Wednesday,March 14 2012,
Syrian gov’t accused of systematic, widespread torture
ISTANBUL - Hürriyet Daily News
Syrian security forces arrive at the scene as hundreds of mainly Syrians Kurds (unseen) during a protest in Qamishli on March 12, 2012. AFP Photo
The “'I wanted to die': Syria's torture survivors speak out” report is based on eye witness or torture victim accounts that were taken in February by Amnesty International researches in Jordan, a press statement said. The report details 31 torture and abuse methods that are used by Syrian security personnel, the Syrian military and the pro-government Shabiba forces. Its release comes just a day before the anniversary of the start of mass anti-government protests.
Ann Harrison, AI’s deputy director for the Middle East and North Africa, said what arrested Syrians have been going through is “very similar” to what has happened during the rule of Hafez al-Assad, the late father of current President Bashar al-Assad.
Torture victims told about being severely beaten by sticks, whips, fists and braided cable when they reached detention centers. Such beating was called “haflet al-istikbal,” or “initiation,” according to the report. During the interrogation phase, the victims are subjected to torture methods such as “dulab,” or forcing the individual to crouch inside a car tire and then beating the individual. Another method, “shabeh,” was described as hanging the victim high from his wrists and then beating the person. An 18-year-old victim named “Kerim” told Amnesty experts that his interrogators pierced flesh from his legs with pincers, during his custody in December 2011 in Daraa. Various use of electric shock was also named as a widespread torture method.
Another victim, named “Tarık,” told AI that he was forced to watch another detainee being raped.
The AI report was prepared through interviews with dozens of Syrians who fled to Jordan. It includes 19 accounts from victims. More than half of the incidents took place in Daraa, the organization said.
March/14/2012
Catitan Sut:
Beberapa ketika yang lalu, TV3 telah memetik lapuran berita dari Iran yang mengatakan bahawa 48 orang perisik Turki yang dilatih oleh Mossad telah ditangkap ketika mereka sedang membantu pihak pemberontak di Syria. Kemudian ditayangkan kenyataan Dr.Chandra Muzafar yang mengatakan pihak Amerika dan Israel berusaha untuk meruntuhkan pemerentahan Bashar Assad di Syria; kerana ianya mengancam Negara Israel.
Kemudian terdapat artikel yang panjang lebar dalam Utusan Malaysia yang menyalahkan Israel di sebalik pemberontakan di Syria. Seakan-akan kezaliman yang sedang dideritai oleh rakyat Syria itu adalah 'kewajiban' pihak kerajaan Syria, pimpinan Bashar Assad demi untuk menyekat kekuasaan Israel. Iran terus-menerus menyokong kerajaan Syria dalam tindakan mereka mengebom dan membedil rakyat Syria, atas alasan ianya tindakan yang wajar demi menyekat pengaruh Israel.
Iran sebelum ini menyokong terutamanya kebangkitan rakyat Bahrain, juga rakyat Mesir dan rakyat Tunisia . Tetapi lain pula sikap mereka terhadap kebangkitan rakyat Syria yang bangun menentang penindasan kerajaan yang dipimpin oleh golongan Syiah Nusayri. Kita tahu Iran suatu masa dahulu menentang bahkan berperang dengan kerajaan parti Baath Iraq; tetapi mereka begitu consistent pula menyokong kerajaan parti Baath Syria. Apa bezanya penindasan yang dilakukan kerajaan parti Baath Iraq berbanding dengan kerajaan Parti Baath Syria?,
Masyarakat dunia masih mengingati pembunuhan berramai-ramai hingga mencecah bilangan puluhan ribu oleh Hafez Assad di bandar Aleppo dan Hama, dia bukannya tokoh yang lebih lunak berbanding dengan Saddam Husein, tetapi kenapa Iran terus menerus menyokong golongan minoriti Nusayri yang menguasai Syria?. Kecuali kedua-dua pihak ini mempunyai persamaan, yakni pegangan mereka bertentangan dengan golongan majoriti Syria yang berpegang kepada aqidah Ahlu as-Sunnah.
Lalu kita diberitahu yang penyembelihan rakyat Syria ini bertujuan untuk menyekat musuh utama ummah ini ,tiada yang lain kecuali Israel. Israel begitu dimusuhi sehingga segala kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat sendiri dapat di-justify kerana ianya untuk menyekat 'mainan Israel'.
Sehari dua ini nampaknya pihak kerajaan kita juga begitu simpati kepada nasib rakyat Palestine dan marahkan Israel, melebihi masa-masa biasa. Hampir setiap hari ada saja lapuran dalam stesyen TV dan juga akhbar-akhbar tentang kritikan terhadap DSAI yang 'menyokong Israel dan membelakangkan perjuangan rakyat Palestine'. Yang agak hairannnya kenapa pula kerajaan kita sehingga kini hanya mempunyai hubungan resmi dengan kelompok Mahmud Abbas, yang tidak menghormati keputusan pilihanraya 2006 yang mana pihak Hamas telah mendapat sokongan kuat daripada rakyat Palestine. Sekiranya kita melihat secara adil, kita akan bersetuju yang pihak Hamas lebih hampir kepada inspirasi rakyat Palestine dan mereka lebih tertonjol dalam perjuangan menentang penguasaan Israel. Sementara pihak Amerika dan Israel pula lebih senang untuk berbincang dengan kelompok Fatah, pimpinan Mahmud Abbas.
Kita menentang Israel kerana ianya merampas tanahair penduduk Palestine secara paksa, kerana kezaliman mereka terhadap rakyat Palestine, kerana penghinaan mereka terhadap masjid dan tempat ibadat di Palestine. Sekiranya inilah sebab penentangan kita terhadap Israel, kenapa kita boleh berdiam terhadap kelompok Nusayri yang menguasai pemerentahan Syria secara paksaan, kenapa kita berdiam diri ketika rakyat Syria dizalimi setiap hari, ketika aktiviti keagamaan di kengkang begitu rupa?.
Sejarah memperingatkan kita tentang Sultan Salahuddin al-Ayubi , tokoh yang dipilih oleh Allah untuk mengambil balik Palestine dari tangan kekuasaan tentera salib dari Eropah; Sultan Salahuddin telah menyerang dan menundukkan Masir yang dibawah pemerentahan Shiah Fatimiyyah terlebih dahulu sebelum beliau berjaya menumpaskan kekuatan tentera Salib di Palestine. Sultan Salahuddin bukannya dipedaya oleh tentera Salib ketika baginda mengambil keputusan untuk menyerang Masir. Begitu juga penentangan rakyat Syria terhadap pemerentah Shiah Nusayri di Syria tidak perlu dilihat sebagai tipu-daya pihak Israel , bahkan ianya merupakan luahan rasa marah rakyat terhadap golongan minoriti Shiah Nusayri Baathi yang menguasai pemerentahan yang menekan rakyat sendiri.
Adapun bumi dan rakyat Syria secara keseluruhannya adalah bumi ummah Islam Ahlu as-Sunnah, lahir dari bumi yang penuh keberkatan ini begitu ramai ulama dalam belbagai kepakaran sepanjang zaman. Bahkan ianya menjadi tanah kubur bagi beberapa sahabat Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam, umpama Abu Hurairah, Khalid alWalid, Bilal, Abu Darda dan ramai lagi. Ianya adalah tanah kubur Sultan Salahuddin al-Ayubi, ulama tasauf umpama Imam Ibnu Arabi dan Imam Abdul Ghani an-Nablusi, ianya tanah kubur Imam Nawawi dan Imam Ibn Kathir, ianya tanah kubur Imam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn Asakir.
Sehingga sekarang aliran fahaman dan amalan agama di Syria, walaupun ditekan oleh pihak pemerentah , masih kekal sebagai aliran Ahlu as-Sunnah. Kita juga sangat menghormati dan memahami sikap lunak yang ditunjukkan oleh Syaikh Muhammad Said Ramadan al-Bouti atau Syaikh Abdul Latif Farfour terhadap pihak kerajaan, kita juga memahami sikap penentangan yang ditunjukkan oleh Syaikh Abu Huda Muhammad al-Yaaqubi, kita juga masih ingat tokoh-tokoh yang tersingkir dari Syria kerana fahaman dan amalan agama mereka umpama Syaikh Said Hawwa, Syaikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, Syaikh Muhammad Ali as-Sabouni dan puluhan lagi tokoh-tokoh agama besar dan kecil. Syria adalah bumi yang disebut oleh Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam sebagai tempat perlindungan di akhir zaman, bumi yang mempunyai peranan dalam perjuangan ummah.
Begitupun sekiranya airmata sayu belum kering di pipi-pipi kita mengenang musibah yang menimpa saudara-saudara seagama kita di bumi Syria, yang disalahkan adalah Israel. Sekiranya kita bertanya adakah pembunuhan terhadap rakyat yang dilakukan di zaman Hafez Assad dan sekarang ini oleh anaknya itu dilakukan untuk melemahkan Israel, atau akan merugikan Israel?.
Kita memahami watak kerajaan Iran yang menyokong kerajaan Syria termasuk dalam menyembelih rakyatnya sendiri. Kita hanya tertanya-tanya apa pula sikap Muhammad Sabu dan mereka yang sealiran dengannya dalam soal ini.
No comments:
Post a Comment