Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
2-Amanat Hassan Ali
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diadakan
tidak lama lagi bakal menjadi medan ibadah dan jihad yang paling besar
untuk umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, ini kerana umat Islam dan orang Melayu kini berhadapan dengan pelbagai isu besar yang belum boleh ditangani dengan segera oleh banyak pihak.
Melihat pada kebangkitan dan perpaduan orang bukan Islam dan permainan serta pertembungan politik yang tidak sihat dalam kalangan parti-parti politik utama Melayu sehingga menimbulkan perpecahan umat, menjadikan ramai orang runsing dan risau dengan masa depan Islam dan nasib bangsa Melayu di tanah air sendiri," ujarnya.
Dalam kenyataan akhbar di sini hari ini, beliau berkata, suasana itu telah menyebabkan penganalisis politik melihat akan berlakunya pertambahan yang mendadak terhadap jumlah pengundi atas pagar pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam keadaan itu masyarakat tercari-cari formula terbaik yang boleh menguntungkan Islam dan Melayu dan pada masa sama menghasilkan kestabilan politik serta keharmonian bermasyarakat dalam negara kita," katanya.
Menurutnya, ekoran itu telah wujud satu fenomena pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bangkit berjuang untuk Islam dan Melayu telah mendapat sambutan begitu hebat dan luar biasa.
Katanya, ini kerana masyarakat amat mengharapkan satu kuasa ketiga dapat diwujudkan untuk menjadi penyatu dan pengimbang terhadap kegawatan suasana politik yang berlaku di negara ini.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, ini kerana umat Islam dan orang Melayu kini berhadapan dengan pelbagai isu besar yang belum boleh ditangani dengan segera oleh banyak pihak.
Melihat pada kebangkitan dan perpaduan orang bukan Islam dan permainan serta pertembungan politik yang tidak sihat dalam kalangan parti-parti politik utama Melayu sehingga menimbulkan perpecahan umat, menjadikan ramai orang runsing dan risau dengan masa depan Islam dan nasib bangsa Melayu di tanah air sendiri," ujarnya.
Dalam kenyataan akhbar di sini hari ini, beliau berkata, suasana itu telah menyebabkan penganalisis politik melihat akan berlakunya pertambahan yang mendadak terhadap jumlah pengundi atas pagar pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam keadaan itu masyarakat tercari-cari formula terbaik yang boleh menguntungkan Islam dan Melayu dan pada masa sama menghasilkan kestabilan politik serta keharmonian bermasyarakat dalam negara kita," katanya.
Menurutnya, ekoran itu telah wujud satu fenomena pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bangkit berjuang untuk Islam dan Melayu telah mendapat sambutan begitu hebat dan luar biasa.
Katanya, ini kerana masyarakat amat mengharapkan satu kuasa ketiga dapat diwujudkan untuk menjadi penyatu dan pengimbang terhadap kegawatan suasana politik yang berlaku di negara ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130101/dn_05/PRU-13-medan-ibadah-jihad-umat-Islam#ixzz2GotkiRT7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dalam facebook-nya, Hassan Ali menyebut secara tepatnya:
" Yang pastinya PRU ke 13 akan menjadi medan ibadah dan jihad yang paling besar (akbar) untuk Umat Islam dan bangsa Melayu di Negara kita. ".
================================
(A)-Tengah hari tadi saya dihubungi oleh seorang wartawan untuk bertanyakan pandangan saya tentang Amanat Haji Hadi. Kebetulan saya sedang di meja makan bersama beberapa kenalan yang saya hormati. Saya menjawab dengan ringkas dengan nada bergurau dengan mengatakan "hanya mereka yang tidak mempunyai masa depan yang masih mengeksploitasi isu lama".
Beberapa jam kemudian dia hubungi saya lagi untuk tajuk yang sama. Saya memberitahu dia yang saya melihat isu ini sebagai 'layman' kerana saya bukannya dari golongan orang politik. Bagi saya
(1)-"pada era 80'an dahulu Amanat ini bersifat destructive, sebagai sudah dimaklum. Tetapi sekarang Amanat ini perlu diperingatkan semula kepada para pemimpin PAS kerana Amanat ini sekarang adalah suatu yang constructive".
Tahun 1980'an adalah era PAS tidak menguasai sebarang kerajaan negeri. Kehadiran PAS ketika itu seakan orang yang baru sembuh dari sakit yang agak tenat. Orang yang memerlukan suntikan semangat dan sedang 'kemaruk' (aggresif) selepas demam. Amanat itu telah membekalkan anggota PAS dengan julangan semangat dan menambahkan selera 'kemaruk'nya. Maka mungkin sahaja terjadilah beberapa perkara yang tidak sepatutnya terjadi.
Berlainan dengan suasana sekarang, PAS sudah menjadi fenomena arus perdana, PAS juga sudah mentadbir Kedah dan Kelantan, serta menyertai kerajaan negeri Selangur dan Pulau Pinang. Maka dalam suasana yang relatifnya selesa bagi PAS ini, anggota-anggota PAS perlu sangat diingatkan bahawa antara 'vitamin' yang memberi tenaga untuk PAS pulih semula adalah amanat Haji Hadi. Mereka perlu diingatkan bahawa perjuangan mereka bukan untuk mengejar kedudukan, pengaruh dan kemewahan dunia. Perjuangan mereka adalah Jihad. Jihad menuntut kita memberi sumbangan kepada perjuangan dan tidak mengharapkan sumbangan daripada perjuangan itu kecuali balasan daripada Allah. Balasan dari Allah hanya dapat diharapkan apabila kita berkerja secara ikhlas kepada Allah tanpa apa-apa agenda lain yang tersembunyi.
Amanat Haji Hadi memperingatkan anggota PAS tentang asas kewujudan perjuangan mereka, iaitu untuk mendirikan agama dan syariat dengan segala daya dan usaha . Ianya adalah perjuangan faham dan amalan. Amanat ini dengan jelas mempamirkan PAS tidak selesa dengan nilai-nilai biasa dalam politik yang kita warisi dari Suruhanjaya Lord Reid. Tanpa peringatan keras seumpama ini mana-mana manusia biasa akan terhanyut dalam keseronokan dan keasyikan berpolitik dalam kotak-kotak nilai-nilai politik manusia sejagat. PAS ditegaskan dalam Amanat ini yang ianya berlainan. Paling kurang sekiranya Amanat ini dipertahan dan dihayati, maka kita tidak mungkin mendengar exco PAS mempunyai kereta mewah dan motor berkuasa-besar. Kita tidak akan dengar pemimpin PAS ada kroni dan meminta komision atau anak beranak diberi peluang membuat duit. Bahkan kita akan lihat pemimpin-pemimpin PAS yang penuh komitmen, berperancangan dan sentiasa mengintai-intai peluang untuk menjulang agenda agama dan ummah dalam kerajaan yang mereka terajui dan terlibat.
Amanat ini dikira destructive pada era 80'an kerana pihak PAS hadapkannya kepada pihak lawan yang menyokong pihak berkuasa. Berlainan sekarang , apabila pihak berkuasa itu adalah dari kalangan PAS sendiri . Maka Amanat itu perlu dicerminkan bagi pemimpin dan anggota PAS. Antaranya ialah sesiapa yang menyukukan (memisahkan ) politik daripada agama , maka ini menyebabkan kemusnahan iman. Maka sekiranya Amanat ini dihayati, kita akan melihat amalan politik yang amat bersih dalam PAS. Tiada lagi amalan politicking , cantas mencatas sesama sendiri, kegilaan untuk jawatan dan pengaruh. Suburlah amalan agama yang menekankan kepertanggung-jawaban dan keupayaan dalam melaksanakan amanah. Amanah yang akan disoal oleh Allah di Akhirat kelak. Maka Amanat haji Hadi ini tidak lagi dipasang ke atas penyokong UMNO, tetapi dipasang ke atas pemimpin dan pendukung PAS sendiri. Maka ianya sebuah gagasan yang tegas dan constructive.Memang pihak lawan PAS sepatutnya takut sekiranya anggota PAS menghayati Amanat ini dalam amalan politik mereka, semada terhadap lawan mahupun sesama mereka. mereka akan berpolitik secara berakhlaq sebagaimana yang diajar dalam agama, mereka tidak akan melewati batas-batas syara'.
(B) Wartawan tersebut menanyakan saya tentang kesan Amanat Haji Hadi ke atas peristiwa yang menyayat hati di Memali. Beliau difahamkan yang Ustaz Ibrahim Libya memang menanti-nanti untuk berlawan dengan pihak berkuasa kerana mengejar mati syahid. Saya menjawab "katakan andaian ini benar tanpa sebarang keraguan sekalipun- kenapa kita tidak bandingkan peristiwa ini dengan peristiwa al-Maunah pimpinan Muhammad Amin pada Julai 2000.?".
Gerombolan al-Maunah telah merampas senjata daripada Pos 2 Kem Kuala Rhui dan Pos Bn 304 Regimen Asykar Wataniah. Mereka mengumpulkan 97 laras M-16, 2 laras Steyr AUG, 4 mesingun kegunaan am, 6 mesingun ringan, 5 pelancar bom tangan M203, 182 magazine M16, 9,\'095 butir peluru 5.56mm dan lain-lain alat senjata. Mereka kemudiannya berkhemah di Bukit Jenalik. Sauk Perak. Mereka menuntut Dr. Mahathir meletak jawatan dan mereka mahu menegakkan Islam. Tentunya mereka juga menganggap perjuangan mereka adalah jihad dan sekiranya mereka mati, maka mati mereka dianggap syahid.
Tetapi pihak berkuasa, tentera dan polis tidak pula menyerang dan membedil mereka sebagaimana pasukan polis membedil penduduk kampong di Memali. Apakah senjata yang dimilki oleh Ustaz Ibrahim serta penduduk kampong lebih merbahaya berbanding dengan yang dimiliki oleh gerombolan al-Maunah?.
Sekiranya pihak tentera dan polis dapat menyelesaikan kes Bikt Jenalik dengan korban yang sangat minima, kenapa mereka tidak dapat melakukan sedemikian kepada penduduk kampong yang kebanyakannya bersenjatakan parang dan golok?
Siapakah yang mengarahkan serangan yang sedemikian? Polis menjalankan tugas yang diberi tetapi arahannnya datang pihak atasan. Termasuk arahan agar penduduk di situ ditembak. Maka di situlah letaknya jawaban kepada pencetus peristiwa pembunuhan di Memali
(C) Saya juga berseloroh dengan wartawan tersebut (memandangkan tulisan beliau kerap kelihatan menyokong kerajaan) yang apabila seseorang itu mengira-ngira dia pasti tewas dalam sesuatu pertandingan dia akan kehilangan fokus. Dia tidak sedar yang dia melakukan sesuatu tindakan yang menidakkan kesan tindakannya yang lain. Dia menyerang tanpa strategy dan ikut-hayun.
BN memainkan isu PAS telah hilang asas perjuangan mereka yang asal, PAS telah diperdaya oleh DAP, PAS telah meninggalkan agenda menegakkan Negara Islam kerana asyik dengan Negara Berkebajikan. PAS telah diresapi sikap liberal. Serangan BN ini agkanya telah memberi sedikit sebanyak kesan buruk kepada PAS di kalangan orang Melayu. Tiba-tiba BN menimbulkan isu Amanat Haji Hadi, PAS digambarkan pula masih keras dan jumud seperti tahun 80'an, PAS masih mengkafirkan sesiapa yang memisahkan politik dari agama, PAS masih mengambil sikap melampau dan terlalu keras. Hj Hadi perlu menarik balik Amanatnya, dia perlu bertaubat.
Jadi message mana yang jentera BN mahu sampaikan kepada msyarakat Melayu?. PAS yang sudah lembik atau PAS yang masih keras membatu?. Kedua message ini tidak mungkin mengambil tempat yang sama. Ianya dua sikap yang bertentangan. Dua sikap yang bertentangan tidak mungkin ada pada suatu benda pada satu masa. Akal tidak dapat menerima pertentangan yang sebegini.
(D) Kenyataan Hassan Ali, walaupun dia bukan daripada UMNO. tetapi umum mengetahui dia bercakap untuk kepentingan BN. Kenyataan Tuan Guru Haji Abdullah Sa'mah Pondok Genting disiarkan dalam Utusan Malaysia dilihat umum sebagai mendapat restu UMNO. Hassan Ali menyebut PRU 13 sebagai Jihadu al-Akbar.(jihad teragung) Apa maksud Jihad dalam istilah feqah Islam?. Sudah tentu ianya bermaksud peperangan untuk menegakkan Kalimah Allah dalam menentang kafir harbi. Sekiranya seseorang itu menemui ajal dalam usaha jihad, maka matinya dikira mati syahid. Dalam pada itu , kita juga menerima penggunaan jihad secara lughawi-nya yang lebih luas penggunaannya, tetapi menyebut PRU sebagi medan Jihad itu memerlukan penjelasan yang terang tanpa menimbulkan kekeliruan. Pihak JAKIM sepatutnya memanggil Hassan Ali untuk memberi penjelasan kerana "Amanat Hassan Ali" ini mampu mengelirukan masyarakat Islam sebagai-mana Amanat Haji Hadi. Walaupun kenyataan Tuan Guru Haji Abdullah Sa'mah dilapurkan oleh Utusan Malaysia setakat berkata yang DAP itu adalah kafir harbi, Hassan Ali telah mengumumkan/ memperluaskan lagi apa yang telah dikhususkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Sa'mah.Yakni proses pengundian dalam PRU 13 ini secara umumnya adalah Jihad al-akbar serta ibadat tanpa mengkhususkan kawasan yang ditandingi oleh DAP sahaja.
(E) TAMBAHAN:
Mungkin saya tertinggal isu perpecahan ummah yang dikatakan disebabkan oleh Amanat Haji Hadi. Kita mungkin tidak dapat menafikan yang Amanah itu mungkin pernah berperanan umpama batang mancis yang bernyala dilontarkan ke atas kayu yang kering yang sudah dicurahkan minyak tanah. Maka menyala maraklah api.
Tetapi apakah pula faktor yang diumpamakan sebagai kayu kering dan minyak tanah di dalam perbandingan ini ?. Ianya bukan soalan yang mudah untuk dijawab, tentunya ianya akan dinafikan oleh pihak yang kena tuduh.
Kita perlu bertanya secara jujur peristiwa apakah yang telah kita saksikan orang Melayu menjadi berpuak dan bertentangan: mereka berpuak dan bertentangan apabila UMNO berpecah, bermula daripada perpecahan zaman Datuk Onn lagi. Timbulnya Parti Negara dan PAS sendiri.
Kemudian Melayu bepecah lagi apabila UMNO yang menerajui BN memecat PAS dari kerajaan. Episode ini melahirkan BERJASA dan HAMIM. Melayu berpecah sekali lagi apabila UMNO diharamkan di dalam mahkamah, maka timbulnya S46. S46 bergabung dalam APU dengan PAS dan DAP menentang UMNO. Kemudian UMNO memecat Anwar Ibrahim, Melayu berpecah lagi dengan penubuhan Parti Keadilan, yang kemudiannya bergabung dengan DAP dan PAS dalam PR menentang UMNO/BN.
Kesan politik ini sebenarnya cukup parah. Istilah-istilah agama telah disalah-gunakan dengan meluas, penyokong pembangkang memanggil kerajaaan sebagai taghut, sementara penyokong kerajaan memanggil pembangkang sebagai bughah. Hukum agama diperkatakan untuk memberi justifikasi kepada kedudukan politik masing-masing.
Agaknya kayu api yang kering itu bolehlah kita katakan kaedah politik UMNO dan respon penentangnya. Maka apa pula minyak tanahnya?
Minyak tanahnya pula adalah sikap tidak adil pihak yang mempunyai kuasa. Rakyat didiskrimasikan sehingga kepada agihan subsidi baja padi. Penerima bantuan dan kemudahan kerajaan ada yang disaring mengikut cula kepartian. Ada negeri yang seakan diboikot dari segi kewangan dan projek kerana pihak berkuasa tidak dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya. Bantuan kerajaan kepada rakyat umpama sekarang ini BR1M atau wang ehsan diagihkan melalui saluran politik, ianya dibahagikan selepas rakyat dipaksa mendengar leteran politik yang kadang-kadang dangkal dan bodoh.
Antara yang paling ketara ialah bagaimana pihak berkuasa tidak memberi royalti petroleum kepada negeri yang dimenangi oleh parti pembangkang, umpama Kelantan dan Terangganu sebelum ini.
Kita juga tahu kenaikan pangkat bagi sesetengah jawatan , bahkan pertukaran tempat kerja dilakukan berdasarkan keputusan politik.
Dalam suasana seumpama ini, sebarang percikan bunga api mampu menyebabkan kebakaran yang marak. Mungkin dengan mudah kita persalahkan percikan bunga api itu sebagai pencetus kepada kebakaran, kita lupa gambaran besar yang kayu api sedia kering, serta minyak tanah pun sudah dicurahkan.....
No comments:
Post a Comment