Baru-baru ini TGNA telah membuat kenyataan yang kerajaan Kelantan akan membuat pindaan pada Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan jawatan Menteri Besar bagi negeri itu boleh dijawat oleh seorang yang bukan Melayu asalkan dia muslim. Hampir semua akhbar telah menyiarkan kenyataannya itu.
Apakah yang terpantul dari kenyataan tersebut?. Adakah ia menunjukkan pegangan agama TGNA begitu kental sehingga dia tidak terpandang langsung kepada pertimbangan bangsa? Adakah ia political gimmick untuk menarik sokongan penyokong bukan Melayu? Adakah ianya menunjukkan TGNA yang masih terkapai-kapai dalam lautan masaalah, (seperti isu tajaan ke Makkah, isu menantunya yang berwibawa di PMBK, isu tulisan menyengat anak-anaknya, Nik Abduh dan Nik Amalina, isu orang bawahan mula bersungut tentang keputusan dan tindakan beliau, isu setiausaha politik dan akhbarnya yang 'berhasrat meletak jawatan') mahu mengalih tumpuan dengan membawa suatu isu baru yang mampu menganjakan fokus rakyat? Atau dia sudah tidak sempat berfikir secara meluas dan terperinci sebelum mengumum sesuatu dasar?
TGNA juga adalah pencetus ilham untuk mewujudkan Masjid senibina cina di Pekan Rantau Panjang, dari pandangan luar ianya senibeni cina sepenuhnya (hampir-hampit tertukar dengan senibina kuil) kecuali pada menaranya. Menaranya berkubahkan lambang kopiah yang berlilit serban. Agaknya simbolik kepada 'pimpinan ulama'!
TGNA juga pernah mengumumkan bahawa imam masjid tersebut itu juga akan dilantik dari yang berbangsa cina. Sudah tentu dasar itu tidak terdapat dalam kitab-kitab feqah, kerana dalam kitab-kitab feqah yang disebut sebagai keutamaan dijadikan imam ialah kemampuan dalam segi bacaan al-Quran, penguasaan ilmu feqah, kewara'kan, kemudian kelebihan usia dan lain-lain ciri-ciri yang boleh di anggap tertiary. Mungkin TGNA mempentimbangkan darii sudut dakwah dan kesan politik, atau kita orang biasa terlintas juga "orang Melayu sudahlah menjadi pengikut orang cina dalam bidang ekonomi, kini dalam sembahyangpun TGNA mahukan orang Melayu menjadi makmum!". Kalau di atas dasar kebolehan, sudah tentu ianya tiada isu tetapi pengumuman ini dibuat sebelum apa-apa lagi.
Agaknya kerana projek Masjid senibina Cina itu sudah dikira berjaya walaupun agak pembinaannya terbengkalai sebelum ini, TGNA kini bergerak selangkah lagi ke depan. Kali ini Undang-undang Tubuh Negeri yang ingin dirombak untuk membolehkan non-Malay pula menjadi Menteri Besar.
Kalau kita bertanya secara jujur dan terbuka "apa perlunya Undang-Undang Tubuh Negeri itu dirombak, belum memadaikah definasi Melayu yang tedapat dalam Perlembagaan Persekutuan?" Bukankah Melayu ditakrifkan berdasarkan tiga ciri: Agamnya Islam, pertuturannya Bahasa Melayu serta beradat-istiadat secara Melayu. Tidak disebutpun darah keturuanannya. Wajarlah apabila seseorang non-malay memeluk Islam. anggota masyarakat menyebutnya 'masuk Melayu'. Kalau dia seorang berketurunan cina, kita sebutkan dia orang Melayu keturunan Cina, kalau dia orang India, kita sebutkan dia orang Melayu keturunan India. Itupun yang telah diamalkan sewal zaman Kesultanan Melaka dan Acheh lagi.
Kita juga teringat kepada kisah Carlos Menem, mantan Presiden Argentina. Ketika dia pertama kali memenangi pilihanraya presiden di negaranya itu, dia dimaklumkan yang dia tidak dapat dilantik menjadi presiden kerana perlembagaan menyebut yang presiden negara itu hendaklah dkerana sebelumnya, dia adalah dari keturunan muslim yang berhijrah dari Sepanyol. Maka terlantiklah dia menjadi presiden. Tanah tanah yang dianugerahkan kepadanya sebagai presiden telah diberinya kepada komuniti muslim bagi didirikan Islamic Centre di Buenos Aries. Bekas isteri dan anak prempuannya kekal sebagi muslim dan mereka telahpun menunaikan ibadah haji.
Bagaimana agaknya kalau hal yang sama berlaku di negeri Kelantan pada suatu masa yang akan datang?. Sebagai saranan, adalah lebih sesuai TGNA menyelesaikan keserabutan yang melanda pentadbiran di Kota Bharu dari memulakan sesuatu perubahan yang belum tentu baik-buruknya.
Tidak ada masalah siapa nak jadi MB atau Imam !
ReplyDeleteYang jadi isu siapa lagi layak adalah standard UMNO !
Allah swt tidak pandang warna kulit dan darjat seseorang, baik dia ada PHD dalam bidang Islam pun...
ALLAH swt lihat taqwa nya sahaja
itu yang penting