Tuesday, April 20, 2010

Driver Kereta Rosak di Hulu Selangor

Tuhan memberi kita kesempatan untuk melihat gelagat yang berlaku sebelum pilihanraya Ulu Selangor, ianya menarik , terutama untuk kita memahami tabiat amalan politik di negara kita secara khususnya. Kita didedahkan dengan isu pemilihan calun oleh pemimpin parti vs. kehendak pengundi/ rakyat/ Bagaimana UMNO Ulu Selangor menyatakan kewajaran untuk UMNo bertanding di kawasan tersebut. Tan Sri Muhammad Taib (Mike Tyson) dianggap adalah calon tertbaik untuk BN menang mudah di kawasan tersebut. Tetapi pimpinan nasional UMNO 'terikat ' dengan kesefahaman BN yang kawasan tersebut telah diagihkan kepada MIC. Walaupun masyarakat India tidak sampai 20% daripada penduduk. Samy Vellu pula mahukan orang kanannya bertanding, pusing punya pusing akhirnya Kamalanatan yang terpilih.

Begitu juga dengan calun PR, kawasan ini telah diperuntukkan untuk PKR. Maka yang mula-mula terlintas tentunya seorang anak tempatan lah yang paling layak untuk ditandingkan dalam pilihanraya kecil sebegini. Dr Halili. seorang neurosurgeon berpengalaman, dilihat sebagai yang sesuai, memandangakn kesetiaannya yang yang agak luar biasa terhadap pimpinan Umum PKR, Anwar Ibrahim. Pemuda PKR juga mempunyai hasrat agar ketua mereka yang diberi peluang untuk bertanding. Zaid Ibrahim juga memang diketahui umum berkerja keras untuk menyakinkan pimpinan agar memilihnya. Akhirnya Zaid terpilih, Dr. Halili pula terjun untuk menyertai UMNO, sesuatu yang tidak terduga sama-sekali sebelum ini.

Sementara 2 calun bebas adalah calun-calun sekerat jalan, entah hantu apa yang menyampuk mereka di separuh jalan yang telah menyebabkan mereka menarik diri dari cita-cita untuk menjadi YB. Lalu kita berhak untuk bertanya atas dasar apa yang mereka awalnya bertekad untuk bertanding, dan atas kepentingan apa pula yang mereka sanggup menarik diri?

Seperti biasa menjelang pilihanraya umum mahupun kecil, maka berduyun-duyunlah anggota parti bukan kerajaan akan mengisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai parti kerajaan, tarikan apakah yang terdapat pada musim-musim sebegini yang menyebabkan mereka berubah hati. Hampir semua mereka menafikan yang mereka mendapat habuan bagi tindakan mereka itu, kalau mereka dengan terbuka mengaku, maka senanglah sedikit bagi masyarakat untuk memahaminya dan tidaklah kita terteka-teka dan kadang-kadang memfitnah mereka sebagai orang-orang yang telah kena beli. (kes Dr Halili itu memang berbeza, memang sukar dan rumit untuk membacanya)

Anggota masyarakat yang miskin dalam kawasan pilihanraya akan mendapat 2 ganjaran, ganjaran semerta yang merupakan bantuan kewangan dan lain-lain kemudahan serta ganjaran jangka panjang (masa hadapan) yang nasib mereka akan terbela. Biasanya golongan ini akan celek mata pada ganjaran yang pertama, kerana ianya lebih nyata dan memang dikotakan. Adapun ganjaran yang kedua,walaupun gemanya lebih kuat dan megah, biasanya akan tinggal sebagai janji manis, sekiranya dilaksanakan pun hanya sekadar melepas batuk di tangga.

Golongan berpendidikan dan yang terdedah kepada maklumat luas pula mungkin akan menyokong mengikut parti yang mereka sokong, tanpa memberi perhatian utama kepada peribadi calun. Bagaimanapun ada juga anggota masyarakat yang mahukan seorang YB yang punya wawasan, yang ada kaedah kerja dan secara moralnya dapat berdiri lurus.

Ada ketika corak kehidupan, sejarah silam seseorang calun itu penting untuk menarik sokongan, ada kala corak kehidupan dan sejarah silamnya perlu diselimuti. "Yang lepas itu sudah berlalu, ini dia yang baru, yang sudah reformed!". Kalau seorang calun itu mempunyai kecelaan dlam sejarahnya, maka pihak partinya akan meminggir & meremehkan aspek itu sementara pihak lawan akan magnify perkara tersebut. Atau lebih mudah untuk berdalih dengan mengatakan "saya teruk, tetapi pihak kamu juga teruk", atau "bukan saya seorang yang begitu....", atau "memang ini salah, tetapi kesalahan pihak kamu lebih berat..". Akhirnya, buatlah apapun asalkan kita dapat lepas daripada persoalan di hadapan Allah kelak, yang mengetahui yang batin sejelas yang zahir.....

Bagaimanapun Hj Din serban besar ketika menasihati ahli jamaah agak jangan taasub kepada parti sehingga meretakkan persaudaraan sesama Islam terutama menjelang pilihanraya raya telah berkata yang kebanyakan calun-calun pilihanraya ini umpama driver kereta yang mati, perlu ditolak. maka kita orang ramai inipun menolak kereta tersebut sehingga ianya benar-benar hidup. Selepas enginnya hidup, maka driver tersebut, jika seorang yang berbudi, akan angkat tangan melaungkan 'terima kasih' serta dengan pantas berlalu menuju kepada destinasinya, tinggallah kita sesama kita sambil menghirup debu dan asap yang masih berbaki di udara......

4 comments:

  1. Kebanyakan orang politik mementingkan diri lebih dari perjuangan. Contoh, bila tak di pilih, keluar parti. Bila dah berkuasa tak mahu turun turun. Macamlah dia seorang sahaja yang bolih buat kerja itu. Kebanyakan nya bila gol baru pergi.

    Minta pandangan alim ulama, berdosakah kita jika minta Allah gantikan seorang pemimpin itu dengan apa cara pun agar tempatnya di ambil alih olih orang yang lebih baik?

    ReplyDelete
  2. Salam,
    pengajaran yang kita dapat daripada pilihanraya demi pilihanraya adalah, makin ramai orang akan mendoakan kematian wakil rakyat mereka, tak kira BN ke PR. Sebab apa? Sebabnya masa pilihanrayalah banyak habuan yang diterima oleh penduduk kawasan terlibat.

    Yang bagusnya, kalau BN masih memerintah, setiap kali pilihanraya kerajaan akan beri macam-macam. Terutama kepada bangsa selain melayu. Macam-macam janji, macam-macam beri.

    Orang Melayu tak payah beri sangat sbb penyokong BN akan tetap sokong BN. Yang PAS akan tetap sokong PAS. Yang PKR yang ini kena hati-hati sebab mereka adalah golongan atas pagar. Tak dapat sesuatu dari parti mereka akan lompat.

    Kalau mereka ada terlibat rasuah, keluar parti dan masuk BN biasanya confirm bebas dari tuduhan.

    Jadi pengajarannya ialah, kalau nak dapat pembangunan segera, doakanlah wakil rakyat cepat mati....

    salam,
    www.seribuat.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Boleh difikir dan dipertimbangkan. W/pun tidak semua telahan ini benar

    ReplyDelete
  4. biasalah bila menjelang pilihan raya.tak kira sama ada BN atau Parti Pembangkang.Sama sama tabur janji.Yang paling ketara bila musim pilihanraya ni banyak sangat caci maki,fitnah sana sini serta sogok menyogok.Yang buat perkara ini semuanya di katakan bangsa melayu.Berfikiranlah cara matang dan berhemah bila berkempen.Tak payah lah bawa perkara perkara yang telah saya sebutkan tadi.Dari dahulu sampailah sekarang.Langsung tiada perubahan yang saya nampak.Semakin banyak timbul perkara benci dan fitnah berlaku.
    Kepada ahli politik serta pengikut yang setia dan yang di atas pagar,ingatlah sejarah dahulu kala,Kenapa Melaka di jajah oleh bangsa asing..?sebabnya fitnah dan hasutan benci yang membelenggu fikiran dan hati orang melayu kita.Perlu di ingatkan....suatau hari nanti mungkin Malaysia akan di jajah semula.akibat persengketaan antara kita sendiri.Dan kesian anak cucu cicit kita pada masa akan datang..Pikir pikirlah wahai bangsaku...

    ReplyDelete