Wednesday, June 30, 2010

40 Ulama Muda Masuk UMNO

40 adalah bilangan yang signifacant, dalam hadith menyebut kejadian manusia melalui fasa 40 hari ke 40 hari, sehingga dihembuskan nyawa pada fasa 40 hari yang ketiga, yakni 120 hari. Adapun jamaah yang menziarahi Madinah akan berusaha untuk bersembahyang jemaah 40 waktu di Masjid an-Nabawi. Pengikut tabligh mementingkan untuk keluar berdakwah untuk masa 40 hari, yang mereka sebut satu chillah. Apa lagi dalam mazhab Imam as-Syafie antara syarat sah jumaat adalah kehadiran minima 40 orang lelaki yang sempurna.

Sudah tentu 4o ulama muda menyertai UMNO juga akan menimbulkan kesan kepada cuaca politik di negara kita. Ini adalah suatu yang dijangka akan menguat UMNO dan mencabar kedudukan PAS sebagai parti pilihan golongan berpendidikan agama. Tenguklah pada awal 1980 dulu, Anwar Ibrahim, seorang aktivis Islam berseorangan sahaja masuk UMNO Kesannya UMNO , telah berjaya menarik bukan sedikit aktivis lain untuk menyertai UMNO kemudiannya. UMNO menjadi bertambah kukuh, PAS memang benar-benar tercabar. Banyak lah projek yang berlabelkan Islam dapat kerajaan adakan. Katakan sebahagian daripada 40 orang muda yang bukan setakat aktivis bahkan berstatus ulama, menyertai UMNO secara berjamaah ini mempunyai karisma, kreatif dan pengaruh semacam Anwar, maka barang tentu UMNO akan segar bugar semula, Hanyalah semua pimpinan sekarang ini hendaklah bersedia untuk dipinggirkan dalam struktur parti dan kerajaan, memandangkan Anwar seorang pun telah berjaya mendaki sehingga ke jawatan Timbalan Presiden UMNO dan TPM serta meminggirkan tokoh seveteran Ghaffar Baba. Satu senerio yang agak menakutkan barisan pimpinan UMNO hari ini!

Sekiranya mereka tidak mampu untuk mempengaruhi rakyat dan ahli parti, maka kemasukan mereka adalah suatu yang tidak ada apa-apa significant-nya. Bahkan kemasukan mereka adalah suatu bebanan kepada imej UMNO.

Sekarang ini terdapat guolongan ulama aliran pondok yang sanggup naik pentas UMNO kerana tersangat geram kepada PAS yang dituduh dimasuki pengaruh wahabi, marahkan PKR kerana menjual hak-hak orang Mrelayu. Golongan ini semakin mendapat momentum, mereka mengeritik TGNA menggunakan hujjah-hujjah agama yang mungkin UMNO tidak mampu melakukannya. Agak gelabah juga pimpinan ulama PAS berdepan dengan kumpulan ini. Walaupun kecil bilangannya, mereka tetap kemas dengan fakta dan rujukan.

Sekarang ini kelebihan yang baru dinikmati oleh UMNO itu telah berkecai, kumpulan 40 ulama muda ini dikatakan ulama berfahaman salafi (disebut secara umum sebagai wahabi). sudah tentu kumpulan aliran pondok tidak akan berkrompromi lagi, mereka akan menentang wahabi, maka tumpuan serangan mereka berpindah dari TGNA yang semakin lemah tenaga kepada 40 orang muda yang baru mahu naik. Kalau mahu lentur buluh biar ketika rebungnya!

Apa lagi bagi masyarakat non-muslim, kalaulah isu wahabi yang masyarakat biasa Melayupun terasa terlalu ketat, keras dan rigid, maka bagaimana non-muslim dapat menerimanya?. Mereka akan bandingkan kumpulan ini dengan masyarakat di Saudi, yang ditimbang di atas neraca mereka sebagai non muslim. Mereka akan dimomok-momokan dengan kedudukan wanita, pasukan pencegah kemungkaran yang sangat berkuasa, negara tanpa panggung-wayang dan sebagainya. "Islam for all" itu mungkin akan makan diri sendiri. Lagipun di mana slogan itu hendak diserasikan dengan konsep '1Malaysia'?. Tidakkah ianya bercanggah?

Akhirnya selain daripada yang telah disebut ada satu lagi kumpulan 40 yang disebut-sebut dalam masyarakat kita, Ali Baba dan 40 orang penyamun....

1 comment:

  1. Apabila golongan pondok menyerang Nik Abdul Aziz bin Nik Mat atas isu fahaman wahabbi, PAS telah bertindak balas dengan menggunakan kuasa untuk menekan golongan ini dengan pelbagai cara. Maka, golongan pondok terpaksa mencari suaka politik dengan menaiki bahtera UMNO untuk terus melancarkan serangan kepada PAS

    Kes mereka adalah sama sahaja dengan tindakan golongan wahabbi mencari suaka di dalam UMNO apabila diancam tindakan dilumpuhkan (seperti al-Arqam) atas isu keselamatan dalam negeri. Kajian JARINGAN WAHABBI SDN BHD & JOM KENALI DR MAZA & CO mungkin telah menjadi punca pihak berkuasa mengaitkan wahabbi dengan terorrisme

    Golongan pondok sebenarnya lebih sayangkan PAS daripada UMNO. Mereka adalah umpama PERKASA kepada UMNO yang mendesak PAS kembali memperjuangkan aqidah ASWJ. Oleh itu, PAS kenalah berbuat sesuatu tentang isu wahabbi ini. Jika ia disenyapkan begitu sahaja, maka golongan ini akan menjadi bertambah besar dan semakin mendapat sokongan ramai.

    Akhirnya apabila PRU13, mereka akan menghukum PAS dengan tiga cara undi protes. (a) mengundi UMNO (10%), undi rosak (40%) dan tak keluar mengundi (50%). Sejarah Pak Lah hampir tersungkur dalam PRU12 akan berulang kembali. Kali ini parti yang kena hukum ialah PAS. Sesungguhnya manusia tidak pernah belajar dari sejarah.....

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete