Tun Mahathir adalah seorang negarawan yang unik. Dia seorang yang berwawasan dan mempunyai tekad yang kuat. Apa yang dia kehendak, dia akan usahakan dan akan memasti sedaya boleh ianya berhasil. Lihatlah Putrajaya, sebagai contoh yang tangible, dari kawasan ladang kelapa-sawit, ianya dikehendaki oleh Tun Mahathir sebagai pusat pentadbiran yang mempunyai tasik yang luas umpama di kawasan Presidential Palace di Korea Selatan. Maka dikoreklah kawasan itu sehingga terciptalah tasik-tasik yang indah sebagaimana adanya sekarang. Tun Mahathir bukanlah seorang yang akan merancang dan bertindak bersesuaian dengan landscape yang sediaada, tetapi dia akan impose landscape yang dia mahukan kepada persekitaran yang sediada. Maka itulah di antara sebabnya fingerprint-nya ada dimana-mana, lihatlah twin towers, KL tower, litar F1 di Sepang, KLIA, kilang keluli perwaja, pembangunan Langkawi, UUM, multimedia super corridor, Palace of Golden Horses sehingga kepada Wawasan 2020,
Ketika Tengku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri, beliau mengeritik Tengku dengan hebatnya. Dia mengeritik Tengku ketika kedudukan Tengku paling kritikal dan memerlukan sokongan, iaitu sebaik sahaja peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Sebelumnya dia datang dengan buku yang sangat contraversiol The Malay Dilemma. Bagaimanapun Tengku telah berundur, diganti oleh Tun Abdul Razak.
Ketika beliau pula di kemuncak kuasa, beliau bertekad memecat Anwar Ibrahim , apa nak jadipun jadilah, membujur lalu melintang patah. Anwar dipecat di ambang Commonwealth Game diadakan di Kuala Lumpur. Bermulalah episode demostrasi reformasi yang tidak berkesudahan. Bermulalah zaman menyokong pembangkang menjadi trendy bagi golongan orang muda.
iarlah sebahagian rakyat marah kepada kerajaan dan Perdana Menteri, biarlah apa sekalipun pandangan masyarakat dunia terhadap Malaysia , biarlah apa kesan terhadap rating negara di kalangan business circle dan badan-badan kemanusian antarabangsa, Tun Mahathir tidak lansung bertolak ansur. Dia adalah pemimpin yang sangat berpegang kepada tekad.
Tekad Tun Mahathir yang sangat terfokus inilah yang menjadi pencetus kepada tertubuhnya Parti Keadilan yang kemudiannya PKR serta kepada terbinanya Pakatan Rakyat yang mengabungkan parti-parti pembangkang. Agaknya inilah pertama kali BN dan UMNO menghadapi cabaran yang sengit selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Tun Mahathir mempunyai Perjuangan Yang Belum Selesai, bagaimanapun entah siapalah yang menasihati Tun Mahathir agar menangis-nangis kononya mahu berhenti dari jawatan Presiden UMNO sebelum perjuangannya selesai. [orang tua menangis ini bukanlah suatu gambar yang menarik atau photogenic] Kesian Kak Rafidah yang ketika itu adalah ketua Wanita, sehingga tercabut tumit kasutnya kerana terkejut dengan pengumuman itu. Bagaimanapun pengumuman yang penuh air-mata itu rupanya tidak mempunyai reverse-gear. Samai eddahnya, maka Tun Mahathir pun undur.
Maka kemudiannya naiklah Pak Lah, yang terkenal sebagai Mr Clean. Sokongan kepada UMNO dan BN melonjak. Terangganu dapat diambil semula, PAS di Kelantan hampir-hampir tersungkur, hanya menang dengan dua kerusi dan kelebihan 2 undi. Apabila Kemenangan besar itu dikatakan kerana faktor Pak Lah. Maka dengan sendirinya Tun seolah-olah telah menjadi faktor kemerosotan UMNO sebelum ini. Bagaimanapun Tun tidak duduk diam, dia terus menghentam Pak Lah, hatta dia hadir majlis-majlis khusus untuk mengeritik pimpinan Pak Lah.
Kebenciannya kepada pimpinan Pak Lah sampai ke kemuncak apabila dia mengumumkan dia, isteri serta anaknya keluar UMNO. Kesan kritikan Tun Mahathir terhadap kerajaan pimpinan Pak Lah memang ketara. Pak Lah pula bersikap terlalu gentleman sehingga tidak langsung membidas balik kritikan Tun Mahathir. Pihak pembangkang berpesta sakan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dalam menghentam Pak Lah; sikap Tun Mahathir memang menguntungkan mereka. Faktor kemenangan pembangkang pada pilihanraya 2008, antara lain ialah kerana kehilangan keyakinan pengundi kepada pimpinan Pak Lah. Dan di antara yang paling lantang mempersoalkan pimpinan Pak Lah adalah Tun Mahathir.
Pilihanraya 2008, BN masih mampu menang tetapi merosot dengan teruknya. Beberapa negeri jatuh kepada PR. Walaupun begitu, Tun Mahathir masih juga tidak henti-henti menyerang Pak Lah. Pak Lah kemudiannya berundur dan menyerahkan pimpinan negara dan UMNO kepada Datuk Najib. Tun Mahathir dan keluarganya pun masuk semula ke dalam UMNO. Kemarahannya dan kritikannnya yang telah menyumbang kepada kelemahan UMNO itu menjadi reda, Maka TV dan akhbar arus perdana menjadi semakin galak menyiarkan kenyataan-kenyataannya. Tun Mahathir kembali berada di central stage untuk mengatakan apa-apa saja yang beliau ingin katakan.
Termasuklah dia menyatakan agar pimpinan MIC patut ditukar, menyebabkan Datuk Samy Vellu yang selama ini merupakan penyokong kuat Tun Mahathir berada dalam keadaan yang agak merimaskan. Tun Mahathir terus mengeritik Dato Samy Vellu, walaupun selepas pemilihan dalam Mesyuarat Agung parti tersebut. dia juga menyatakan sokongan secara terbuka kepada penubuhan parti Makhal Sakhti, sebuah parti baru di kalangan masyarakat India. Jadi di manakah nilainya setiakawan dengan MIC yang dibina semenjak sebelum merdeka lagi itu?
Kita dapat bayangkan yang sebelum ini MIC terbahagi kepada dua kem, satu kem Samy Vellu dan satu lagi kem menentang Samy Vellu. Selepas calun-calun dari kem tajaan Samy Vellu menang besar dalam pemilihan pempinan parti, calun-calun yang kalah terus bersuara terutama kerana media memberi mereka ruang untuk berbuat demikian. Walaupun pemilihan telah selesai dijalankan tetapi kritikan terhadap Samy Vellu masih berterusan. Kemungkinan mereka yang kalah ini akan menyertai parti baru, yang bermakna MIC akan menjadi semakin lemah. Sekiranya Tun Mahathir dan mereka yang berfahaman seumpamanya terus-menerus mengeritik dan mendesak Samy Vellu, kemungkinan kem tajaan Samy Vellu sendiri juga akan berpecah pula. Jadilah penyokong MIC semakin mengecil dan mengecut. Kita semua sudah tentu tahu yang Tun Mahathir sangat berkesan dalam menghilangkan kepercayaan penyokong kepada pemimpin. Lihatlah apa yang beliau telah capai di zaman Tengku Abdul Rahman, bandingkan apa yang dia telah capai di zaman Pak Lah. Maka sudah tentu Datuk Samy Vellu juga sudah boleh mula mengira hari-harinya sebagai presiden MIC.
Dengan lemahnya MIC, dengan berkucarnya MCA dan dengan belum pulihnya UMNO dari sakit kronik yang dideritai semenjak zaman reformasi ketika Tun Mahathir masih Perdana Menteri lagi ,penyakit kronik ini telah gagal dirawat oleh Pak Lah walaupun pada awalnya seakan-kana penyakit itu akan sembuh. Maka parti-parti pembangkang bolehlah menarik nafas lega. Selagi Tun Mahathir cergas berfikir, selagi dia cergas mengeluarkan pendapat serta pandangannya, selagi itulah juga parti-parti pembangkang mempunyai kesempatan untuk menguatkan kedudukan masing-masing.
Tun Mahathir juga telah berkali-kali mengatakan Tan Sri Isa Samad tidak layak dicalunkan dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang walaupun UMNO Teluk Kemang mahukan beliau. Tentunya penyokong Isa Samad akan kecil hati dengan kenyataan demi kenyataan Tun Mahathir. Kalau pun Isa Samad didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang sekalipun, apakah pemimpin UMNO lain yang masih memegang jawatan dalam parti boleh mendakwa yang mereka bersih daripada amalan politik wang?.
Bagaimanapun kesan kenyataan Tun Mahathir mungkin sahaja melemahkan semangat keraja UMNO Teluk Kemang. Katakan anak Isa Samad dicalunkan sekalipun, luka yang dicurah garam pada dada penyokong-penyokong setia Isa Samad masih berdenyut sakitnya, Tun Mahathir seolah-olah tidak mempunyai kesian belas kepada penderitaan mereka.
Kalaulah UMNO menerima saranan Tun Mahathir ini, yakni Isa Samd tidak layak menjadi calon kerana terlibat dalam politik wang, maka sudah tentu Ketua Menteri Melaka juga tidak patut dilepaskan begitu sahaja, atau ketua Pemuda UMNO akan dibiarkan berkempen dalam Pilihanraya kecil ini, ya demi menonjolkan imej bersih UMNO. Lalu akhirnya kita bertanya "apakah Tun Mahathir serta anak beranak , ipar duwainya menjunjung imej bersih UMNO tanpa sebarang penglibatan dalam amalan politik wang ketika dia masih berkuasa?"
Ayuh, belum terlewat bagi pimpinan parti-parti pembangkang untuk mengunjungi Tun Mahathir terutama di dalam bulan syawal ini untuk mengucapkan selamat hari raya serta ucapan berbanyak terima kasih.....
Sunday, September 27, 2009
Sunday, September 20, 2009
Eidu al-Fitri: Hari Kebesaran Agama.
Dalam kita meraikan kemajmukan masyarakat di tanahair, kita perlu insaf dan menghayati hari raya sebagai hari kebesaran agama. Ianya seolah-olah adalah hari graduation bagi kursus puasa selama sebulan. Ianya adalah kesenimbungan amalan puasa di siang hari dan bersembahyang malam dalam bulan Ramadan. Kadang-kadang kita bimbang suasana kita menyambut hari yang begitu meriah sehingga ianya seakan-akan bertentangan dengan semangat Ramadan. Dua tiga hari di awal Syawal seakan-akan berperanan untuk menghapuskan kesan-kesan sebulan latihan intensif dalam Bulan Ramadan. Aduhai malangnya kita!
Kita bukan setakat tidak lagi bersembahyang terawih dan tahajjud selepas Ramadan, bahkan kita bimbang yang kita mulai meninggalkan sembahyang berjamaah.

Wednesday, September 16, 2009
Membina Insan Mendiri Masyarakat
Saya masih teringat ungkapan yang digunakan oleh Prof. Dr. Ishaq Zafar Ansari "apa yang ada di dalam pemikiran itu sama pentingnya dengan apa yang ada di luar ini".
Kerja-kerja meluruskan apa yang berada di dalam diri kita merupakan asas kepada kerja-kerja islah yang diusahakan di peringkat luaran. Rasulullah mengatakan di dalam diri anak Adam terdapat seketul darah, sekiranya ianya baik maka baiklah jasad itu seluruhnya, sekiranya ianya fasad, maka fasadlah jasad itu seluruhnya, iaitu ianya adalah hati.
Kebaikan luaran ini merupakan pantulan cahaya dari kebaikan dalaman, keburukan luaran ini merupakan merebaknya kegelapan dari kejahatan dalaman. Imam Ibn Arabi telah menulis sebuah risalah kecil ' at-Tadbiratu al-Ilahiyyatu fi Islahi al-Mamlakati al-Insaniyyah yang menarik, dia telah menggunakan istilah-istilah yang digunakan bagi institusi politik dan pentadbiran kerajaan di dalam perbincangan tentang 'kerajaan' dalaman manusia. Seolah-olah segala kecanggihan dan kerumitan sebuah kerajaan itu jugalah kecanggihan dan kerumitan pentabiran dan pengurusan dalaman manusia,
Guru saya ketika menjelaskan tentang maksud hadith "sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya tiada berupaya maka ubahlah dengan lidah, sekiranya tiada upaya maka ubahlah dengan hati, dan itulah sedaif-daif iman", mengikut gurunya, Syaikh Muhammad Ali al-Maliki ubah dengan hati yang merupakan sedaif-daif iman itu, bermaksud keupayaan kita mendatangkan keikhlasan semata-mata kerana Allah. Kita menolak sesuatu kemungkaran itu bukan kerana pertimbangan-pertimbangan yang lain. Sekiranya ikhlas yang merupakan yang syarat asas itu telah wujud, maka ubahlah kemungkaran dengan lidah atau sekiranya masih berupaya, maka ubahlah dengan tangan.
Kita mencegah kemungkaran bukan kerana kita merasa kita lebih baik dari orang yang kena cegah, kerana itu adalah sifat takabbur. Kita tidak pula mngintai-intai keaiban orang lain, kita juga tidak berniat untuk membuka aib orang lain. Kesemua ini adalah maksiat yang besar. Tetapi kita mahu menjunjung tanggung-jawab kita terhadap Allah . Jadilah ketika itu marah kita, reda kita, sokong kita, bangkangan kita semata-mata murni kerana Allah.
Allah mengajar kita di awal surah al-Baqarah tentang sifat-sifat orang yang mempunyai penyakit di dalam hati-hati mereka:
Ketika dikatakan kepada mereka "janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi", mereka menjawab "sesungguhnya kami adalah golongan yang membuat pengislahan", yang sebenarnya mereka adalah golongan pembuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar.
Bukankah kita juga kerap membaca "telah zahir kerosakan di daratan dan lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia". Tentunya perbuatan tangan itu berpunca dari hati. Sehingga apa yang dilakukan oleh anggota-anggota lain itu diberi balasan oleh Allah berdasarkan niat. Secara hakikatnya kasb (usaha) manusia itu dikemudi sepenuhnya oleh kerja hatinya. Saiyyidina Ibrahim menyebut dalam munajatnya kepada Allah: "Hari yang tiada manafaat harta-benda dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera".
Tidak mungkin hati yang sejahtera itu bersifat kaku, bahkan ianya hidup dan akan mendorong anggota-anggota badan lain untuk tunduk kepada Allah, Sekiranya anggota lain tiada mampu melaksanakan dorongan hati yang sejahtera itupun, Allah masih memberi balasan kerana niatnya.Sebagaimana seorang yang berilmu yang berniat akan menggunakan harta sebagaimana yang diamalkan oleh manusia yang dianugerahi Allah dengan ilmu dan harta. Begitu juga hati yang berpenyakit, walaupun dorongannya tidak mampu dilaksanakan oleh anggota, umpama niat untuk melaksanakan kemaksiatan oleh orang yang tiada punya ilmu dan harta sebagaimana maksiat yang diamalkan oleh manusia berharta tanpa ilmu.
Agaknya inilah yang dikatakan oleh Stephen Covey sebagai habits dalam bukunya The 7 Habits; iaitu sesuatu tabiat yang sudah sudah menjadi second-nature kepada seseorang, atau apa yang ditakrifkan sebagai akhlaq oleh ulama kerohanian. Akhlaq ditakrifkan sebagai hai ah (insitusi) dalaman manusia yang akan mendorong pemiliknya untuk bertindak tanpa berfikir atau menimbang faktor-faktor luaran. Ianya bukan lakunan atau sandiwara tetapi ianya sesuatu yang tulus dari diri dalaman manusia itu.
Walaupun sehebat mana seorang pakar motivasi berceramah dan mengada modul-modul bina insan, dia sendiri tidak akan berjaya menghayati apa yang dia ceramahkan sekiranya perkara tersebut sekadar hiasan bibirnya sahaja. Memang terdapat pakar motivasi yang mampu menitikkan airmata dan menyebabkan para pendengarnya juga turut menangis tetapi sebenarnya dia sekadar menghayati bait-bait skrip yang diperlukan dan sesuai untuk mendapat bayaran dari klien-nya. Apalah lagi sekiranya dia membimbing qiyamu al-lail, maka dianjurkan zikir yang mendayu-dayu dengan P.A system yang bergema untuk mengusik jiwa para peserta secara berkesan. Bagaimanapun lama-kelamaan akan terserlah juga pendorong dalaman kepada pelakunya, kalau kedudukan dan kebendaan yang dikejar, maka kedudukan dan kebendaanlah akan terpantul sedikit demi sedikit.
Imam Hassan al-Banna telah mempusakakan kita dengan peringatan yang bernilai dalam ucapannya al-fikratu al-Iqtisadiyyatu fi kitabillah. sebagaimana yang dicatit dalam Hadith ath-Thulatha'nya:
"Sesungguhnya Kitab Allah telah datang dan maksud utamanya serta tujuan asasinya adalah sebagai Kitab hidayah kepada jiwa-jiwa, hidayah kepada ruh-ruh, islah kepada hati-hati insani. Maksud utama yang dituju oleh al-Quran al-Karim adalah penyembuhan jiwa manusia sehingganya ia bersih, suci, lurus dan menilai segala urusan di atas hakikatnya, sehingga tujuan bagi setiap insan itu adalah kebenaran, keindahan, keadilan dan keagungan.
Al-Quran al-Karim, wahai saudara, kedatangan utamanya adalah datang untuk merawat jiwa insan, bukannya untuk merawat sistem yang ada di kalangan manusia, hal ini berserta rawatan untuk sistem manusia juga terdapat di dalam Kitab Allah- bagaimanapun ianya bukanlah maksud yang utama, kerana sesungguhnya apabila jiwa manusia itu baik, maka baiklah pula pandangan mereka terhadap sistem yang ada. Apabila jiwa manusia itu fasad, maka fasadlah pandangannnya kepada sistem yang ada hatta walaupun nizam yang ada itu baik pada zatnya.(secara intrinsic-nya baik).
Sesungguhnya seorang qadi yang adil, wahai saudara, mungkin di depannya undang-undang yang zalim, bagaimanapun jiwanya yang baik dan keikhlasannya kepada keadilan serta kecintaannya kepada keadilan akan membawanya untuk mengeluarkan dari butiran dari undang-undang yang zalim itu hukuman yang adil.. Mungkin kita temui seorang qadi yang fasad jiwanya, yang mengikut hawa nafsunya di depan undang-undang yang adil, tetapi kefasadan jiwanya membawanya untuk mengeluarkan dari butiran undang-undang yang adil itu hukuman yang zalim yang sesuai dengan nafsunya.
..... Dan pengislahan masyarakat , wahai saudara, asasnya adalah pengislahan jiwa, Kefasadan masyarakat juga asasnya adalah kefasadan jiwa.
Amat menarik catitan Imam Hassan al-Banna yang masih panjang lebar itu, Sebenarnya itulah juga message yang telah disampaikan oleh Imam Hassan al-Hudaibi Murshidul 'Am kedua Ikhwan, itulah juga message yang telah disampaikan oleh Maulana Abu Hassan Ali an-Nadwi. Itulah juga message yang telah disampaikan oleh Maulana Ilyas dan Maulana Zakariyya al-Kandahlawi. Itulah juga message yang telah disampaikan oleh Syaikh Said Nursi Badiuzzaman. Itulah message yang dibawa dan dikembangkan oleh ulama dan muslihin ummah zaman berzaman.
Sekarang ini sebahagian daripada message itu sedang didikembangkan dan disampaikan oleh penulis dan pemikir dari dunia pentadbiran dan pengurusan semasa. Mereka telah menemui secebis hikmah dari kebijaksanaan warisan berzaman, yang kita pula telah semakin terlupa kerana terlalu kagum kepada struktur dan sistem luaran nampaknya tersusun dan gah!

Tuesday, September 15, 2009
Politik Kasut Muntazar Dan Selipar Muniandy
Utusan Malaysia telah mengepalai serangan terhadap pimpinan tertinggi MIC sebelum dan selepas mesyuarat Agung MIC. Umumnya tahu yang Utusan dibelakangi oleh UMNO, jadi bagaimana kita hendak membaca sebab musabab pendirian Utusan dalam hal ini?. Nampaknya hebat juga pemimpin MIC seorang ini, dia tidak tunduk mengalah, bahkan dia menjawab apa yang baginya patut dijawab, termasuklah saranan Tun Mahathir dan isi ucapan peresmian oleh PM Dato' Najib. Dia menunjukkan seolah-olah budaya bodek di kalangan pemimpin MIC pun ada batasnya dan sebenarnya mengikut perkiraan untung rugi yang tertentu, bodeknya bukan sebarang bodek...
[Kelihatan calun-calun dalam siri pilihanraya kecil yang disokong oleh U.M telah kalah kecuali di Batang Air, Sarawak dan calun-calun dalam pemilihan organisasi parti yang ditonjolkan oleh U.M juga kalah kecuali YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam pemilihan PAS.]
Dato'Abdul Aziz Shamsuddin sebagaimana yang dilapurkan oleh U.M pada 15hb september telah mendedahkan yang Dato Samy Velllu lah orang yang paling kerap mencium tangan Tun Mahathir ketika Tun Mahathir memegang pimpinan tertinggi negara. Kalau kita bertanya budaya cium tangan pemimpin politik ini bermula dengan siapa, dan apa yang mendorong ciuman tersebut?
Kalau ikut rasa saya, mungkin budaya cium tangan pepimpin politik sebagai tanda penghormatan ini dimulai oleh orang Melayu, mereka sebelumnya mencium tangan ibu-bapa terutama di pagi raya, cium tangan ulama dan solihin ketika bertemu mereka. Lalu budaya itu diperluaskan ke dalam lingkungan politik, Kalau andaian saya ini betul, maknanya Dato Samy Vellu hanya terikut-ikut perbuatan penyokong-penyokong dari kalangan orang Melayu, atau lebih khusus terikut-ikut perbuatan orang UMNO yang gemar cium tangan pemimpin.
Malangnya selepas Tun Mahathir bersara, dan Dato Samy Vellu juga tidak lagi menjadi Menteri, tetapi beliau masih kekal sebagai presiden MIC, timbul pula cadangan dalam mesyuarat tahunan MIC agar dikalungkan selipar pada gambar Tun Mahathir. Kalungan selipar sebagai tanda protes terhadap campur-tangan Tun Mahathir dalam urusan dalaman MIC. Dato Samy telah mengarahkan Muniandy, yang membangkitkan cadangan tersebut supaya berhenti bercakap sebaik sahaja dia mengeluarkan cadangannya itu.
Masyarakat India memang suka mengalungkan bunga pada seseorang yang dihormati dan diraikan, tetapi kalungan selipar membawa makna yang berbeza. Entah pernahkah perbuatan ini diamalkan sebelumnya, atau cadangan Muniandy ini layak disenaraikan dalam Guiness Book Of World Records atau paling kurang di dalam Malaysia Book of Records.
Cadangan Muniandy ini pula berkebetulan sama harinya dengan hari Muntazar az-Zaidy, wartawan Iraq, di bebaskan dari penjara kerana dihukum akibat melontar kedua belah kasut ke arah Presiden Bush. Kebetulan ini agak menarik, politik kasut dan selipar tiba-tiba menjadi isu yang penting. Kedua-duanya, kasut dan selipar, telah menjadi simbol protes terhadap campur-tangan luar dalam politik dalaman. Sayanglah sekiranya Muniandy yang sekreatif itu akan digantung keahliannya kerana hanya disebabkan sebuah cadangan yang cukup berjaya mengemparkan seluruh Malaysia. Kalaulah cadangannya itu dilihat sebagai perbuatan yang biadab, maka ajarlah dia adab tetapi mengantungkan keahliannya akan merugikan MIC dari seorang yang berfikiran kreatif.
Agaknya Tun Mahathir sendiri tidak pun mengambil pusing terhadap cadangan Muniandy itu. Kalau kita masih ingat ketika hari-hari reformasi dahulu, Tun Mahathir mengatakan terdapat kanak-kanak di peringat tadika pun telah dihasut untuk membenci beliau dan menghina gambar beliau, bahkan beliau mendedahkan ada percubaan untuk membunuh beliau . Tetapi beliau tidak sedikitpun terjejas, kelantangan beliau tidak menurun, bahkan polispun dikatakan tidak diarahkan agar membuat siasatan terhadap percubaan membunuh Perdana Menteri. Sekurang-kurangnya tiada penyiasatan yang diisytiharkan dan penangkapan yang dibuat yang kita tahu. Sangat jelas sikap Tun Mahanthir yang sanggup dihina maruah peribadinya, tetapi beliau akan bangkit melawan sedaya-upaya sekira maruah dan kepentingan negara yang dicalar! Itulah Tun Mahathir, seorang pemimpin yang berjiwa besar! Jadi di mana duduknya individu-individu yang melenting-lenting menghentam MIC ,seolah-olah MIC menghina Tun Mahathir, sedangkan Tun Mahathir sendiri terkenal dengan sikap lapang dadanya? Bahkan beliau dahulunya kerap mengatakan beliau tidak kisahpun terhadap anggapan orang lain kepada beliau selepas beliau tiada. Oleh itu janganlah tersorong-sorong sangat pipi hendak mengatasi hidung, terutama kalau hidung itu hidung Tun Mahathir yang memang mancungpun! [Zunar banyak mengabadikan lakaran kemancungan hidung Tun Mahathir dalam karton-karton sinis beliau]
Bagaimana agaknya gambaran politik kepartian di negara kita dalam masa depan yang hampir ini?. MIC goyah akibat perpecahan antara penyokong presiden dan lawannya, ditambah dengan lapuran akhbar yang memburuk-burukkan presidennya. Itu belum mengambil kira pertubuhan politik kaum India yang lainnya. MCA dengan masaalah pimpinannya sehingga terpaksa mengadakan EGM untuk meleraikan ketegangan dalamannya. Gerakan pula telah hilang kubu kuatnya iaitu Pinang. Hanyalah UMNO yang pada luarannya ada tanda-tanda pembugaran semula (kecuali di Terangganu).
Komponen parti dalam PR-pun bukan juga menjadi semakin kuat, bukan menjadi lebih tersusun, ada saja isu-isu dalaman parti komponen atau antara parti yang timbul dan tenggelam . Lihatlah apa yang berlaku di Selangur, Perak, Pinang. Kita tidak dapat bayangkan keberkesanaan kerja dan penyelarasan tugas dalam PR sekiranya faktor DSAI tidak ada.
Kalaulah PR kelihatan akan terus mara ke hadapan, sebenarnya itu hanyalah persepsi kita sahaja. Sukar untuk PR bergerak ke depan, tetapi yang menyebabkan kita berilusi yang PR mara kehadapan adalah disebabkan BN yang mundur ke belakang, seolah-olah kita dalam pengalaman apabila dua gerabak keretapi berselisih, sebuah keretapi undur sementara yang satu lagi berhenti. Penumpang-penumpang yang berada di atas gerabak yang berhenti diam itu merasakan yang gerabaknya telah bergerak ke hadapan.
Bagaimanapun isu kasut-selipar sekarang ini telah menjadi isu politik antarabangsa dan nasional, kita tunggulah pula isu terompah dalam EGM MCA, kalau-kalau ianya berbangkit!

Sunday, September 13, 2009
Tradisi Menjunjung Tinggi Ketepatan & Kebenaran
Alhamdulillah dalam tradisi ilmu Islam, ketepatan dan kebenaran itu sangat-sangat dititikberatkan. Perkara ini telah diakui oleh kawan dan lawan. Antara penulis barat yang menulis perkara ini ialah Franz Rosenthal, buku beliau Knowledge Triumphant dan sebuah buku kecil berkenaan Etika Sarjana Muslim (saya terlupa tajuk asalnya , sekadar mempunyai naskhah terjemahan terbitan Indonesia, selain daripada terjemahan Inggeris oleh beliau bagi Muqaddimah Ibn Khaldun) telah memperincikan bukan sahaja penekanan kepentingan ilmu, bahkan adab-adab yang diamalkan oleh sarjana muslim lampau, Termasuklah antara adab itu ialah larangan melipat hujung helaian mukasurat kitab sebagai tanda tempat berhenti membaca , sebaliknya dimasukkan helaian atau bilah sebagai penanda. Bagi saya buku Etika Sarjana Muslim itu sangat-sangat menarik dalam kita mengikut adab-adab umpama menulis catitan di tepi helaian kitab dan lain-lain perincian.
Ketika kita membaca riwayat Imam an-Nawawi, kita akan menemui bahawa dalam suatu peristiwa, beliau tidak membalas serangan-serangan seorang ulama mazhab Maliki terhadap beliau disebabkan ulama tersebut telah mengikut mazhab guru kepada Imam mazhab yang dikutinya. Yakni Imam Malik adalah guru kepada Imam as-Syafi'ie. Begitu hormatnya Imam Nawawi kepada Imam Syafi'ie dan penghormatannya sehingga menjalar kepada yang berhubung-kait dengan Imam ini.
Bagaimanapun dalam kitab feqah tulisan Imam Nawawi, kita akan dapati Imam Nawawi ada tempatnya mempunyai pegangan yang berbeza dari pendapat Imam Syafi'ie atau qaul yang rajih dalam mazhab Imam ini. Dalam syarah Muhazzab, Imam Nawawi berpandangan hukum makruh menggunakan air yang terdedah pada pancaran terik matahari di dalam bekas logam untuk bersuci adalah lemah. Beliau menganggap ianya lemah kerana hadith-hadith tentang larangan itu adalah dari segi riwayatnya lemah, sebaliknya sekiranya air itu dikatakan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan pengguna, maka ketetapan itu layak diputuskan oleh pakar perubatan dan bukan bersandarkan kepada matan hadith . Amanah menyatakan kebenaran dan kefahaman yang tepat mengatasi pertimbangan yang lain, tetapi amanah itu juga menuntut ianya dilaksanakan secara beradab dan tertib.
Masyarakat kita juga telah menumpang keringanan dan kenikmatan di atas pendapat Imam Nawawi yang berbeza dari qaul rajih mazhab dalam dua perkara paling kurangnya; 1)sembahyang jama' bagi orang yang sakit- ini sangat membantu bagi pesakit berat, yang menghadapi pembedahan atau menjalani rawatan dialysis. 2) halal memakan ketam dan siput- hal ini dibincangkan dengan panjang lebar oleh Syaikh Ahmad al-Fatani dalam kitab Fatawa-nya, juga di tepi kitabnya Unwanu al-Falah.
Perbezaan pendapat Imam Nawawi tidak mendatangkan masaalah kepada masyarakat awam, bahkan ianya merupakan rahmat. Beliau menyatakan pandangan beliau dengan penuh adab dan tidak mencarik kehormatan ulama-ulama yang terdahulu. Bahkan beliau menyebut di dalam kitabnya at-Tibyan yang janganlah diumpat ulama, kerana daging mereka beracun; antara bala yang menimpa orang yang mencerca ulama ialah mati hatinya sebelum kematian jasadnya.
Bahkan dalam beberapa hal Imam Ibnu Taimiyyah sendiripun (mungkin tidak dalam perbincangan ilmu Tauhid) telah bersikap lunak. Beliau menolak amalan melafazkan niyyat bagi ibadat , tetapi lihatlah sikap beliau ketika ditanya kepepentingan niat bagi puasa sebagaimana yang terdapat dalam Fatawa al-Kubra-nya; beliau telah menjawab bagi orang awam niat itu memadaai dengan bangun makan sahur atau dengan melafazkan niat. Atau sikap beliau terhadap bacaan talqin di kubur, menghadiahkan tahlil sebanyak 70'000 kepada simati, atau qada sembahyang dan lain-lain hal.
Gambaran yang timbul akhir-akhir ini tentang mereka yang mendakwa mahu menegakkan sunnah dan memurnikan ajaran agama ialah sikap meremehkan ulama terdahulu, sikap tidak mahu memahami terlebih dahulu bagaimana ulama silam membina pendapat mereka (contoh dalam hukum bersembahyang bersebelahan dengan anak yang belum berkhatan), sikap seolah-olah dia yang lebih arif tentang kedudukan sesuatu hadith hanya berdasarkan penilaian yang dibuat oleh Syaikh Nasiruddin Albani tanpa membandingkan penilaian ulama hadith yang lain, sikap berani menghujjah walaupun belum menyakini hujjahnya itu benar dan bersesuaian. Lihat tulisan Syaikh Ali as-Sabuni yang mencatitkan sikap-sikap golongan ini dalam risalah Solat Terawih-nya dan juga kitabnya yang khusus Kasyafu al-Iftira'.
Barangkali perlu kita memperingatkan diri kita bahawa dalam ke empat-empat mazhab ahlu as-Sunnah ini terdapat ratusan ulama hadith dari zaman berzaman, begitu juga ratusan ulama tafsir dan ratusan ulama feqah. Guru saya pernah mengatakan orang yang berhujjah menolak pendapat dalam mazhab ini adalah orang yang menggunakan otak dia yang sebiji itu dalam kerja mahu membina hujjahnya dan meruntuhkan binaan hujjah yang didirikan oleh ribuan otak-otak terbaik daripada ummah ini.
Mengikut mazhab perlu dilihat sebagai mengamalkan disiplin tertentu dan mengikut institusi dan format tertentu. Umpamanya apabila kita membaca sesuatu hadith kita akan faham maknanya setakat yang kita faham, dan apabila kita membaca syarah-nya oleh ulama mazhab, kita akur yang suluhan ilmu ulama itu jauh lebih jelas, cerah dan lebih meliputi daripada suluhan faham kita. Adalah sikap takabbur yang melampau sekiranya kita terus mahu menegakkan faham kita walaupun sedangkal mana iapun, dan bersikap menolak huraian ulama yang jauh lebih mendalam itu. Kita juga sedar yang hadith yang satu itu telah dipadukan dengan riwayat-riwayat yang lain dalam menatijahkan kefahaman.
Saya teringat catitan Syaikh Muhammad Yusuf an-Nabhani di dalam bab awal bagi kitabnya Kasyafu as-Syubhah tentang pengalaman Imam Subki dalam membaca qunut dalam sembahyang subuh. Dikatakan Imam Subki telah meninggalkan bacaan qunut subuh selama 6 bulan kerana semua riwayat yang sampai kepadanya tentang amalan qunut adalah lemah, sehinggalah beliau menemui riwayat yang dikiranya kuat dan dapat dipertanggung-jawabkan. Selepas itu Imam Subki menyatakan yang penghayatan kepada perkataan Imam Syafi'ie "apabila sah sesuatu hadith, itulah mazhabku" hendaklah difahamkan sebelum kita menolak pendapat tertentu dalam mazhab Imam, kita perlu terlebih dahulu melihat hadith-hadith yang dijadikan hujjah oleh Imam, sekiranya tiada didapati hadith yang kuat di situ, hendaklah kita melihat pula kepada hadith-hadith yang digunakan oleh ashabu al-Imam, hanyalah selepas itu dapatlah kita berlepas diri dari pendapat tertentu dalam mazhab kerana beramal dengan pesanan Imam Syafi'ie itu.
Begitu juga telah disepakati oleh ulama dari semua mazhab tentang larangan bertukar-tukar amalan mazhab yang berbeza kerana mencari kemudahan dan keringanan semata-mata, lainlah sekiranya ianya dilakukan dengan penuh tanggung-jawab dalam kita menghayati agama. Begitu juga kita perlu melihat perspektif fahaman yang berbeza terhadap sesuatu hadith yang sama di kalangan ulama berbeza mazhab. Agaknya antara tulisan yang baik untuk menilai perbezaan ulama feqah dalam sesuatu hukum ialah kitab Mizan al-Kubra oleh Syaikh Abdul Wahab as-Sya'rani ( pernah diterjemahkan oleh O.K Rahmat dan diterbitkan oleh Pustaka Aman suatu masa dahulu) yang dapat membantu kita melihat kesemua fahaman terhadap sesuatu nas yang zahirnya kelihatan bertentangan itu denganlapang dada dan baik sangka terhadap para ulama.
Jangan hendaknya kita ulangi tragedi Don Quixote, yang mendakwa dirinya dan diakui pula oleh satu-satu pengikutnya sebagai wira yang menegakkan kebaikan dan memerangi kejahatan, tetapi musuh yang ditentang itu adalah musuh yang diberi gambaran ganas oleh khayalannya sendiri, sedangkan yang sebenarnya yang diserang itu adalah objek-objek yang tidak pun mengancam kebaiikan dan tidak pula mendatangkan kejahatan.

Saturday, September 12, 2009
Displin Ilmu Islam: di antara kejumudan dan berselerak
Masyarakat Islam di negara kita sedang berdepan dengan polemik dalam pendekatan 'menghayati sunnah' Rasulullah; dulunya dikatakan terlalu jumud dalam menghayati sunnah kerana penghayatan dibuat berdasarkan huraian ulama mazhab, dan kini begitu berselerak kerana ada pihak-pihak yang membuat huraian kepada ayat-ayat dan hadith hukum secara 'pandai-pandai sendiri' tanpa terikat dengan huraian yang telah diterima oleh ulama dari mazhab-mazhab yang telah lama established.
Kedua-dua pendekatan ini, (semada kelompok yang mengikut mazhab atau kelompok yang gagah untuk terus mengikut ayat dan hadith secara langsung), adalah usaha untuk menghayati sunnah, tentu adalah suatu keterlanjuran yang parah untuk kita menuduh yang kefahaman ulama mazhab itu tidak berdasarkan ayat al-Quran dan sunnah Rasul. Seolah-olah pendapat ulama dalam mana-mana mazhab ahlu as- sunnah itu tidak dibina atas dasar kefahaman ulama berdasarkan nas al-Quran dan sunnah. Yang benar-benar mengikut sunnahnya adalah golongan yang mengelar diri mereka salafi atau akhir-akhir ini menggelar diri mereka sebagai golongan athari.
Tradisi Ilmu dalam Islam agaknya berlawanan dengan sebahagian besar tradisi ilmu duniawi. Dalam Islam, ilmu yang dimiliki oleh golongan salaf as Soleh (3 generasi terawal Islam) adalah lebih jitu daripada generasi yang datang dibelakang, secara umumnya ilmu dan faham dipercayai semakin mengecup dan menurun mengikut perjalanan masa.
Di dalam sebahagian besar tradisi ilmu duniawi, ilmu dan faham semakin berkembang dan meningkat dengan perjalanan masa. Semakin baharu sesuatu penemuan dalam ilmu itu, semakin ke depanlah ia. Penemuan physics Einstein mengatasi physics Newton; huraian Stephen Hawkings tentang Relativity di anggap antara yang paling ke depan. Dan begitulah seterusnya. Penemuan baru yang diterima dan diiktiraf oleh pakar-pakar sesuatu ilmu itu akan mungkin sahaja membatalkan atau membataskan huraian hukum yang ada pada penemuan yang sebelumnya. Ianya umpama sebatang sungai yang bermula di kawasan pergunungan sebagai mataair yang sangat kecil dan berubah semakin membesar sehingga menemui muaranya di lautan (mungkin dapat dianggap unified field theory yang mampu memadukan segala hukum-hukum dalam ilmu-ilmu sains yang berbeza didiplin?). Bahkan ianya lebih bebas daripada perjalanan sebuah sungai, kerana sungai masih memerlukan sumber air dari puncanya, tetapi perkembangan ilmu sains dapat berkembang secara terputus dari sejarah percambahannya.
Bagaimanapun dalam disiplin ilmu sains terdapat tertib yang dijaga secara consensus walaupun ianya adalah ilmu yang berbentuk experimental (tajribiyyah), iaitu bukan semua pendapat individu yang terlibat dalam bidang ilmu itu akan diraikan. Pendapat-pendapat baru yang didatangkan dengan bukti-bukti yang sukar dicabar oleh mereka yang di dalam bidang itu sahaja yang akan diraikan. Terdapat standard yang perlu dilepasi oleh pengkaji sebelum pendapat dan penemuannya dikira layak untuk diterbitkan dalam journals, apa lagi untuk layak dipertimbnagkan oleh rakan sebaya di dalam bidang tersebut. Itupun masih banyak penemuan dna pendapat baru yang tidak dapat diterima oleh umum ahli-ahli dalam bidang itu.
Kiranya dalam ilmu-ilmu yang dikira sangat menggalakkan percubaan, bahkan ilmu itu sendiripun didirikan di atas dasar penemuan-penemuan daripada percubaan ahli-ahlinya, itupun masih terdapat banyak perkara-perkara yang diterima secara taqlidi. Pelajar kimia diajar tentang Periodic Table, kenapa tidak dibiarkan sahaja pelajar bahkan pensyarah menyusun sendiri kumpulan dan sifat elemen-elemen yang ditemuinya, mengikut kaedahnya sendiri pula?
Sedangkan elemen-elemen itu memang dapat diperolihi oleh para pensyarah dan pelajar.
Tetapi dalam ilmu agama, kita disyorkan oleh golongan tertentu agar menentukan hukum-hukum dari elemen-elemen agama itu sendiri, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Saya teringat perkataan almarhum Syaikh Hamid, antara guru utama Syaikh Said Hawwa yang telah mengulas phenomena ini dengan mengatakan hasil ijtihad mereka ini (penetapan hukum oleh golongan ini) adalah celaru dan gharib untuk diterima-pakai oleh golongan abid yang berakal, apatah lagi untuk diterima oleh alim yang beramal.
Mereka berusaha untuk meremehkan golongan ulama dengan mendatangkan sesuatu perbincangan yang terpencil dalam kitab yang tertentu (bukanpun rujukan utama dalam mazhab) dan dijadikan seolah-olah ianya adalah isi utama kitab-kitab feqah mazhab. Lalu diserang perkara itu seolah-olah itulah musuh yang besar dan sangat mengancam. Umpama Don Quixote yang berkhayal dan membayangkan yang bangunan kincir angin itu adalah raksasa besar serta ganas dan dia terus menyerangnya bertubi-tubi dan lembingnya! Masyarakat kita juga punya Don Quixote, dan seperti Don Quixote dia juga ada pengikut yang setia. Don Quixote menunggang kuda, dan yang ini mungkin ada bahtera!
Dalam sains, pada awalnya kita menerima apa-apa penemuan yang telah diterima oleh ahli-ahli ilmu tersebut sebelum kita, sekiranya selepas itu kita mempunyai kelebihan faham yang mengatasi apa yang telah diterima, maka kita akan mengemukan faham itu. Sumbangan kita itu akan dijadikan tambahan kepada yang ada, atau mungkin menjadi alternatif atau menggantikan terus kepada apa yang telah diterima. Itupun dalam ilmu-ilmu sains, sebagaimana yang kerap diucapkan oleh Fritjof Chapra, What is certain is the uncertainty.
Ilmu agama adalah ilmu tentang kebenaran yang menyelamatkan (the saving truth), ilmu yang akan kita bawa bertemu Tuhan. Sudah tentu kita perlu tahu bagaimanakah peribadi ulama yang kita ingin ikuti, kita perlu lihat pengiktirafan ulama lain terhadap kewibawaan ilmunya. Adalah teramat malang untuk kita sebagai orang awam sekiranya kita meninggalkan perkataan seorang ulama (apa lagi sekiranya pendapat sekumpulan besar ulama) yang sudah diakui kewibawaannya kerana terpedaya dengan pandangan seorang dua yang belum tentu keupayaannya dalam memahami nas-nas agama dan belum tentu mempunyai sifat wara dalam menjalani kehidupan mereka.
Seperkara yang agak jenggel tentang kelompok ini ialah sikap mereka yang sangat kritikal terhadap perkataan-perkataan ulama dalam mazhab tetapi mereka dapat menelan dengan mudah (sebenar bertaqlid) kepada pandangan-pandangan ulama yang mempunyai kecenderungan seumpama mereka. Mereka tidak banyak soal, hal mereka ini jelas terpamir dalam sikap mereka terhadap persoalan hukum feqah dan juga di dalam tarjih riwayat dan kedudukan sesebuah hadith. Ada yang menerima perkataan Syaikh Nasiruddin alBani berkenaan hadith secara bulat-bulat, sehingga keputusan alBani sekan-akan mutlak dan mengatasi apa-apa yang dicatit oleh ulama hadith sebelum dan selepasnya. Bukankah ini juga sikap taqlid yang patut dihindari oleh mereka?

Monday, September 7, 2009
Kepala Lembu di Seksyen 23: antara keghairahan & rasionaliti
Nampaknya cerita memijak kepala lembu akan berpanjangan lagi. Menteri Dalam Negeri, Dato Hishamuddin sudah beberapa kali bertukar angin. Mula-mula dia membuat kenyataan jangan cuba babitkan UMNO dan pasukan polis dalam kes ini. Kemudian dia sendiri (yang juga naib priseden UMNO dan menteri yang bertanggung jawab daklam urusan kepolisan) telah membuat perjumpaan dengan persatuan penduduk yang membantah pembinaan kuil dan sebahagian mereka terlibat dalam perarakan tersebut. Kemudiannya dia mengatakan dia faham kemarahan penduduk setempat, kerajaan Selangur lah yang sebenarnya tidak prihatin. Kepala lembu itu mengikut beliau adalah simbolik kebodohan tindakan kerajaan Selangor bukan bermaksud menghina ajaran Hindu!.
Tiba-tiba pihak yang memijak kepala lembu diakatakan akan didakwa, kenyataan resmi tentang perkara tersebut dikeluarkan oleh peguam negara sendiri. Mujurlah juga Dato Hishamuddin dipindahkan oleh PM Dato Najib dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian Dalam Negeri! (ya perpindahan dari kementerian yang dilihat menekankan penggunaan aqal -fikiran kepada kementerian yang banyak mengguna muscle dan penguatkuasaan)
Apakah layak kuil Hindu dibina di kawasan majoriti penduduk Islam?. Tentu agaknya tidak sesuai, penduduk muslim di situ akan rimas dengan amalan-amalan keagamaan jika dibuat secara terang-terangan, begitu jugadengan kehadiran sami-sami hindu di kawasan mereka. Apa lagi menjelang hari-hari kebesaran Hindu apabila jalan-jalan di depan rumah mereka akan dipenuhi oleh kereta -kereta pengunjung kuil tersebut. Ketegangan masyarakat mungkin timbul di belakang hari.
Dalam ajaran Islam memang sangat jelas memberi tekanan kepada kebebasan beragama untuk mereka yang tidak menganut agama Islam. Kita pula, sebagai penganut Islam diajar agar memusuhi segala bentuk kemaksiatan, dan kemuncak segala kemaksiatan ialah kesyirikan. Keberhalaan adalah simbol zahir yang teratas bagi segala kesyirikan tersebut. Haram bagi kita reda dengan sebarang kesyirikan; walaupun pada masa yang sama kita mengakui kebebasan beragama bagi penganut agama-agama yang lain dan kita tidak memaksa agama kita ke atas mereka.
Kita adalah ummah dakwah, kita mengajak diri kita dan manusia lain agar keluar dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid. Kita sepatutnya menyediakan suasana kondusif dalam persekitaran kita agar penganut agama lain dapar melihat keindahan dan kebenaran ajaran tauhid. Kita tidak boleh membiarkan dan mempertahankan kesyirikan dan kesesatan tanpa usaha mencerahkan ke arah kefahaman terhadap Islam.
Rasulullah meninggalkan kepada kita contoh yang terbaik, dalam ajaran baginda , kita ditunjukkan bahawa kita tidak boleh memaksa-maksa Islam kepada penganut agama lain, mereka bebas membuat pilihan sendiri. Kita juga sangat sedar yang Rasulullah begitu gigih menyeru dan memahamkan mereka kepada ajaran tauhid, baik secara lisan mahupun secara bertulis. Hingga al-Quran menyebut "Ajak kepada (agama)Allah dengan hikmah dan peringatan yang baik dan berdiskusilah dengan mereka (yang bukan muslim) dengan cara yang lebih baik". Komitmen Rasulullah dalam usaha dan keberkesanan dakwah ini begitu tinggi, sehingga Allah memperingati baginda yang janganlah begitu kecewa apabila terdapat dari kalangan yang musrikin yang menentang dan tidak menyahut dakwah Islam, kerana yang berkuasa memberi hidayah kepada manusia itu adalah Allah sahaja. Tugas baginda dan tugas kita sebagai ummah baginda ialah mengoptimakan kerja-kerja dakwah.
Rationaliti yang digunakan oleh sebahagian individu untuk menunjukkan Islam sebagai ideologi kemasyarakatan (bukan dari aspek aqidah dan ibadah) dapat diterima oleh semua pihak adalah fahaman yang perlu dilihat semak semula. Pada asasnya Islam datang sebagai agama, sebagai satu-satunya agama yang yang sah di sisi Allah, satu-satunya agama yang menjamin kesejahteraan di akhirat kelak. Tidak ada tolak-ansur dalam fahaman ini di kalangan ummat Islam. Ianya eksklusif.
Tidak mungkin Islam yang mengajar kita agar hidup harmoni dan toleransi itu, akan membiarkan penentang-penentang tauhid bermaharajalela. Kita sedar dalam kitab bab Jihad dicatitkan bahawa semasa perang sekalipun rumah-rumah ibadat agama lain, orang-orang agama (padri, sami dan rahib), wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata tidak akan diperangi. Dan apabila Islam menguasai sesuatu daerah, biasanya pemerentah Islam akan membiarkan syiar-syiar agama sebelumnya kecuali yang sangat significant, umpama Agya Sophea di Istanbul yang telah ditukar menjadi masjid oleh Sultan Muhammad al-Fateh. (Bagaimana bagi Semenanjung Arab, semua syiar-syiar agama lain telah dihilangkan kerana seolah-olah seluruh semenanjung itu adalah kawasan mutlak dan utama bagi agama Islam) .Kita seboleh-bolehnya mahu semua manusia selamat aqidah mereka, sejahtera di akhirat kelak. Kita percaya dengan penuh keyakinan yang keselamatan dan kesejahteraan itu hanyalah ada pada Islam. Tetapi Allah-lah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Janganlah nilai sokongan mereka yang diraih di atas kertas-kertas undi itu mengatasi nilai tugas utama ummah ini, sebagai ummah dakwah. Alangkah sempitnya mana-manapun kerajaan dunia ini apabila berbanding dengan keluasan rahmat dan ganjaran Allah.
Perkara-perkara yang merupakan syi'ar sangat ditekankan oleh ajaran Islam, umpamanya kewajiban sembahyang berjamaah. Tidak terlepas kewajiban jamaah bagi sesuatu qariah dengan adanya orang yang menunaikan sembahyang berjamaah di rumah masing-masing, sembahyang jamaah mesti di dirikan di tempat yang zahir serta dapat di datangi oleh mana-mana orang. Syiar agama mestilah dihidupkan di bumi Islam.
Hanyalah kes kuil di Seksyen 23 ini menjadi isu besar dan sensasi kerana ianya berlaku di Selangur, negeri yang ditadbir oleh Tan Sri Khalid, seorang bekas usahawan yang terbilang, yang bukan seorang ulama. Sedangkan di Kelantan yang negerinya majoriti rakyatnya rata-rata muslim telah mempunyai patung Buddha duduk dan Buddha berdiri , dikatakan antara yang terbesar di Asia. Semasa pemerentahan UMNO dahulu, patung Buddha tidur yang terpanjang telah dibina di Kg. Beruk, Tumpat .Di zaman pentadbiran ulama PAS yang berslogankan Membangun Bersama Islam, patung Buddha pun juga telah bangun di Tumpat dan Bachok ! Itulah elemen yin-yang yang kerap terzahir dalam masyarakat Kelantan.
Bahkan masyarakat kecil Hindu di Kota Bharu juga telah membina Kuil mereka di Jalan Hamzah, pembinaan ini tanpa mendapat sebarang bantahan daripada penduduk. Secara amnya , kita tidak boleh menghalang penganut agama lain daripada mengamalkan ajaran agama mereka serta kita perlu membesarkan syiar-syiar agama kita di bumi Islam ini. Syiar Islam mesti berada di atas tanpa dapat diatasi.
Kita mesti membantah paling kurang dengan hati kita terhadap perbuatan menghina syiar agama lain secara biadab seperti memijak kepala lembu dalam protes pembinan kuil Hindu tersebut. Kita mesti membantah penggunaan bahasa dan gaya biadab yang ditunjukkan oleh segelintir penentang pembinan kuil tersebut dalam majlis daiolog bersama YAB Menteri Besar dan pembesar-pembesar lainnya. Islam mengajar kita agar berani dan mengucapkan kalimah-kalimah kebenaran bukannya bersikap biadab dan memaki-hamun, lagi parah ianya dibuat atas semangat yang dikatakan didorong oleh sentimen Islam yang mengajar akhlaq dan Melayu yang terkenal dengan sopan-santunnya serta semua ini sanggup dilakukan di dalam bulan Ramadan yang mulia.
Marilah kita jaga kemurnian ajaran agama kita dari dicemari oleh orang-orang yang bermulut celupar dan berakhlaq kasar serta dari kerakusan untuk mendapat sokongan yang berbentuk keduniaan, apa lagi apabila kita isytiharkan usaha-usaha kita itu atas nama perjuangan menegakkan agama!

Friday, September 4, 2009
Henri Fauconier & The Soul Of Malaya
Buku The Soul Of Malaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya, buku ini adalah antara buku yang saya tidak mampu berhenti membacanya sehingga saya menamati penceritaannya. Plotnya mudah, seorang planter berbangsa Perancis datang ke Tanah Melayu, dia mempunyai seorang pelayan Melayu yang dipanggil Semail (Ismail), yang agaknya telah menjadi watak kedua terpenting dalam buku ini, dia banyak memerhati sikap dan naluri bangsa-bangsa yang mendiami Malaya ketika itu. Saya menemui buku ini dari naskhah cetakan lama di Perpustakaan Awam pada tahun awal 1990'an.
Dia mendapati bagaimana pembantu rumah berbangsa cina pandai menjaga rahsia-rahsia majikannnya terutama yang berciri scandalous; bagaimana aktiviti pelombong-pelombong cina telah membawa warna air Yellow River ke mana-mana sungai apabila mereka melombong. Bagaimana perempuan cina menutupi tubuh mereka dari sinaran terik matahari untuk menjaga keputihan kulit mereka.
Dia mendapati bagaimana pekerja estet bangsa India mahukan penerimaan dari pihak atasan, sehingga ada seorang suami boleh merelakan (mungkin dengan bangga) isterinya ditiduri oleh orang putih. Bagaimana yang mempunyai sedikit kuasa (mandur) telah menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengenakan orang-orang bawahan, seperti dia yang berak di tengah denai dan akan menangkap orang bawahan untuk dituduh dan disalahkan. Bagaimana yang menjadi planters sanggup ke mesyuarat persatuan lebih awal tetapi tidak bergaul sangat dengan ahli-ahli berbangsa eropah, walaupun penampilan mereka sudah cukup ciri-ciri keeropahannya.
Dia memerhati orang Melayu mempunyai harga diri yang tinggi, mereka akan bekerja secara berkesan sekiranya maruah mereka tidak tercabar dan dicalar. ( Saya rasa tajuk ini dikupas secara baik sekali oleh Hamka dalam bukunya 'Ghirah'; antara buku kecil yang saya dipaksa oleh keseronokan membacanya dalam masa sehari). Terdapat catitan detail tentang sikap orang Melayu yang cukup menarik ; antara yang masih saya ingat adalah soalannya kepada Semail kenapa cicak mendiamkan diri dahulu dan tidak terus menjilat serangga yang jadi mangsanya. Semail menjawab cicak memberi peluang kepada serangga untuk mengucap dahulu.
Dia telah memberi justifikasi kenapa orang Melayu tidak berbaju, ini adalah kerana itulah cara terbaik untuk menikmati sinaran matahari, bukan seperti bangsa eropah yang berbaju tebal seumpama biri-biriwalaupun berada di kawasan tropik yang panas. Dia menolak anggapan orang Melayu adalah bangsa yang pemalas, tetapi baginya aktiviti hidup orang Melayu yang menanam padi memang perlu menunggu padi masak, ketika menunggu itu mereka menikmati kehidupan sedangkan orang eropah terus menerus bekerja sehingga tidak sempat mengecapi nikmat kehidupan. Sedangkan tujuan uasaha keras mereka itu adalah untuk menimati hidup. Dia juga membuat catitan tentang kepercayaan orang Melayu tentang apabila warna keris pusaka bertukar menjadi kemerahan (walaupun sebenarnya kerana proses oxidation) bermaksud keris itu dahagakan darah; dalam cerita ini Semail telah kemudiannya mengamuk. Dia juga membuat catitan tentang geliga (bezoar) binatang sebagaimana yang dipercayai oleh orang Melayu.
Dia telah mengatakan untuk mengenali orang Melayu, kita harus mengenali Melayu Pantai Timur (ini adalah pada tahun 1920'an). Buku ini telah dibaca oleh seorang Inggeris Bill Bangs, Bill Bangs mengulangi bacaan buku ini sebanyak 4 kali. Bill Bangs begitu tertarik dengan buku ini, sehingga dia telah juga berkerja dengan estet di Rantau Panjang, Kuala Selangur, iaitu tempat Henri pernah bekerja. Dia telah datang ke Pantai Timur, Kelantan untuk mengenali orang Melayu. Dia kemudiannya berpandangan, untuk mengenali orang Melayu, perlu memeluk agama yang dipeluk mereka. Lalu diapun memeluk Islam, dan berkahwin dengan perempuan Melayu di Kelantan. Dia dikenali di kalangan masyarakat Kota Bharu sebagai Tuan Bangs, dia sempat menunaikan fardu haji dan telah meninggal di Kuala Lumpur. Antara rakan baiknya di Kota Bharu adalah Allahyarham Dr. Ezanee Merican.
Rupa-rupa ganjil sungguh takdir Allah ini, buku cerita yang ditulis oleh seorang Perancis yang bukan Islam telah membuka hidayah kepada seorang inggeris untuk memeluk Islam.
Cerita-cerita yang tidak kurang menariknya juga dicatitkan Hugh Clifford. residen British di Pahang. Cerita catitannya (Malayan Stories) tentang fenomena di Kelantan telah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu dan disiarkan secara bersambung oleh Majalah Pengasuh pada tahun 1920'an. Hugh Clifford membuat pengamatan yang bagi orang eropah yang mula-mula sampai ke Malaya, mereka merasakan kehidupan di sini penuh kesengsaraan umpama dalam neraka dengan nyamuk, pacat, lecah kerana hujan dan lainnya. Kemudian ada yang dapat bertahan dan meneruskan kehidupan seadanya di Malaya. Ada pula yang jatuh hati kepada Malaya dan penduduknya, mereka ini adalah golongan pengkagum Melayu. Agaknya untuk masa kini, kita masih ada Waveney Jenkin yang mewakili kelompok ini , beliaulah telah melakarkan copper-tooling gambaran Hang Tuah dengan kata-kata "tak kan hilang Melayu di dunia" yang masih dipamirkan di Museum Negara. Ketika itu usia beliau hanyalah 19 tahun, beliau telah mengabung susuk dua orang askar Melayu untuk dikhayalkan sebagai susuk tubuh Hang Tuah. Terima kasih atas usaha gigih beliau dalam melestarikan seni ukir Melayu dan ribuan terima kasih kerana ungkapan yang penuh kebanggaan itu "tak kan Melayu hilang di dunia"!
Henri telah meninggalkan jasanya yang besar kepada ekonomi negara kita. Beliau adalah orang yang pertama mengusahakan tanaman secara ladang untuk kelapa sawit, sebelumnya kelapa sawit ditanam sebagai pokok ornamental, getah dan kopi lah yang menjadi pilihan kepada planters membuat ladang masa masa itu.
Dua tiga tahun lepas saya telah menjumpai edisi baru bagi buku The Soul Of Malaya, siap dengan sisipan gambar-gambar Henri ketika beliau berada di Malaya. Buku ini telah dipilih sebagai novel terbaik di Perancis pada tahun 1928 dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1932.
Alhamdulillah di atas nikmat dan anugerah Allah ini!

Subscribe to:
Posts (Atom)