Dr.Wan Azizah mengulangi secara resminya ungkapan yang sekian lama diungkap oleh para pemimpin PKR, agar ditukar 'Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat' pada Konvension PKR 2010 baru-baru ini.
Maka banyak pihak yang nampaknya cukup marah dengan kenyataan tersebut, terutamanya daripada pimpinan UMNO dan ahli politik yang telah keluar PKR. Mereka mencabar Kak Wan dengan belbagai cabaran. Maka Utusan Malaysia pun terus menerus menyiar, mengulas dan menguar-uarkan isu ini. Daripada lapuran Utusan Malaysia, kita akan tergambar dahsyatnya kemarahan penyokong-penyokong UMNO kerana kenyataan ini.
Aduhai, hanya bersilang sedikit hari, Tun Mahathir, mantan ketua UMNO, dan masih merupakan mentor kepada sebahagian ahli UMNO membuat kenyataan di Forum Malaysia Eropah (MEF), sebagaimana yang turut disiarkan oleh Utusan pada 30hb.November.
Tun Mahathir mengulas tentang persamaan Wawasan 2020 yang ditajanya dengan Gagasan 1Malaysia yang dipeloporkan oleh PM semasa, Utusan melapurkan:
Lupakan masa silam serta dari mana anda berasal, perkenalkan diri anda sebagai rakyat Malaysia serta bercakap menggunakan bahasa yang sama. Dengan itu kita mampu mencapai Gagasan 1Malaysia. Anggap kita semua milik Malaysia. Masalahnya kita sering memanggil diri kita sebagai bangsa dari mana negara asal keturunan kita. Tidak boleh cakap kita asalnya Melayu, Cina dan India. Ketika ini saya masih dengar orang kata saya cina Malaysia, Saya india Malaysia atau saya ke sekolah Cina, Saya ke sekolah Tamil dan saya ke sekolah melayu" ujarnya.
Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran lapuran ucapan tun Mahathir tentang perkara yang sama sebagaimana yang terdapat di Malaysian Chronicle, 1 December itu benar dan tepat:
"When you say 'national unity", you forget your past, your origins, and identify yourself only as Malaysian , you speak 1 language, and don't ask for privileges just because you are indigeneous or non-indigeneous- we cannot call ourselves Malaysian of Malay origin, Chinese origin or Indian origin" Mahathir said a conference with his ex-cabinet colleague, Rafidah Aziz on Tuesday.
Sekiranya lapuran-lapuran ini benar, maka sudah tentu pemimpin UMNO, PERKASA, ahli politik bekasan PKR akan marah besar. Bagaimana mungkin mentor politik sebahagian orang Melayu dapat menuturkan ungkapan sebegini?. Dan sekiranya pengarang Utusan mendiam diri, ahli Umno membisu, PERKASA tidak bangkit, Zulkifli Nordin dan Zahrin tidak membuat kenyataan, maka apa matlamat kenyataan mereka terhadap ucapan Kak Wan? Sekiranya kepentingan bangsa yang dijunjung, maka mereka semua ini akan bangun menyelar Tun Mahathir, yang sangat konsisten dalam meremeh dan memandang hina kepada orang Melayu dan sejarah mereka. Pada tahun 1969 lagi, dia membuat kenyataan yang orang Melayu dari segi gene-nya lemah, di tahun 90'an dia mengelarkan Melayu 'mudah lupa'. 'haprak' dan lainnya.
Kenapa jauh perginya pula DSAI apabila memaksudkan ketuanan Melayu sama ertinya dengan 'perhambaan bangsa-bangsa selainnya'?. Kenapa tidak difahamkan yang ketuanan Melayu bermaksud pimpinan tertinggi negara perlu disandang oleh orang Melayu? Bagi sesiapapun yang mengikuti trend politik di negara ini, akan mendapati secara praktikalnya 'orang Melayu hendaknya mengetuai pimpinan negara ini'. Hal ini disedari oleh Tungku Abdul Rahman sejak awal kemerdekaan lagi. Untuk menjadi seorang pemimpin tertinggi negara, pemimpin tersebut mestinya tidak mempunyai apa-apa ikatan sentimen dengan negara lain selain Malaysia. Mungkin 10 generasi lagi, masyarakat kita akan menemui keadaan itu sebagai realiti. tetapi sekarang ini, hatta anggota kabinet kitapun masih canggung dan gagap untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Untuk menjadi pemimpin yang berkesan, pemimpin tertinggi itu hendaklah disokong oleh semua kelompok dan asabiyyah kelompoknya sendiri kuat. Itulah keistimewaan Quraish di kalangan kelompok-kelompok arab yang lainnya.
Kalau kita cantumkan 2 perkara yang ditimbulkan oleh Kak Wan, kita dapat katakan "(1)ketepikan ketuanan Melayu, (2) DSAI adalah pemimpin anugerah Allah. Atau sudah sampai masanya kita tidak perlu mempertahankan ketuanan Melayu kerana di kalangan kita sudah ada pemimpin anugerah Allah! Kan itu lebih hebat bunyinya!
Kita sangat insaf yang sebahagian basar pimpinan Melayu-Muslim yang ada pada hari ini, semada dari UMNO, PAS, PKR tidak menjalankan tanggung-jawab mereka sebagai pemimpin Islam yang baik. Ada di kalangan mereka menyalah-gunakan kuasa untuk kepentingan diri, keluarga dan kelompok. Ada di kalangan mereka yang tidak berakhlak secara sepatutnya, ada di kalangan mereka yang terlibat dalam amalan rasuah. Apa perlu dipertahankan mereka yang sebegini? Apakah kita akan memejam mata kepada semua keburukan ini semata-mata untuk mempertahankan dan beralasankan 'ketuanan Melayu'?.
Kemungkaran tetap kemungkaran, semada dari mana datangnya, semada dari yang berserban atau yang pakai tie. Semada yang meluluskan kawasan balak seumpama milik pribadinya , atau membuat bayaran kepada projek yang tidak disempurnakan, atau membelanja harta kerajaan tanpa rasa takut kepada Tuhan. Kita rakyat biasa akan tersinggung juga, sekiranya raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama negeri masing-masing itu tidak berakhlak sesuai dengan agama, apa lagi didukung oleh tauke-tauke perniagaan dari segi dana kewangannya. Pemimpin Melayu, Raja-rajanya, para pembesarnya, ahli politiknya serta pentadbirnya hendaklah meletakkan keutamaan agama dan maslahah ummah dan bangsa mengatasi kepentingan yang lain.
Ketuanan Melayu sepatutnya bukanlah suatu slogan politik, tetapi ianya realiti dan kebijaksanaan berpolitik. Maka janganlah dipolitikkan ketuanan Melayu sehingga kita terlarat kepada keadaan yang akhirnya kita akan rugi dan tidak dapat mengawalnya lagi
Tidak semesti Pemimpin Anugerah Allah itu mampu menyelesaikan semua permasalahan negara dan ummah. Sebelum ini masyarakat kita juga telah biasa mendengar seorang yang mendakwa dirinya, diwar-warkan oleh penyokongnya yang dialah pemimpin dianugerah dan dipilih Allah. Dia didakwa mempunyai misi yang teramat besar dan maha mustahak, sehinggalah pihak hospital mengesahkan yang dia telah meninggal dunia. Tetapi penyokongnya yang amat percaya yang dia adalah pemimpin anugerah Allah berkeyakinan yang dia tidak mati, dia sekadar bertukar menjadi salah seorang daripada Rijalu al-Ghaib......
Itulah mungkinnya kisah Abuya dan sebahagian pengikutnya, bagaimana pula kisah selanjutnya tentang Tok Ayah dan sebahagian pengkagumnya.......
Pemimpin anugerah Allah? huarghh.. petuihh.
ReplyDeleteKeratan ucapan Tun M itu memang benar sama sekali, tidak lari dari landasan memperkasakan hak melayu. Kenapa perlu PERKASA atau sebagainya marahkan Tun M.
Kalau mahukan national unity, Chinese & Indian needs to forget their origin. Contoh terbaik, adakan hanya 1 jenis sekolah di Malaysia, no SJK, just Sekolah Kebangsaaan with one bahasa, bahasa Melayu. No Chinese, Indian news paper. Like in the US and Indonesia. Chinese only speaks Indonesian language, they don't even remember/know how to speak Chinese anymore. Then you can have national unity, theres then no need of special privileges for the Malays. We are all Malaysian.
Thats what he is talking about.
Hey, if you need me to explain even the simplest meaning of these text, you should not be writing this kind of stuff in your blog.
so semua parti politik ni tidak guna!!! 3rd force lagi lah tak boleh harap....
ReplyDelete