Tuesday, June 25, 2013

Mencampuri Politik Kepartian : Antara Amalan Jihad dan Amalan Jahat

Azhar chief tells Egypt's Muslims: Opposing rulers is not a sin
Grand Sheikh Ahmed El-Tayyeb warned against 'false' religious rulings by 'incompetent' sheikhs



Ahram Online , Wednesday 19 Jun 2013

tayeb big
Sheikh Ahmed El-Tayyeb, Egyptian Grand Imam of Al-Azhar (Photo: Reuters)
Al-Azhar's Grand Imam Ahmed El-Tayyeb warned members of different Islamist groups against accusing their opponents of blasphemy on Wednesday.
In a statement, El-Tayyeb said that Al-Azhar, Egypt's core Islamic institution, calls for agreement between different factions and warns against violence and attacking others' religious beliefs.

"This is against sharia [Islamic law]," the statement read.
Tensions have been on the rise in Egypt recently as the country anticipates nationwide demonstrations on 30 June aimed at pushing President Mohamed Morsi – who hails from the Muslim Brotherhood movement – to step down and hold early presidential elections.
In response to anticipated opposition protests, Islamist forces and government sympathisers are expected to hold "anti-violence" protests on 21 June. 

El-Tayyeb criticised "false" religious fatwas by "incompetent" sheikhs who issue statements saying that those who oppose the ruler are "hypocrites and infidels" in the eyes of Islam.
The statement came following El-Tayyeb's meeting with President Morsi on Tuesday, in a joint visit with Egypt's Coptic Orthodox Patriarch Tawadros II to discuss the current political situation in Egypt.
The imam said that "peaceful opposition against [rulers] is accepted according to sharia… and has nothing to do with belief or lack thereof," adding that violence and militant actions are a "great sin" but not an act of "disbelief [kofr]."

Opponents of the groups calling for 30 June protests have criticised the protests, describing them as acts of hypocrisy that contradict Islamic rules and beliefs.

On Friday, Egypt's ultra-conservative group Al-Gamaa Al-Islamiya accused opposition groups calling for protests of being "entities being funded from abroad that aim to stir chaos and make Egypt like Syria or Libya," the group's spokesperson Mohamed Hassan said.



Catitan Sut:

Kekeliruan ummah berkenaan hukum Islam dalam mentaati pihak penguasa bukan setakat berlaku di Masir, bahkan di mana-mana negara Islam, termasuklah di tanahair kita.

Tambahannya orang-orang politik suka sangat menaruh label-label 'agama' dan menjatuhkan hukum agama bagi 'memperdaya' orang ramai agar menyokong mereka. Seakan-akan kita perlu/ wajib  menyokong karier politik mereka, kerana ianya adalah perjuangan agama. Mereka tidak pula berucap tentang tanggung-jawab mereka sekiranya mereka berjaya, tidak pula berucap tentang dosa yang mereka pikul kerana keabaian dan ketidak-uapayaan mereka dalam melaksanakan 'amanah'. Politik terutama atas nama Islam adalah ibarat lebuh-raya satu hala: satu hala yakni semuanya mengarah kepada  tanggung-jawab ummah menyokong mereka. 

Dalam sistem politik demokrasi yang diamalkan hari ini, rakyat mempunyai belbagai pilihan, semada menyokong pihak berkuasa, menyokong pihak yang mahukan kuasa, atau mengelak diri dari memberi sokongan kepada mana-mana pihak. Semua tindakan ini tidak menyalahi peraturan dan norma-norma amalan politik.

Asasnya kita diperentah Allah agar berkerja-sama menegakkan kebaikan serta taqwa dan hendaklah menghindari diri dari kerjasama dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Inilah asasnya.  Di mana ada kebaikan, maka di situlah kita hulurkan tangan kerjasama, dan di mana ada perbuatan dosa dan permusuhan maka di situlah kita mengelak tangan kita dari terlibat. 

Jadi tidak timbullah hukum 'menentang' parti berkuasa itu adalah perbuatan bughah dan pendurhakaan, kerana memang sistem politik kita membenar dan menggalakkan penentang sekiranya penentangan itu dilakukan dalam lingkungan undang-undang dan peraturan negara. Penentangan itu disuburkan dengan diadakan pilihanraya belbagai parti di musim pilihanraya, penentangan itu sentiasa dihangatkan dengan aktiviti politik sepanjang tahun termasuklah demonstrasi aman dengan  kebenaran polis sebagai pihak berkuasa. Sekiranya kita dipilih dalam pilihanraya di atas isu menentang parti yang berkuasa, maka pihak kerajaan akan memberi kita gaji dan elaun, serta kita menggunakan gelaran Y.B. Semua hal-hal penentangan ini adalah sah dari segi undang-undang, kadang-kadang pihak yang berkuasa menyalahi undang-undang dan peruntukan negara dengan menahan mereka yang menentang secara ikut-suka selera mereka, demi kepentingan politik parti yang yang berkuasa. Maka perbuatan ini dikatakan penyalahan-guna kuasa, pelanggaran hak-hak asasi manusia. 

Sekiranya ada di antara kita berijtihad untuk menggunakan pentas politik kepartian sebagai salah-satu daripada wasilah dakwah , tujuannya untuk mengambil peluang yang ada walaupun terbatas untuk menjelaskan message Islam, Andainya dia boleh mengekalkan keikhlasannya, istiqamah atas tujuan itu; dia memperjuangkan keadilan, dia memperjuangkan nilai-nilai mulia, dia memperjuangkan kebebasan sebagai dalam huraian syara' kita; maka mungkin kita berani mengatakan usahanya adalah 'jihad dakwah' dalam pentas politik.

Seandainya seseorang itu walaupun bercakap bergegar-gegar atas nama Islam dan mempunyai berjela-jela kelulusan agama, apabila nampak bagi kita yang dia sedia mengorbankan prinsip agama demi mendapat kedudukan, dia menggunakan agama sebagai modal niaga untuk mencari untung dunia, maka tentunya kita tidak berani mengatakan usahanya sebagai 'jihad' dalam pentas politik. Bahkan kita katakan dia berbuat 'jahat' bermodalkan agama.

Walaupun begitu, secara yang lebih asasnya kita perlu bertanya ' apakah Jalan yang kita pilih ini telah diajar oleh Allah dan Rasul-Nya ?". Tujuan itu suatu tajuk. Jalan itu pula satu tajuk yang lain. Tentunya agama kita yang sempurna, Islam, bukan setakat mengajar kita maqasid agama , terutama yang menyentuh soal-soal masyarakat bahkan Islam juga tentunya mengajar kita Jalan untuk mencapai maqasid tersebut. Jalan itu disebut Sabilillah, Jalan itu disebut Sunnah, Jalan itu disebut Millah.......

2 comments:

  1. Hukum politik dikatakan agama adalah ciri utama khawarij yg kemudian melahirkan pelbg mazhab dan kesesatan aqidah. Syiah is an example of an extreme khawarij ideology that became a new religion.

    ReplyDelete
  2. Ciri utama khawarij tentu bukannya 'hukum politik dikatakan agama'. Ciri utama khawarij ialah mereka mengkafirkan pelaku dosa2 besar. Shiah dan khawarij adalah dua pola pemikiran yang berlainan bahkan bertentangan. Tolonglah menulis dgn rasa tanggung-jawab, jangan berani secara menutup mata, tanpa iradah mahu melihat dan membicara kebenaran... semoga Allah mengampuni keterlanjuran kita semua

    ReplyDelete