Most popular baby names, 2011 vs. 1911: ‘William’ stands the test of time
By Eric Pfeiffer, Yahoo! News
Popular baby names in the U.S. have changed drastically over the past century (KVUE-TV Austin)Popular
baby names in the U.S. have changed dramatically over the past 100
years. But some things never change, including our nation's love of the
name "William."
Data from the Social Security Administration
shows that virtually none of the top 20 most popular names from 1911 is
still in the rankings in the most recent statistics from 2011.
For example, the most popular
names in 2011 were "Jacob" for boys and "Sophia" for girls. But in 1911,
they were "John" and "Mary." Again, as mentioned above, neither "John"
nor "Mary" even appears in the top 20 for 2011:
2011 |
Male name | Female name |
1 | Jacob | Sophia |
2 | Mason | Isabella |
3 | William | Emma |
4 | Jayden | Olivia |
5 | Noah | Ava |
6 | Michael | Emily |
7 | Ethan | Abigail |
8 | Alexander | Madison |
9 | Aiden | Mia |
10 | Daniel | Chloe |
11 | Anthony | Elizabeth |
12 | Matthew | Ella |
13 | Elijah | Addison |
14 | Joshua | Natalie |
15 | Liam | Lily |
16 | Andrew | Grace |
17 | James | Samantha |
18 | David | Avery |
19 | Benjamin | Sofia |
20 | Logan | Aubrey |
But one name has resolutely stood
the test of time: William. One hundred years later, "William" has
fallen only one slot, from No. 2 to No. 3, in the list of popular male
names. "James" has also managed to stick around, dropping from No. 3 in
1911 to No. 17 in 2011.
For girls, only "Elizabeth" has stayed on the list, dropping just four spots over the past century, from No. 7 to No. 11.
1911 |
Male name | Female name |
1 | John | Mary |
2 | William | Helen |
3 | James | Margaret |
4 | George | Dorothy |
5 | Robert | Ruth |
6 | Joseph | Anna |
7 | Charles | Elizabeth |
8 | Frank | Mildred |
9 | Edward | Marie |
10 | Thomas | Frances |
11 | Henry | Alice |
12 | Walter | Florence |
13 | Harry | Lillian |
14 | Willie | Rose |
15 | Albert | Ethel |
16 | Harold | Evelyn |
17 | Paul | Edna |
18 | Arthur | Gladys |
19 | Raymond | Louise |
20 | Richard | Catherine |
In recent years, the authors of Freakonomics have famously tracked the ever-evolving choice of baby names in America. And other sites have joined the trend,
pointing to changing baby names as a sign of the decline of
civilization. But for all the changes in the top 20, the list of popular
baby names still reads as fairly tame.
What would be truly fascinating
is comparing the top 100 names of 1911 with those of today. What were
the 1911 equivalents of "Braxlee" and "Diesel"?
There were most likely a lot of "Johns" and "Marys" in this bunch (Library of Congress)
Catitan sut:
Perbincangan tentang menamakan anak-anak telah dikupas secara menarik oleh Mak Cik Annamarie Schimmel dalam bukunya "Islamic Names". Saya mengkagumi mendiang Mak Cik Annamarie yang mengambil suatu sudut kecil daripada 'budaya atau adat' orang-orang Islam daripada beberapa latar yang berbeza dalam memberi nama kepada anak-anak mereka.
Dalam agama kita, kita disyorkan menamakan anak-anak kita dengan nama-nama yang Allah sukai, nama-nama yang menunjukkan kehambaan kita kepada-Nya, umpama Abdullah, Abdul Rahman dan seterusnya, begitu juga nama-nama orang-orang yang Allah kasihi umpama Muhammad, Ahmad, nama-nama nabi yang lain, nama-nama sahabat dan solihin.
Sehingga menjadi tangung-jawab ibu-bapa untuk memberi nama yang baik-baik kepada anak, mendidik mereka dengan sebaiknya dan menjodohkan mereka dengan pasangan yang baik.
Di akhirat kelak, kita akan dipanggil megikut nama-nama kita, kita mahu agar nama kita dikaitkan dengan nama-nama tokoh-tokoh yang dimuliakan Allah, kita mahu menumpang tauh mereka.
Di dunia ini lagi, kita mahu berdoa kepada Allah, dengan bertawasulkan nama-nama yang kita namakan anak-anak kita agar mereka sejahtera, yakni sekiranya tiada suatu yang ada pada mereka yang layak ditilik dengan rahmat oleh Allah, sekiranya tiada suatu yang ada pada kita yang berdoa layak ditilik rahmat oleh Allah, maka kita memohon-rayu agar Allah menimbangkan nama-nama mereka. Nama-nama yang menyerupai nama-nama kekasih-kekasih Allah, kita namakan anak-anak agar mereka mendapat percikan kemulian yang ada pada kekasih-kekasih Allah yang mempunyai nama yang sama itu.
Lihatlah senarai nama di Amerika pada tahun 1911 dan pada tahun 2011, memnag terdapat beberapa nama yang banyak dipakai seratus tahun lalu yang semakin hilang daripada digunakan, begitupun masih banyak nama-nama 'klasik' yang digunakan pada tahun 1911 masih popular hingga sekarang. Berlainan dengan kita, orang Melayu- kebanyakan nama-nama pada tahun 1911 semakin pupus . kita telah kehilangan nama seumpama Awang, Senik, Embong, Chempaka, Melor; Kuning bahkan kita juga kehilangan nama seumpama Nuh,Abu Bakar , Mas'ud, Zainab, Maryam, Sa'udah, Maimunah dan selainnya. Kalau dulu nama-nama bunga umpama Cempaka, Melor sekarang namanya Ixora (bunga tudung periok).
Amalan dalam masyarakat kita sebelum ini yang berkaitan dengan nama ialah untuk mengubah nama anak yang dikira tidak rasi. Anak-anak yang tidak serasi dengan nama yang diberi, atau nama tersebut terlalu berat telah menyebabkan anak tersebut sakit berpanjangan. Lalu anak tersebut diberi nama lain yang dikira lebih rasi dan sesuai.
Nama anak melambangkan 'citarasa' dan kecenderungan ibu-bapa ketika mendapat anak tersebut; contohnya ada orang yang mengkagumi kepimpinan Dato Asri Muda yang menamakan anak mereka Muhammad Asri; ada orang yang mengkagumi Dr. Mahathir yang menamakan anak mereka Mahathir, ada orang yang menamakan anak mereka mengikut nama ahli sukan atau artis yang mereka minati. Ada pula yang menamakan anak mereka mengikut nama-nama general perang dunia kedua yang terkemuka. Ada yang menamakan anak mereka mengikut nama ulama dan syaikh tariqah; hanya ada yang nama diberikan itu bukan nama tubuh mereka itu bahkan nama negeri asal mereka, umpama Sayuti nisbah bandar Asyut, Baihaqi nisbah Baihaq, atau Tarmizi, Tabrizi, Shirazi dan seumpamanya.
Suatu masa dahulu ada yang memberi nama anak mereka dengan nama cantuman antara mak dan ayah. Ada yang nama anak diberi nama dengan huruf pemulaan mengikut nama huruf permulaan ayah, masaalah timbul apabila bilangan anak itu semakin ramai, maka nama yang digunakan menjadi agak 'ganjil' semata-mata untuk menyesuaikan dengan trend tersebut..
Dalam masyarakat kita, nama biasanya diumumkna pada hari yang ketujuh selepas kelahiran bayi, ianya diumumkan bersekali dengan majlis 'belah-mulut' dan bercukur. Di dalam feqah, sunnah mulut bayi 'dibelah' dengan penyetan buah tamar yang dikenakan pada langit-langit seorang alim lagi soleh lalu disuapkan kepada mulut bayi, mengambil berkat mulut yang sentiasaa basah dengan sebutan zikir dan penyampaian ilmu. Orang Melayu membuat tambahan dengan dibelah mulut dengan emas serta perak, agar perkataan yang kelak keluar daripada mulut anak tersebut berharga. Dilalukan juga atas multnya gula dan garam, agar perkataannya masin dan manis. Dilalukan juga nasi himpit dan pisang lenyek, sebagai isyarat makanan biasa bagi anak ini kelak.
Ada seorang taulan yang mempunyai ramai anak, nama anak-anaknya menarik dan sedap didengar. Salah seorang anak perempuannya dinamakan dengan nama yang iras-iras nama Parsi, dia bercerita yang ketika dia mengandung dia telah ke sebuah kedai karpet Parsi di Kuala Lumpur. Dalam tawar-menawar harga karpet tersebut, empunya kedai itu mengatakan dia akan beri harga special kepada taulan ini sekiranya dia namakan anaknya dengan nama yang disyorkannya. Dan apabila taulan saya ini melahirkan anak, dia kembali ke kedai itu dan memberitahu yang dia telah namakan anaknya sebagai syor dari empunya kedai, dan dia mendapat harga special sebagaimana yang dijanjikan...Nama tersebut memangpun indah disebut.
Ada seorang lagi kawan saya yang bernama Abdullah Bin Daud, dia seorangg peniaga yang berjaya walaupun tanpa pengajian tinggi. bagaimanapun namanya telah menarik perhatian pihak berkuasa Jordan, dia dipanggil di Airport untuk disoal selidik dan dia ditahan di sempadan Palestine -Jordan untuk beberapa jam kerana namanya. Rupa-rupanya nama kita mempunyai banyak makna pada kehidupan kita.
Saya terpegun membaca artikel di atas yang mengatakan pertukaran nama-nama anak dalam masyarakat membayang 'the decline civilization'. Apakah sehingga itu pentingnya nama?

No comments:
Post a Comment