the members are descendants of Holocaust survivors who fled from Hungary and Romania during the Second World War. She continues, "Hasidic Jews in America eagerly returned to a heritage that had been on the verge of disappearing, donning traditional dress and speaking only in Yiddish, as their ancestors had done." The community emphasizes family life and reproduction in order to, as Feldman puts it, "replace the many who had perished and to swell their ranks once more. To this day, Hasidic communities continue to grow rapidly, in what is seen as the ultimate revenge against Hitler."
Deborah chronicles her journey from her repressive childhood in."
a tight-knit section of Williamsburg, Brooklyn to finding the courage as a young woman to leave it all behind in her upcoming memoir, "Unorthodox: The Scandalous Rejection of My Hasidic Roots
In her book, Feldman describes a community that had become so oppressive and insular that paradoxically, it put its children at risk. "There was this old man on my street who, every day on my way to school, would be sitting on this bench, and would call out to me and offer me candy," Feldman told the Post. "I told my grandfather, and he said, 'Well, he's older than you, so you have to talk to him out of respect.' The guy was, like, a pedophile," Feldman continues. "And we were taught to respect him." As a kid, she was told all outsiders hated her, and that if she spoke to anyone non-Hasidic, she "risked getting kidnapped and chopped to pieces."
It was concern for her own young son that ultimately pushed her to escape. She writes about a "lackadaisical" attitude toward health and safety fueled by the idea that "God will protect you." One night, speeding down the highway on thin tires she got into an accident and her car flipped three times. She says that no one ever made kids wear seat belts. She realized that her son would have been killed if he had been with her. She had been asking her husband to change the tires for months and when he met her at the hospital, she announced that she was leaving.
Feldman was enrolled part-time at Sarah Lawrence College and a classmate took her in. In fact, in one of her history classes, while studying the art of the memoir, a seed was planted that "one person can make history." From that moment she thought, "I might be able to make a mark or have my voice heard."
She says she is an outcast now and that her family sends her hate mail. "They want me to commit suicide," she told the Post. Her husband has been pushed to the fringes of the group. Feldman says he's less religious now and has trimmed his beard short and wears jeans. They share custody of their five-year-old son.
Although she made the break with her community two years ago, Feldman says she's still "very careful" and hides her address. She calls her book a kind of insurance policy against being harmed by her relatives because "they are terrified of their having their actions become public." Nevertheless, Feldman herself is moving toward forgiveness. In "Unorthodox," she writes of her grandmother, "I'd like to hold her responsible for everything I went through…but I am too wise for that. I know the way of our world, and the way people get swept along in the powerful current of our age-old traditions."
Catitan Sut:
Di tengah-tengah bandaraya New York, pegangan dan amalan kelompok Yahudi Hasidic rupanya masih berbaki. Agak hebat untuk kekal sedemikian dalam suasana bandaraya yang sebesar itu, jauh dari suasana perkampongan yang didiami oleh kelompok Amish, atau suasana yang agak terpencil bagi kelompok pengamal polygamy Mormon.
Saya rasa kerdil diri apabila membaca kisah ini, bagaimana mereka walaupun bukan berada di atas kebenaran aqidah dan syari'ah, tetapi begitu teguh berpegang kepada fahaman dan amalan agama mereka; sedangkan kita yang dianugerahi Allah dengan sebesar-besar nikmat, yakni nikmat iman dan Islam tetapi begitu lemah untuk berdiri teguh berpegang kepada anjuran-anjuran agama kita, sedangkan kita berada dalam masyarakat yang majoritinya beragama Islam, bukannya di New York!
Saya juga teringat satu temubual bersama penulis tersohor Anthony Burgess dalam tahun awal 80'an yang menyebut tentang sejarah awal perkembangan agama-agama Samawi: yahudi, kristian dan Islam. Yahudi adalah agama bagi satu bangsa, di zaman Saiyyidina Musa alaihi salam , ianya bermula dengan ummah yang tertindas, yang keluar dari wilayah penindasan dan kemudiannya merayau di gurun Sinai untuk sekelian lama. Suasana awalnya bukan suasana urban yang multi-cultural. Begitu juga dengan kristian, Saiyyidina Isa 'alaihi salam adalah seorang rasul yang zuhud, bahkan tiada mempunyai rumah kediaman yang tetap dan mengembara di wilayah yang mempunyai ruang luas terbuka. Ianya juga tidak berlatar belakangkan urban setting. Rasulullah Sollallahu 'alaihi salam adalah penduduk Makkah, sebuah bandar yang didatangi oleh masyarakat dekat dan jauh untuk menunaikan ibadat di sekeliling Kaabah, serta penduduk Makkah sebahagiannya pedagang yang berkafilah ke Yaman , Syam serta lainnya. Kemudian baginda berhijrah ke Madinah, yang juga bandar yang didiami oleh bukan sahaja orang arab bahkan orang Yahudi serta tidak pula terpisah daripada kelompok kristian di Najran . Islam bermula sebagai agama yang berkembang di dlam suasana urban-setting yang memiliki kebelbagaian ragam. Bagi Anthony Burgess , sejarah awal ini menyebabkan Islam mempunyai kelebihan berbanding dengan agama yang lain untuk berkembang dan menyesuai di benua Eropah yang telah menjadi penempatan yang sifatnya urban.
Begitu juga yang terbayang dalam tulisan Karen Armstrong dalam bukunya The Holy War, dia menyatakan dalam ketiga agama ini, hanyalah penganjur agama Islam yang terlibat secara langsung dengan peperangan, menyebabkan Islam mempunyai feqah tentang perang, apa yang boleh dilakukan dan apa yang dilarang. Dalam ajaran kristian dan yahudi mereka tidak mempunyai bab khusus tentang hukum dan adab peperangan, dalam kristian semangat asalnya ialah "jika lawanmu menampar pipi kananmu, berilah pula pipi kirimu", sementara dalam ajaran Yahudi "ianya lebih baik membunuh diri dalam berpegang kepada agama , sebagai suatu bentuk penyesalan dan taubat, daripada tewas di tangan lawan".
Menarik juga untuk melihat pengamatan Arnold Toynbee dalam bukunya Civilization On Trial yang menbandingkan pergerakan sebahagian ummah ini yang muncul dan bergerak dengan setting yang terpisah dari arus utama masyarakat dan gerakan yang muncul di tengah-tengah arus utama masyarakat. Beliau memberi contoh Gerakan Sanusiyyah dan Gerakan Wahabi sebagai mewakili gerakan yang terpisah dan terasing, sementara gerakan modernist Muhammad Ali Pasha dan gerakan secularist Kamal Atarturk sebagai gerakan yang muncull di tengah-tengah bandar dan begitu accomodative dengan nilai-nilai luar, bahkan sentiasa mahu menjejaki dari belakang kemajuan kebendaan negara-negara maju.
Agaknya ada manafaatnya kita sentuh isu yahudi serta Negara Israel. Tidak semua golongan pengikut Yahudi menyokong penubuhan Israel, Israel ditubuhkan oleh golongan Nasionalis Zionist yang berfahaman secular, ianya bukan untuk menegakkan negara agama. Pengikut yahudi dituntut berdoa dan menaruh harap yang tinggi agar Messiah segera diturunkan Tuhan, dia lah yang akan memimpin the lost tribes of jews untuk kembali ke Tanah Suci, kemunculan Messaih yang ditunggu-tunggu oleh mereka itu dipercayai mereka bergantung kepada amalan dan taubat anak cucu Israel, mereka telah terbuang ke sana-sini selama ini disebabkan oleh pendurhakaan kepada Tuhan.
Bagaimana sebahagian orang kristian memang mengharapkan agar terbentuk negara Israel, kerana mereka percaya yang Jesus akan datang 'the second Coming' itu berlaku di Temple of Solomon (Haikal as-Sulayman); mereka mengharapkan kumpulan Zionist yang berkuasa di Tanah Suci itu akan membina semula Temple Of Solomon, sebagaimana persediaan tempat turunnya Jesus nanti. Oleh itu tiada hairanlah kelompok Kristian beriya-iya menyokong penubuhan Negara Israel, selain daripada untuk mengkucar-kacirkan politik rantau itu. Ketidak-stabilan politik dan keselamatan rantau itu adalah aset bagi kepentingan mereka.
Bagi kita , ummah Islam, kita melihat kebenaran perkataan Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam, semenjak zaman sebelum Nabi kita dilahirkan lagi, rantau itu telah dikuasai oleh golongan Kristian, atau Rum Timur. Orang Yahudi tiada mempunyai tempat di Palestine sehingga tentera Islam menguasai wilayah tersebut, kemudiannya orang yahudi sekali lagi terusir dari wilayah tersebut apabila tentera crusaders menguasai wilayah tersebut. Mereka mendatangi wilayah ini secara berduyun-duyun semenjak Perang Dunia Kedua, kerana peristiwa yang penuh misteri, Holocaust dan kemudiannya penubuhan Negara Israel. Rasulullah menyebut yang tentera ummah ini akan berperang di akhir zaman dengan tentera yahudi di wilayah tersebut, sedangkan ketika baginda menuturkan perkara ini kaum Yahudi hampir tiada yang berbaki di wilayah tersebut, maklumlah penganut Kristian memang sangat memusuhi orang Yahudi kerana bagi mereka orang Yahudilah yang menyalib Jesus secara zalim.
Kewuiudan negara Israel adalah suatu realiti politik semasa, menidakkan kewujudannya adalah menidakkan suatu realiti. Saya masih teringat pada akhir tahun 80'an, seorang tua yang saya hormati, Ustaz Hasan Doah, seorang penulis dan veteran sukarelawan Ikhwan al-Muslimin yang berperang melawan tentera Yahudi , pasukannya juga pernah disertai oleh Yasser Arafat yang ketika itu masih muda remaja; memberitahu saya yang Yasser Arafat baru asahaja datang menziarahi beliau dan menjelaskan tentang penubuhan Pihak Berkuasa Palestine bagi mentadbir Gaza dan Tebing Barat. Walaupun commitment dan fahaman kedua tokoh ini ketika itu sudah banyak berbeza, tetapi Pak Cik Hassan Doah bersetuju dan menyokong gagasan tersebut. Bagi beliau ini bukan bermakna rakyat Palestine mengalah dan berpada dengan dengan tawaran tersebut atau seakan mengiktiraf keabsahan Kerajaan Israel; tetapi ianya adalah sautu langkah permulaan bagi langkah-langkah seterusnya. Ambillah dahulu apa yang dapat sementara bersedia untuk yang selebihnya. bagi beliau ianya kurang cerdik sekiranya kita hanya menghadkan kepada dua pilihan; yakni semada meniadakan langsung entiti Israel dari peta Asia Barat atau biarkan dan abaikan sahaja segala usaha selain pilihan pertama.
Pak Cik yang baik hati ini telahpun meninggal dunia, beliau pernah telah dipenjara selama 9 tahun dan termasuk hukuman kerja berat kerana penglibatan beliau di dalam Ikhwan al-Muslimin, beliau ditangkap ketika beliau baharu sahaja mendirikan rumah-tangga, Sebelum itu beliau adalah pemimpin pelajar universiti yang sangat fasih berceramah, ketika itu beliau rapat dengan Ustaz Said Ramadan, menantunya Imam Hasan al-Banna dan juga Ustaz kamal Sharif, yang kemudiannya menjadi menteri di Jordan. Saya kerap menziarahi beliau ketika beliau di hari-hari tuanya menjadi pengurus Hotel Aman di Dokki, Kaherah. Semoga Allah merahmati Pak Cik yang baik hati ini.
No comments:
Post a Comment