Kita berada di bulan Rabiu al-Awwal, bulan yang membawa kenangan yang paling bermakna. Bulan yang kita tunggu untuk melafazkan secara terbuka kecintaan kita kepada Rasulullah, pembimbing agung kita. Baginda datang sebagai rahmat kepada ummah, rahmat kepada alam, rahmat kepada kehidupan dan selepas kematian.
Alangkah bahagianya orang yang dapat menghayati kehadiran baginda di dalam kehidupan mereka. Baginda mendatangi mereka, sekiranya mereka di dalam kesempitan akan dilapangkan, sekiranya sakit mendapat kesembuhan, sekiranya terpenjara akan dibebaskan, sekiranya dalam kekalahan akan dimenangkan. Baginda adalah cahaya penerang hijab kegelapan, baginda adalah pintu utama untuk kita menghadap hadrat Tuhan.
Manusia berselisih tentang perarakan, manusia berselisih tentang bangun berdiri ketika berselawat. manusia berselisih tentang sambutan, manusia berselisih tentang bacaan burdah. Tetapi manusia tiada berselisih tentang perlunya mencintai baginda melebihi kecintaan kita terhadap keluarga, sahabat handai malah diri kita sendiri. Manusia tidak berselisih tentang keutamaan berselawat sepanjang masa ke atas baginda. Manusia tidak berselisih kewajiban kita menjunjung baginda , atas kapasiti peribadi baginda, akkhlaq baginda , ajaran baginda, tata hidup baginda dan segala yang berkaitan dengan baginda.
Baginda mengarah kita agar menjaga perpaduan, maka janganlah berpecah kerana isu maulid baginda. Baginda menyuruh kita berselawat ke atas baginda, maka janganlah kita hampakan hati kita di waktu menutur kalimah selawat itu, baginda menitah agar kita mencintai baginda, maka asuhlah hati kita agar kita dapat hidup di atas sunnah baginda serta mencintai ummah baginda.
Sekiranya kita berpanjangan melupai baginda, gunalah kesempatan Rabiu' al-Awwal ini sebagai pencetus untuk memingat semula unggun cinta, agar kegelapan lupa akan berlalu. Bagi yang sentiasa mengingati baginda, maka setiap hari itu adalah hari sambutan maulid. Kehidupan mereka disemerbakkan oleh bauan bunga rampai syurgawi sepanjang masa.
Mencintai baginda adalah dgn berselawat dan melaksanakan arahan baginda.
ReplyDeleteMencintai baginda adalah dgn tidak menukuk tambah apa yg telah diakui sempurna oleh Allah da RasulNya.
Mengingati baginda adalah pada setiap masa dan bukan dlm bulan2 tertentu....itu ajaran kristian dan yahudi.
Maksud menghayati ialah melaksanakan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg ditegah.Tidak dikira menghayati dgn hanya berarak spt abu lahab.
Hanya golongan yg berpura-pura shj suka mengagungkan apa yg tiada dlm ajaran baginda.
Mencintai baginda adalah dgn tidak mengikut perangai kristian dan yahudi.
kenapa perlu begitu bersikap keras membatu? Syaikh al- Islam Ibn Taimiyyah serta muridnya Imam Ibn Rajab pun menghuraikan kebajikan sambutan Maulid ar-Rasul. Lihatnya bagaimana tersentuhnya kita membaca catitan Imam Ibn Rajab dalam kitabnya Lataifu al- Ma'arif sebanyak dua bab tentang kelabihan Rabiu al-Awwal,
ReplyDeleteSekiranya terdapat persamaan dengan non-muslim dalam kita membesarkan sesuatu peristiwa, itu perlu ditilik dengan cermat. Bukanb semua persamaan dengan orang kafir itu tertolak, bukankah Rasulullah sendiri berpuasa pada 10 Muharram, dan orang yahudi telah lama berpuasa pada 10 muharram sebelum itu kerana mensyukuri hari yang Allah selamat Saiyyidina Musa dari kekejaman Firauan. bukankah Rasulullah bersabda yang kita lebih aula (utama) daripada yahudi terhadap Saiyyidina Musa?
Kenapa pula sebahagian kelompok yang terpalit dengan aktiviti politik, yang pada pegangan mereka politik tidak boleh dipisahkan dengan agama, sanggup pula menyerupaikan amalan jahiliah dalam menjunjung sistem demokrasi?
Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah, semua imam-imam dari ummah ini mengakui kelebihan amalan berselawat tanpa kecuali, tetapi dengan insaf kita mengakui tiada kesepakatan ummah dalam rupabentuk kerja-kerja pinggiran, umpama penglibatan dalam proses demokrasi......